5 Makanan Untuk Melegakan Sakit Tekak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Perubahan cuaca berupaya untuk membuatkan anda mengalami sakit tekak, lebih-lebih lagi kalau pekerjaan anda memerlukan anda untuk banyak bercakap dan bersuara, ianya pasti sangat mengganggu. Jika ubat batuk biasa masih tidak dapat untuk menyelesaikan masalah anda, cuba 6 makanan ini untuk melegakan masalah sakit tekak anda.

1. Aiskrim

Aiskrim adalah sangat sesuai untuk tekak yang sakit. Makanan Рmakanan sejuk dapat membantu melegakan kesakitan tekak dan tekstur krimnya yang lembut menambahkan lagi keselesaan tekak di samping mudah untuk ditelan. Jika anda risau produk tenusu akan membuatkan batuk anda menjadi lebih teruk, jangan risau kerana kajian telah megesahkan bahawa produk tenusu tidak melakukannya, melainkan anda mempunyai alahan. 

Selain itu, seseorang mungkin kurang makan atau minum akibat sakit tekak. Justeru, kandungan glukosa dalam Aiskrim dapat memberikan anda tenaga yang segera dan mudah diambil, memastikan anda tikdalah lemah bermaya sepanjang hari.

2. Pisang

Mudah ditelan dan teksturnya sangat lembut. Pisang kaya dengan serat dan vitamin C yang membantu melawan penyakit, kesan daripada sifat antioksidanya. Harganya pun tidak terlalu mahal menjadikannya makanan pilihan yang sihat. Seperti Aiskrim, pisang juga mengandungi gula yang mampu memberikan tenaga segera di samping seratnya mampu membuatkan anda rasa lebih kenyang.

3. Teh

Teh adalah penawar kepada sakit tekak sejak turun temurun. Ia ternyata berkesan. Manjakan diri anda dengan teh hijau, chamomile atau teh hitam.

4. Madu

Makanan ini dikenali dengan khasiatnya yang sangat banyak. Dengan rasa yang lazat, mudah dimakan dan mudah dimasukkan dalam pelbagai jenis hidangan baiknya hidangan mudah mahupun hidangan yang kompleks, ia adalah makanan yang menjadi pilihan ramai orang. Madu telah disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu ubat batuk.

5. Licorice

Akar licorice atau akar manis adalah sejenis herba yang telah sekian lama digunakan untuk merawat batuk dan sakit tekak. Anda boleh ambil air akar licorice dengan ubat batuk untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu mengatasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Seperti yang diketahui umum, mereka yang mempunyai berat berlebihan cenderung untuk menghidap kolesterol tinggi, tetapi orang kurus juga boleh terkena, tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Bila tengok keadaan kulit, jadi keliru, ini masalah selulit atau tanda regangan? Hmmm, macam mana nak bezakan antara kedua-duanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Elak Serangan Jantung Kali Kedua, Caranya Jaga Makan! Ubah Diet Anda Sebelum Terlambat

    Terkena serangan jantung? JANGAN GENTAR! Marilah baca artikel ini dan kenal makanan untuk sakit jantung supaya tiada serangan kedua!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    hidup gembira

    Tidak Perlu Banyak Wang, Ini 12 Cara Menikmati Hidup Dengan Gembira

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara untuk tidur

    Susahnya Nak Lelapkan Mata Semasa Demam! Jangan Risau, Ini 7 Cara Untuk Tidur Lena

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan