Berikut antara tiga sebab lain mengapa anda tidak boleh sewenang-wenangnya memilih produk penjagaan kulit atau berkongsi produk yang sama dengan pasangan:
1. Tahap testosteron tinggi
Selain menebal dan menganjalkan kulit, hormon testosteron juga berpotensi membuatkan kulit anda 10 kali ganda lebih berminyak daripada kulit wanita3.
Lelaki mempunyai liang pori yang lebih besar dan mengeluarkan lebih banyak sebum (minyak semula jadi daripada kulit) dengan tekstur yang lebih pekat berbanding wanita. Ini merupakan punca liang pori buat kaum lelaki lebih senang tersumbat.
Di samping itu, sebenarnya, kulit berminyak lebih sukar untuk dibersihkan daripada sel-sel kulit mati. Jadi, penjagaan muka yang khusus untuk lelaki adalah lebih elok untuk diamalkan apabila berada di dalam keadaan ini.
2. pH kulit lebih rendah antara sebab anda perlu menggunakan produk penjagaan muka lelaki
Lapisan kulit paling luar yang dikenali sebagai barrier amat penting untuk melindungi kulit daripada sinaran UV, debu, pencemaran, bakteria dan bahan kimia. Ia merupakan gabungan antara sebum, asid laktik dan asid amino. Barrier kulit membantu untuk mengawal pH kulit anda di antara pH 4-6.
Oleh sebab pH kulit lelaki adalah lebih rendah, mereka lebih cenderung untuk mendapat jerawat1. Namun, kelembapan kulit lelaki sebenarnya lebih baik berbanding wanita kerana barrier kulit mereka adalah lebih kuat.
3. Kulit sekitar janggut lebih sensitif
Tahukah anda tindakan mencukur sebenarnya boleh mengganggu barrier kulit, lebih-lebih lagi di sekitar kawasan janggut? Oleh sebab itu, kawasan tersebut lebih mudah untuk mendapat kerengsaan mekanikal, ingrown hair dan folikulitis.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen