Krim Kilo: Jangan Mudah Terpedaya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/01/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Wanita dan kecantikan merupakan dua perkara yang sukar untuk dipisahkan. Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik? Namun dengan kehadiran pelbagai produk di pasaran, kita perlu lebih berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dengan produk kecantikan timbang kilo yang akan mendatangkan mudarat.

Apa itu produk timbang kilo?

Produk timbang kilo atau turut dikenali sebagai krim kilo adalah produk kecantikan yang dihasilkan di negara jiran dan dijual secara kilo atau timbang kati. Produk sebegini kebiasaannya dibeli oleh golongan yang ingin menjadi jutawan produk penjagaan kulit dan kecantikan.

Produk jenama dan keluaran tempatan tidak semuanya melalui proses kajian mahupun proses pengilangan yang betul. Malahan kebanyakan produk adalah produk penjenamaan semula (rebranding) dan pembungkusan semula (repacking) mengikut jenama yang ingin dikeluarkan.

Kebanyakan produk timbang kilo ini menggunakan bahan kimia yang merbahaya dan murah. Antara bahan kimia yang digunakan adalah seperti Hydroquinone, Tretinoin dan Mercury.

Bahan bahaya

Hydroquinone merupakan agen pemutih yang berfungsi untuk mencegah pigmentasi kulit. Antara kesan bahan ini ke atas kulit:

  • Menipiskan kulit.
  • Kulit akan mudah terbakar (sun-burn) bila terkena sinaran matahari.
  • Kulit akan menjadi kering.
  • Menganggu sistem pernafasan (penggunaan jangka masa panjang).

Tretinoin biasanya digunakan sebagai bahan campuran untuk krim perawatan kulit yang akan mencegah atau menghilangkan jerawat di kulit. Namun tanpa pengawasan pakar kesihatan atau dengan penggunaan yang berlebihan ia boleh menyebabkan kulit menjadi seperti:

  • Kemerahan
  • Tidak selesa
  • Pedih
  • Mengelupas
  • Hipersensitif kepada sinar matahari

Merkuri juga berfungsi sebagai agen pemutih bagi produk seperti krim dan sabun. Dalam bentuk bukan organik, merkuri bertindak mencegah pembentukan melanin untuk menjadikan tona kulit lebih cerah. Antara kesan utama merkuri adalah:

  • Kerosakan buah pinggang.
  • Ruam kulit.
  • Perubahan warna kulit dan parut.
  • Pengurangan rintangan kulit untuk jangkitan bakteria dan kulat.
  • Keresahan.
  • Kemurungan atau psikosis.
  • Peripheral Neuropathy – masalah berkaitan saraf.

Cara kenal pasti produk timbang kilo

  • Tekstur krim likat, berkilat dan berwarna-warni.
  • Selalunya ada produk krim siang dan malam.
  • Produk menjanjikan kesan seawal 3 hari atau seminggu.
  • Pengelupasan kulit selepas penggunaan.
  • Apabila berhenti menggunakan produk, jerawat akan naik.
  • Bau yang menyengat dan tajam.
  • Pakej pembungkusan yang murah.
  • Tidak dijual di farmasi atau kedai ubat yang diiktiraf (drugstore).

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bagaimana Memilih Produk Kecantikan yang Selamat dan Berkesan?

    Produk kecantikan yang selamat dan berkesan sudah pasti menjadi aspek penting bagi semua individu. Tetapi, apakah produk yang selamat dan berkesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 27/08/2019 . 9 minit bacaan

    Produk Kecantikan dan Kesan Sampingan Bahan Kimia Berbahaya

    untuk memiliki wajah yang sebegitu cantik bukanlah bermakna anda boleh menggunakan produk kecantikan dengan sewenang-wenangnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 23/08/2019 . 9 minit bacaan

    Kosmetik: Tip dan Penjagaannya

    Pemakaian alat kosmetik pada masa kini bukan lagi merupakan satu perkara yang asing atau janggal untuk dilihat. Tetapi bagaimana dengan aspek penjagaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 20/08/2019 . 8 minit bacaan

    Makanan Laut: Bagaimanakah Ia Menyebabkan Alahan?

    Ada individu yang tidak menyukainya atau mengalami alahan terhadap makanan laut. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/08/2019 . 8 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suntikan vitamin C

    Mahu Kelihatan Cantik Hingga Sanggup Cucuk Vitamin C? Hentikan! Bahaya Untuk Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    produk kosmetik

    Nak Cantik Sampai Tak Ambil Tahu Kesan Pada Wajah, Ini Bahaya Jika Pakai Kosmetik Ada Merkuri!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/07/2020 . 3 minit bacaan
    9-jenis-makanan-harus-dielakkan

    Ibu Mengandung, JANGAN Ambil 4 Makanan Ini Kalau Tak Nak…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 31/03/2020 . 3 minit bacaan
    cicak

    Alamak! Ada Jenama Terkenal Guna Cicak Dalam Produk Kosmetik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2019 . 2 minit bacaan