3 Sebab Mengapa Anda Perlu Cuci Tangan Dengan Sabun Setiap Hari

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 24/10/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Tangan yang anda gunakan untuk makan, memegang muka anda, dan bersalam-salaman dengan orang lain itu sebenarnya mengandungi beribu-ribu jenis kuman. Menurut kajian oleh University of Colorado, secara puratanya, tangan manusia mengandungi 3,200 bakteria daripada 150 spesies berbeza.

Ingin tahu mengapa anda perlu basuh tangan dengan sabun setiap hari? Teruskan membaca sehingga akhir.

1. Anda menggunakan tangan untuk melakukan hampir semua aktiviti

Makan, minum, mandi, membasuh, menulis, memasak, dan hampir semua aktiviti yang anda lakukan sama ada di dalam atau luar rumah, semuanya akan menggunakan tangan. Tanpa penjagaan kebersihan tangan yang baik, bakteria dan kuman sangat mudah tersebar kepada orang lain.

Bayangkan semasa anda menggunakan harta awam seperti tandas. Mangkuk tandas, paip, dan pemegang tangan yang digunakan oleh ramai orang tentu mengandungi banyak kotoran dan kuman. Jika anda tidak membasuh tangan sebelum dan selepas menggunakan tandas tersebut, pelbagai jenis kuman berpotensi untuk tersebar.

2. Kunci utama dalam mencegah penyakit berjangkit

Meskipun teknologi perubatan semakin berkembang dengan kaedah diagnosis serta rawatan yang berkesan, pencegahan masih menjadi keutamaan dalam menangani sebarang jenis penyakit. Bagi penyakit berjangkit yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat seperti Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD), cirit-birit, dan influenza, mencuci tangan dengan sabun masih menjadi kunci utama pencegahan.

Terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang kurang mengambil berat soal kebersihan di samping sistem imun yang lemah, tabiat ini sangat penting untuk dipupuk sejak kecil.

3. Anda tidak mahu anak dan ahli keluarga anda sakit

Bukan sahaja diri anda, mencuci tangan dengan sabun juga melindungi anak dan ahli keluarga daripada penyakit. Anak kecil, warga emas, dan mereka yang menghidap penyakit kronik secara khususnya lebih berisiko untuk dijangkiti kerana mereka mempunyai sistem ketahanan badan yang lemah.

Sebahagian daripada penyakit yang boleh dicegah itu berpotensi menyebabkan keadaan yang serius. Contohnya, cirit-birit boleh menyebabkan dehidrasi dan mungkin membawa kepada maut jika tidak dirawat dengan betul. Penyakit Tangan dan Mulut (HFMD) juga ada mencatatkan kematian dalam wabak yang berlaku di Malaysia baru-baru ini.

Tunggu apa lagi? Jom amalkan cuci tangan setiap hari!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tabu Dunia Sains Dan Perjuangan Seorang Doktor: Nukilan Sempena Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2019

    Sempena Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2019, HelloDoktor ingin meraikannya dengan mengenang kisah bapa antiseptik yang memulakan semuanya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 06/05/2019 . 4 minit bacaan

    Kesihatan Berada di Tangan Anda – Cuci Tangan Dengan Sabun Hari Ini!

    Setiap tahun, dunia menyambut Hari Mencuci Tangan Sedunia. Menyedar kepentingan amalan mudah ini dalam mencegah banyak penyakit berjangkit, ia disambut setiap tahun sebagai salah satu daripada usaha di peringkat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 24/10/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hari kebersihan tangan sedunia

    Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2020: Tiada Senjata Terkuat Perangi COVID-19 Kecuali Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 2 minit bacaan
    jangkitan kuman

    Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/04/2020 . 3 minit bacaan
    hand sanitizer

    Hand Sanitizer Sangat Efektif Untuk Bunuh Kuman Pada Tangan: Fakta Atau Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/02/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Elak Coronavirus? Lepas Pegang 8 Benda Ini, Ajar Anak Cuci Tangan Dengan Betul!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/01/2020 . 3 minit bacaan