Awas! Ini Mungkin Tanda Anak Anda Dijangkiti Kudis Buta

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

“Ibu, tangan abang gatal-gatal lah. Lepas tu ada bintik-bintik merah. Kenapa ni?”…..

Sebagai ibu, adakah anda boleh mengagak kondisi anak anda ini? Semasa berada di rumah, tidak pula anak anda mengalami keadaan sebegini, tetapi lain pula sejak dia tinggal di asrama. 

Anda masih keliru? Baca penerangan mengenainya di bawah ini. 

Kudis buta?

Ya, kondisi yang sedang anak anda alami adalah satu keadaan yang disebut sebagai kudis buta, atau nama lainnya, scabies. Ia adalah satu serangan kulit yang disebabkan oleh sejenis hama, Sarcoptes scabiei

Untuk pengetahuan semua, hama ini boleh tinggal di dalam kulit dengan tempoh beberapa bulan jika ia tidak dirawat. 

Bagaimana hama ini boleh membiak? Ia membiak dan ‘menggali’ di atas permukaan kulit anda lalu menghasilkan telur di dalam lubang kulit tersebut. Kulit akan memberikan reaksi terhadap hama dan sisa hama ini. Inilah yang akan menyebabkan rasa gatal-gatal dan terbentuknya ruam merah pada kulit tersebut.

Anda tidak akan dapat lihat hama dengan mata kasar, tetapi anda boleh melihat kesan kehadirannya melalui pembentukan ruam dan kegatalan. 

Adakah kudis buta boleh berjangkit?

Ya, malah ia amat mudah untuk menjangkiti individu lain. Hanya melalui sentuhan fizikal dengan individu yang dijangkiti, anda mungkin akan mendapat kudis ini dengan amat mudah. Selain itu, ia juga mudah dijangkiti melalui pakaian, perabot dan juga tempat tidur

Oleh sebab itu, pelajar yang tinggal di asrama amat mudah untuk dijangkiti dengan kudis buta. Sentuhan fizikal dan perkongsian bantal atau tilam menjadi punca mengapa ia mudah menjangkiti pelajar-pelajar lain di asrama. 

Simptom-simptom jika anda mengalami kudis buta

Pada awal pendedahan terhadap kudis buta, ia mungkin akan mengambil masa sehingga 6 minggu untuk simptom-simptom jangkitan ini muncul. Walau bagaimanapun, bagi individu yang pernah dijangkiti kudis buta sebelum ini, simptom-simptom biasanya akan muncul dengan lebih cepat.

Simptom-simptom bagi kudis ini termasuklah ruam dan kegatalan melampau yang akan menjadi lebih teruk pada waktu malam. Menggaru secara berterusan pada kawasan yang dijangkiti akan menyebabkan jangkitan luka. Sekiranya ini berlaku, rawatan tambahan dengan antibiotik untuk jangkitan kulit akan digunakan. Antara kawasan yang biasanya dijangkiti dengan kudis buta dalam kalangan kanak-kanak dan individu dewasa ialah:

  • Pergelangan tangan
  • Siku
  • Ketiak
  • Puting
  • Zakar
  • Pinggang
  • Punggung
  • Kawasan di celah-celah jari

Ruam yang berlaku akan mempunyai bintik-bintik kecil atau ketulan di bawah kulit seperti ketulan jerawat. 

Apakah rawatan yang tersedia bagi merawat kudis buta ini?

kudis buta

Bagi menghapuskan serangan hama ini, rawatan biasanya menggunakan salap, krim dan losyen khas untuk penyakit ini seperti permethrin dan ivermethrin melalui preskripsi doktor. Anda juga mungkin perlu mengambil sesetengah jenis ubat-ubatan. 

Doktor mungkin akan menyuruh anda untuk menggunakan ubat-ubatan ini pada waktu malam, iaitu pada waktu hama ini berada dalam keadaan yang paling aktif. Ubat-ubatan yang disapu boleh dibasuh pada waktu pagi keesokan harinya. Anda mungkin perlu menyapu ubat-ubatan ini secara berulang selama tujuh hari. 

Doktor juga mungkin akan memberikan ubat-ubatan tambahan bagi membantu memberikan kelegaan terhadap simptom-simptom yang kurang menyenangkan. Antara ubat-ubatan tersebut ialah:

  • Antihistamin seperti piriton atau losyen pramoxine untuk mengawal kegatalan
  • Antibiotik bagi membunuh sebarang jangkitan yang terjadi hasil daripada penggaruan berterusan pada kulit
  • Krim steroid untuk memberikan kelegaan terhadap pembengkakan dan kegatalan

Bagaimana untuk mencegah kudis buta?

