Masker Kunyit Untuk Merawat Wajah, Tapi Hati-Hati Dengan Keburukannya Juga

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/11/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Tidak banyak kajian tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa tanaman ini mengandungi curcumin. Curcumin (kurkumin) dan bahan kimia lain dalam kunyit mungkin mengurangkan bengkak (keradangan). Oleh kerana itu, kunyit mungkin bermanfaat untuk merawat keadaan yang melibatkan keradangan. Berikut adalah antara beberapa manfaat kunyit untuk kesihatan:

1. Perbaiki kulit

Komponen antioksidan dan antiradang yang terkandung dalam kunyit dikatakan dapat memberikan kilauan dan cahaya pada kulit serta memulihkan kulit. Ia juga membantu mengurangkan kemerahan akibat jerawat dan memberikan kelegaan pada kulit bermasalah seperti ekzema dan rosacea.

Anda boleh mencuba membuat masker kunyit di rumah untuk melihat keberkesanan kunyit pada kulit anda. Campur sedikit yogurt Greek, madu dan kunyit, gaul rata dan sapukan pada kulit muka anda. Biarkan selama 15 minit sebelum anda membilasnya dengan air.

2. Melawan jerawat

Kunyit sangat berkesan untuk melawan jerawat kerana ia mengandungi antiseptik semula jadi dan membantu mencegah penyebaran bakteria. Ia amat berkesan apabila dicampurkan dengan cuka epal yang mempunyai ciri-ciri astrigen – yang memainkan peranan sama seperti toner biasa.

Dengan fungsi anti-keradangan, ia mungkin dapat membantu merawat keradangan jerawat. Ini termasuk:

  • Ketumbuhan (cyst).
  • Nodul.
  • Pustules
  • Papules

Ekstrak dari kunyit juga boleh mengurangkan kesan penampakan parut jerawat.

3. Memperlahankan penuaan

Kunyit mengandungi pigmen curcuminoid yang merangsang gen yang meningkatkan sintesis antioksidan tubuh. Ia akan melindungi sel otak dan kulit dari kerosakan yang disebabkan radikal bebas, dan melambatkan pembentukan kedutan dan garis halus. Jadi amat bagus untuk mengamalkan penggunaan masker kunyit, bukan? 

4. Menyembuhkan luka

Kurkumin – komponen yang membuatkan kunyit berwarna oren-kekuningan – yang terdapat dalam kunyit dikatakan boleh membantu menyembuhkan luka dengan mengurangkan keradangan dan pengoksidaan. Ia juga mengurangkan tindak balas anda terhadap luka kulit.

Kajian juga menyatakan kunyit boleh mendatangkan kesan terhadap tisu dan kolagen tubuh. Sekali gus membantu membuatkan luka anda lebih cepat sembuh.

5. Kurangkan lingkaran gelap

Oleh kerana kunyit bersifat anti-radang dan agen pencerahan kulit, ia sesuai untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata serta tompokan hitam yang disebabkan sinaran matahari. Ini kerana ia dapat merangsang peredaran darah, sekali gus membantu mengurangkan kegelapan. Nah, satu lagi kebaikan untuk anda amalkan penggunaan masker kunyit!

6. Merawat psoriasis

Psoriasis ada satu masalah kulit – muncul tompok putih yang tebal, menyebabkan gatal-gatal yang serius. Dan kunyit dikatakan dapat mengawal simptom ini dengan menghalang enzim keradangan dan menurunkan tahap sitokin – yang merangsang keradangan sel. Menurut Yayasan Psoriasis Kebangsaan, ia boleh digunakan sebagai suplemen atau ditambah ke dalam makanan. Sebaiknya, berbincang dengan pakar sebelum mencuba kaedah ini untuk mendapatkan dos yang lebih tepat.

7. Merawat parut, tanda regangan

masker kunyit

Sekali lagi, terima kasih kepada kurkumin, yang dapat menyerap masuk ke membran sel dan memperbaiki sifat fizikal membran sel – kesannya ia merawat tanda regangan. Anda boleh gabungkan kunyit dengan krim atau yogurt dan jadikan ia campuran seperti masker kunyit. Sapukan ke bahagian perut dan pinggang sebelum anda mandi. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan bersih semasa mandi. Cara yang sama juga boleh digunakan untuk merawat parut.

Walau bagaimanapun, terdapat risiko dalam menggunakan kunyit untuk merawat masalah kulit anda. Sebelum menggunakan kunyit, anda perlu berhati-hati dengan kuantiti yang hendak digunakan, jenis produk dan tindak balas yang mungkin berlaku terhadap ubatan yang anda ambil.

Sebaiknya, elakkan mengambil kunyit dalam kuantiti yang besar dan banyak. Cuba sapukan sedikit kunyit pada bahagian bawah lengan anda  dan biarkan selama 24 hingga 48 jam untuk melihat sama ada wujudkan reaksi alahan atau tidak sebelum menggunakannya pada kulit anda.

