Kaum Adam, Sebelum Kepala Hampir Botak, Buat & Elak 10 Benda Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

“Alamak, macam mana ni. Rambut gugur lah!” Ujar Adam di dalam hati.

Wajahnya masam mencuka apabila melihat pantulan dirinya pada permukaan cermin. Rambutnya sudah kian menipis dan nampak botak di beberapa tempat.

Adam jatuh terduduk. Dia rasa dunianya sudah kelam. Sikat dalam genggamannya penuh dengan helaian rambut.

“Macam mana aku boleh botak ni? Aku masih muda lah!”

Lelaki dan masalah keguguran rambut

Pasti ada di kalangan pembaca yang mempunyai masalah seperti Adam bukan?

Umur masih belum mencecah 30 tahun, tetapi rambut sudah semakin nipis.

Atas kepala pula, rambut tumbuh jarang-jarang hingga boleh nampak kulit kepala. Pasti perkara ini akan menimbulkan rasa gelisah di dalam hati.

Rambut merupakan aset nombor 1 lelaki. Dengan gaya rambut yang betul, lelaki boleh tampil yakin dan bergaya di khalayak ramai.

Namun, jika kaum Adam ini menghadapi masalah rambut, tidak mustahil individu tersebut boleh tenggelam dalam tekanan perasaan.

Menurut American Hair Loss Association, masalah keguguran rambut merupakan mimpi ngeri bagi lelaki. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk merawat masalah keguguran rambut.

Seorang lelaki boleh berubah sepenuhnya akibat daripada tekanan perasaan yang berpunca daripada keguguran rambut. Tekanan perasaan ini boleh menjejaskan karier dan mencetuskan masalah dalam perhubungan.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami masalah rambut, ia bukan bermakna bahawa ini adalah pengakhiran bagi hidup anda.

Terdapat pelbagai rawatan yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah keguguran rambut.

Namun, perkara yang anda boleh lakukan sekarang untuk kurangkan kadar keguguran rambut adalah dengan cara mengubah gaya hidup anda.

Ikuti kupasan kami di bawah tentang perkara yang perlu dibuat dan ditinggalkan untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat dan lebat.

Apa yang anda perlu lakukan?

keguguran rambut

1. Minum lebih banyak air

Air sangat penting untuk memastikan setiap sel dalam badan berupaya untuk menjalankan tugas masing-masing. Cuba banyakkan minum air kosong dan tinggalkan minuman berkafein ataupun bergula.

2. Jaga pemakanan anda

Cuba amalkan diet yang lebih sihat. Makan lebih banyak protein seperti ayam dan daging. Selain itu, pastikan anda juga makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran ya!

3. Elakkan stres dalam kehidupan seharian

Stres merupakan salah satu punca utama keguguran rambut. Kurangkan stres dengan cara bersenam ataupun dengan melakukan aktiviti yang digemari.

4. Simpan rambut pendek

Rambut yang pendek lebih mudah dijaga. Selain itu, masalah keguguran rambut juga tidak akan nampak terlalu ketara jika anda berambut pendek.

5. Jangan terlalu taksub dengan produk anti rambut gugur yang dijual di pasaran!

Elakkan terpengaruh dengan iklan produk pelebat rambut di media sosial.

Anda tidak tahu apakah kandungan yang terdapat di dalam produk-poduk tersebut. Jangan bazir duit dan masa anda pada kaedah rawatan yang anda belum pasti berkesan!

Apa yang anda perlu elakkan?

rambut gugur

1. Elak untuk tidak membasuh rambut anda seperti biasa!

Rambut akan gugur dengan lebih banyak selepas membasuhnya – ini satu kenyataan yang tidak berasas.

Rambut anda akan menjadi lebih lemah dan gugur lebih banyak jika anda tidak membasuhnya langsung. Gunakan syampu yang sesuai dan basuh rambut sebanyak 2 -3 kali seminggu.

2. Guna bahan kimia punca keguguran rambut

Berhenti gunakan produk rambut seperti gel ataupun spray. Produk ini boleh membuatkan kulit kepala menjadi kering dan menyebabkan lebih banyak rambut gugur.

3. Elakkan guna sikat yang mempunyai gigi yang rapat dan kasar

Bertukarlah kepada sikat yang lebih jarang dan lembut. Memberus atau menyikat dengan terlalu agresif boleh menyebabkan lebih banyak rambut gugur dan putus.

Jangan terlalu kasar semasa menyikat rambut.

4. Jangan gayakan rambut anda terlalu kerap

Penggunaan alat penggaya rambut seperti pengering rambut boleh membuatkan rambut anda jadi semakin rapuh dan mudah putus.

5. Jangan abaikan masalah keguguran rambut anda

Kadang-kadang, masalah keguguran rambut boleh diselesaikan dengan cara mengubah gaya hidup seharian anda.

Oleh itu, penting untuk anda ambil tahu dan cuba dapatkan pendapat pakar tentang punca keguguran rambut yang anda alami. Mana tahu, masalah anda rupanya ada ubat!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Alamak! Kerja Lebih Masa Boleh Botak Awal? Ini Satu-Satunya Cara Boleh Membantu

Lelaki yang bekerja melebihi 52 jam seminggu berisiko untuk mengalami masalah kepala botak awal. Itulah kesan stres kerja kepada tahap kesihatan rambut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Penjagaan/Keguguran Rambut 04/11/2019 . 3 minit bacaan

12 Makanan Atasi Rambut Gugur Yang Boleh Dicuba & Tips Semulajadi Lebatkan Rambut

Bagaimana jika anda mempunyai rambut yang bermasalah seperti rambut gugur? Apakah punca rambut gugur dan adakah makanan atasi rambut gugur?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 23/08/2019 . 5 minit bacaan

5 Cara Untuk Melebatkan Rambut Bayi Anda Dengan Cepat, Alahai Comelnya!

Mungkin ada bayi yang lahir botak, namun pasti anda ingin tahu rahsia cara melebatkan rambut mereka kan? Ia mudah dengan 5 tip ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Farah Aziz
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 12/04/2019 . 3 minit bacaan

Alami Masalah Rambut Gugur Semasa Hamil? Ini Cara Atasinya!

Anda mengalami masalah rambut gugur semasa hamil yang teruk? Ini cara penjagaan rambut ketika mengandung yang boleh anda cuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 18/10/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesan kesihatan

Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
masalah-rambut-paling-kerap-dialami

Kebotakan, Masalah Rambut Paling Kerap Dialami

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/11/2019 . 3 minit bacaan
rambut mudah gugur

MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 21/11/2019 . 3 minit bacaan
rambut gugur

Muda-muda Lagi Rambut Dah Nipis. Agak-agak Kenapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/11/2019 . 3 minit bacaan