Cara terbaik bagi menghindari jangkitan kudis buta adalah dengan mengelakkan sebarang hubungan secara fizikal dengan individu yang dijangkiti. Selain itu, elakkan juga perkongsian pakaian dan juga tilam yang telah digunakan oleh individu yang dijangkiti kudis buta.

Cuci pakaian anda dengan menggunakan air panas yang memiliki suhu sekitar 50 darjah Celsius. Begitu juga dengan tilam, sarung tilam, sarung bantal, bantal dan tuala mandi anda. Sekiranya tilam anda terlalu besar dan berat untuk dicuci, anda boleh memvakumnya dengan menggunakan penyeduk habuk vakum. Setelah selesai, buang beg vakum tersebut dan cuci vakum dengan menggunakan cecair peluntur dan juga air panas. 

Berapa lamakah hama ini boleh bertahan hidup?

Untuk pengetahuan anda juga, hama kudis buta ini boleh hidup pada tubuh manusia dengan tempoh sehingga dua bulan. Sekiranya ia disingkirkan daripada tubuh manusia, ia masih boleh hidup sekitar tiga atau empat hari lagi sebelum ia mati. 

Walaupun anda telah mendapatkan rawatan, anda masih boleh mengalami ruam atau kegatalan selama beberapa minggu. Ini kerana, walaupun hama tersebut telah mati, telur dan sisanya masih berada pada kulit anda. 

Kesimpulan

Jika anak anda yang tinggal di asrama mengadu gatal-gatal pada kulit dan mempunyai ruam, bawanya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya. 

Walaupun kes kudis buta ini kerap berlaku di asrama sekolah, ini tidak bermakna bahawa anda yang tinggal di rumah tidak terlepas daripada jangkitan ini. Anda masih berpotensi untuk mendapat jangkitan daripada individu lain yang berada di sekitar anda, terutamanya di kawasan tumpuan awam. 

Apa yang paling penting, sentiasa mengamalkan kebersihan diri untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit berjangkit.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Psoriasis Tiada Penawar, Tapi Anda Mampu Melawannya Dengan 5 Langkah BERKESAN Ini

    Penyakit psoriasis sememangnya memberikan ketidakselesaan kepada pesakit psoriasis. Jangan risau, ikuti 5 langkah ini untuk melawannya dengan berkesan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 15/04/2020 . 4 minit bacaan

    Cari Rawatan Psoriasis? Ini 4 Sebab Perlu Guna Ubat Biologik- Paling Berkesan

    Jika anda ingin mendapatkan rawatan penyakit psoriasis terbaik, boleh pertimbangkan ubat biologik. Cuba bandingkan dengan rawatan tradisional psoriasis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Penyakit Kulit 15/04/2020 . 3 minit bacaan

    HFMD Dan 5 Penyakit Kulit Biasa, Namun BAHAYA Jika Terjadi Pada Kanak-kanak!

    Kulit kanak-kanak adalah sangat sensitif. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit kulit yang biasa dialami oleh kanak-kanak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kulit Kanak-kanak 18/04/2019 . 3 minit bacaan

    Ekzema, Ruam dan Alahan, Ini Antara Jenis Penyakit Kulit Yang Kerap Berlaku Pada Bayi!

    Ekzema, ruam dan alahan adalah antara jenis penyakit kulit bayi yang sering berlaku. Ini yang perlu anda lakukan jika bayi anda menghidapinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr Aqilah
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kulit Kanak-kanak 04/03/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tumbuh jambang

    Lelaki Kurang Jantan Jika Tiada Janggut, Benarkah Ada Kaitan Dengan Hormon Testosteron?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    merawat psoriasis ketika hamil

    Ibu Hamil @ Menyusu Yang Ada Psoriasis, Jangan Ambil Ubatan Ini Selagi Tidak Diizinkan Doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit kulit psoriasis

    Pesakit Psoriasis Nak Elak Luka Pada Kulit Semasa Bercukur? Ini 5 Tip Bercukur Secara Selamat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    produk kosmetik

    Nak Cantik Sampai Tak Ambil Tahu Kesan Pada Wajah, Ini Bahaya Jika Pakai Kosmetik Ada Merkuri!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/07/2020 . 3 minit bacaan