8. Antioksidan

Kunyit kaya dengan antioksidan. Dalam aspek penjagaan kulit, antioksidan dapat membantu menjaga radikal bebas dari memusnahkan sel-sel sihat. Ia sekali gus menghalang hiperpigmentasi, parut, dan masalah kulit jangka panjang lain. Melalui tabiat gaya hidup sihat, kunyit juga boleh dikatakan dapat mengurangkan kanser kulit. Tetapi masih banyak kajian perlu dilakukan.

Masker Kunyit

Untuk menghasilkan masker kunci bukanlah sesuatu yang sukar dan memerlukan kos yang tinggi. Kunci utama untuk menjadikan kunyit sebagai masker adalah dengan mencampurkan serbuk atau ekstrak kunyit dengan agen pemekat untuk dijadikan krim dan ia berbeza mengikut keperluan kulit:

masker kunyit

  • Untuk cegah jerawat dan antibakteri – campurkan kunyit dengan air suam dan madu.
  • Untuk rawat hiperpigmentasi dan kedutan – campurkan kunyit dengan yogurt, jus lemon untuk khasiat tambahan dan pencerahan.
  • Untuk rawat iritasi – campurkan kunyit dengan aloe vera untuk beri kelegaan semula jadi.
  • Untuk antioksidan – campurkan kunyit dengan air (boleh tambahkan sedikit badam atau tepung beras untuk menjadikan campuran ini lebih pekat)

Tidak kira apa campuran yang anda pilih, selepas menyapu masker kunyit pada wajah, biarkan ia untuk tempoh selama 10 minit pada wajah . Kemudian bilas dengan air suam diikuti dengan toner, serum, dan pelembap.

Tidak digalakkan untuk memakai masker kunyit semalaman, kerana ia cenderung untuk meninggalkan kesan, terutama jika anda mempunyai kulit yang cerah. Anda boleh cuba membasuh dengan susu, jika terdapat kesan kuning yang tertinggal. Amalkan penggunaan masker kunyit ini 2-3 kali seminggu.

Masker kunyit untuk kulit bersinar?

Jika ada mungkin skeptikal dengan ‘resepi’ masker kunyit di atas, anda mungkin boleh mencuba gabungan beberapa bahan untuk memberikan kulit yang lebih bersinar. 

Bahan-bahan:

Sebagai pilihan tambahan, anda boleh memilih untuk menambah 1 titis minyak pati lemon atau jus lemon segar untuk mencerahkan kulit.

Kaedah menggunakannya:

  1. Pastikan wajah anda bersih daripada sebarang kekotoran akibat solekan.
  2. Dalam mangkuk kecil, campurkan serbuk kunyit dengan madu, cuka epal sider, susu atau yogurt serta pilihan sama ada minyak pati lemon atau perahan lemon segar. Gaulkan ke semua bahan berikut sehingga mencapai tahap kepekatan yang bersesuaian untuk diletakkan pada wajah anda.
  3. Sapu masker kunyit pada wajah dengan berhati-hati dan hindari daripada terkena mata. 
  4. Biarkan masker kunyit ini pada wajah anda untuk tempoh selama 15 hingga 20 minit sebelum membilasnya dengan air suam. 
  5. Jika masih mempunyai lebihan campuran masker yang belum digunakan, anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk dan gunakan untuk sapuan seterusnya.
  6. Amalkan penggunaan masker ini dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Produk Kulit Berasaskan Niacinamide Yang Tengah Hot Di Pasaran, Ada Kesan Sampingan Ke?

Lambakan produk penjagaan kulit di pasaran, jadi anda mungkin keliru memilih yang terbaik. Bagaimana dengan produk berasaskan niacinamide, ada manfaat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 10/09/2020 . 3 minit bacaan

Kulit Wajah Pun Kena Detoks? Kenali Trend Terbaharu Dunia Kecantikan, Skin Fasting! Berkesan Ke?

Produk penjagaan kulit wajah yang pelbagai menjadi satu kebiasaan. Namun tahukah anda trend baharu dalam dunia kecantikan kini yang dikenali skin fasting?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Anak Gemar Main Panas? Ini 5 Cara Nak Elakkan Sunburn Pada Si Kecil, PASTI BERKESAN!

Kanak-kanak gemar bermain di luar rumah dan itu mendedahkan mereka kepada selaran matahari. Jadi apakah cara penjagaan kulit terbaik untuk anak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 18/08/2020 . 3 minit bacaan

Nak Cantik Sampai Tak Ambil Tahu Kesan Pada Wajah, Ini Bahaya Jika Pakai Kosmetik Ada Merkuri!

Bukan semua produk kosmetik atau kecantikan selamat untuk anda guna! Hati-hati ketika membeli, lebih-lebih lagi produk yang dijual dengan harga murah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 17/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kulit terkena air panas

Kulit Melecur Terkena Air Panas Di Rumah? Jangan Bimbang, Rawat Guna 10 Cara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
produk penjagaan muka

Kongsi Produk Penjagaan Muka Dengan Pasangan, Punca Utama Kulit ‘Breakout’? Betul Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
kaedah buang bulu

Tiada Lagi Luka Akibat Bercukur Bulu Jika Anda Bertukar Kepada Waxing! Ini Manfaatnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
muka stress

Jangan Selalu Stres, Kalau Tak Nak Muka Berubah Jadi Macam Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan