backup og meta

Khasiat Madu Sebagai Makanan Bulan Ramadan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/09/2023

    Khasiat Madu Sebagai Makanan Bulan Ramadan

    Madu telah menjadi amalan manusia sejak sekian lama. Bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap, ia juga kaya dengan pelbagai khasiat dan manfaat terhadap kesihatan badan.

    Madu, secara khususnya, bermanfaat apabila digunakan bagi menggantikan gula halus, yang hanya mengandungi 100 peratus kalori semata-mata.

    Madu ada banyak jenis. Antaranya:

  • Madu tualang.
  • Madu yaman.
  • Madu ratu.
  • Madu propolis.
  • Madu manuka.
  • Madu kelulut.
  • Setiap madu ada manfaat istimewanya sendiri. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan tentang khasiat umum bagi madu. Sempena bulan Ramadan, elok kita mula mengamalkan hidup sihat dengan memasukkan madu ke dalam diet kita.

    Jadi, apa khasiat madu?

    Mari kita membongkar rahsia madu.

    1. Mengandungi beberapa nutrisi

    Madu dihasilkan oleh lebah di dalam sarangnya. Lebah terbabit akan menghisap nektar dari bunga dan balik ke sarangnya untuk menghasilkan madu dengan menelan serta memuntahkan semula nektar tersebut sehingga menjadi madu.

    Rasa, bau, warna dan kandungan madu banyak bergantung kepada jenis bunga yang dihinggap oleh lebah terbabit.

    Secara nutrisinya, satu sudu meja madu (21 g) mengandungi 64 kcal dan 17 g gula termasuk fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa. Ia hampir tiada serat, lemak atau protein. Ia juga mengandungi sedikit vitamin dan mineral.

    Nutrisi utamanya adalah sebatian tumbuhan bioaktif dan antioksidan. Madu berwarna lebih gelap cenderung mengandungi lebih banyak bahan ini berbanding yang lebih cerah.

    1. Madu berkualiti tinggi kaya dengan antioksidan

    Madu berkualiti tinggi mengandungi banyak antioksidan penting termasuk flavonoid dan asid organik. Antioksidan dikaitkan dengan pengurangan risiko serangan jantung, strok dan beberapa jenis kanser. Ia juga baik untuk kesihatan mata.

    1. Madu lebih “kurang bahaya” berbanding gula untuk pesakit diabetes

    Kajian tentang madu dan diabetes adalah pelabagai.

    Ada yang mengatakan madu baik untuk diabetes kerana ia membantu mengurangkan faktor-faktor risiko diabetes seperti koleterol LDL, trigliserida serta meningkatkan kolesterol “baik” HDL.

    Di samping itu, ada juga kajian yang mengatakan madu meningkatkan tahap gula darah tetapi tidak sebanyak gula lakukan.

    Jadi, walaupun madu lebih “kurang bahaya” berbanding gula, ia bukanlah sepenuhnya selamat bagi pesakit diabetes. Ia masih perlu diambil dalam sukatan yang terkawal.

    1. Mengurangkan tekanan darah

    Madu yang kaya dengan antioksidan boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Seperti kita tahu, tekanan darah adalah faktor risiko utama bagi penyakit kardiovaskular termasuk strok dan penyakit arteri koronari.

    Kajian ke atas kedua-dua, tikus dan manusia menunjukkan penurunan tekanan darah dari pengambilan madu.

    1. Merendahkan tahap kolesterol dan trigliserida dalam darah

    Kolesterol dan trigliserida juga merupakan faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular dan diabetes. Madu terbukti melalui kajian, mampu mengurangkan dua faktor risiko ini, seterusnya mengurangkan risiko banyak penyakit kronik.

    Satu kajian melibatkan 55 orang, membandingkan antara penggunaan madu dan gula. Hasil menunjukkan pengurangan sebanyak 5.8 peratus pada LDL (kolesterol “jahat”) dan penambahan sebanyak 3.3 peratus pada HDL (kolesterol “baik”). Ia juga membantu mengurangkan berat badan berbanding gula.

    benefits-raw-honey

    Kajian lain yang membandingkan penggunaan madu dan gula menunjukkan tahap trigliserida 11-19 peratus lebih rendah bagi mereka yang mengamalkan madu berbanding gula.

    1. Ubat batuk yang berkesan

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meletakkan madu sebagai demulsen, iaitu sejenis bahan yang membantu menghilangkan kerengsaan mulut atau tekak dengan membentuk lapisan pelindung.

    Kalau batuk ringan sahaja, cuba gunakan madu sebelum berjumpa doktor. Jika melarat terlalu lama, dapatkan nasihat perubatan.

    1. Merawat luka dan kebakaran

    Pada zaman dahulu, madu digunakan untuk merawat luka sehingga abad ke-19. Selepas penumuan penecilin, penggunaan madu berkurang secara perlahan-lahan. Kini ia semakin mendapat tempat semula.

    Ini adalah beberapa khasiat madu ke atas kesihatan badan kita. Di bulan Ramadan, anda boleh ambil madu ketika berbuka dan berpuasa. Selain makan madu secara langsung, anda boleh gantikan madu dengan gula di dalam air atau masakan.

    Di samping khasiatnya, sila ingat bahawa pengambilan madu yang berlebihan juga adalah kurang sihat. Ambil secara sederhana.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan