Kosmetik: Tip dan Penjagaannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/06/2020 . 8 minit bacaan
Share now

Pemakaian alat kosmetik pada masa kini bukan lagi merupakan satu perkara yang asing atau janggal untuk dilihat. Malah, kanak-kanak yang masih bersekolah juga sudah boleh dilihat memakai kosmetik seperti pewangi badan dan alat mekap. Ini membuktikan, sesiapa sahaja boleh memakai alat kosmetik, tetapi bagaimana dengan aspek penjagaannya? Ia sebenarnya satu aspek penting!

Apa Itu Kosmetik?

Definisi produk kosmetik adalah merupakan bahan atau persiapan yang bertujuan untuk menghubungkan pelbagai bahagian luaran badan seorang individu manusia seperti epidermis, sistem rambut, kuku, bibir, mata dan organ kelamin luar atau dengan gigi dan membran mukus daripada rongga mulut. Tujuannya adalah untuk membersihkan, merapi, menukar rupa, membetulkan bau badan, melindungi atau menjaga bahagian luaran badan agar sentiasa dalam keadaan baik. 

Kosmetik secara umumnya ditafsir sebagai bahan yang digunakan untuk membersihkan, memperbaiki atau mengubah kulit, rambut, kuku atau gigi. Ia termasuk persediaan kecantikan seperti alat solekan, minyak wangi, krim kulit atau pewarna kuku dan alat bantuan dandanan seperti sabun, syampu, krim pencukur ataupun deodoran. Ini bermaksud kosmetik tidak hanya merujuk kepada produk kecantikan seperti alat mekap semata-mata. 

Kosmetik dan Bukan Kosmetik

Namun, terdapat salah faham daripada sesetengah individu yang menganggap bahawa produk kecantikan diambil secara oral sama ada dimakan atau diminum juga merupakan produk kosmetik hanya kerana tuntutan kosmetik yang digunakan ke atas produk tersebut seperti bertujuan untuk mencantikkan atau melembapkan kulit.

Produk-produk seperti produk makanan ataupun minuman untuk dimakan mahupun diminum atau produk dalam bentuk suntikan yang dipromosikan untuk tujuan mencantikkan muka, kulit atau badan tidak dikelaskan sebagai produk kosmetik kerana cara penggunaan produk-produk tersebut tidak mematuhi skop takrifan produk kosmetik.

Ia kerana seperti yang dinyatakan di atas, produk kosmetik hanya boleh digunakan pada bahagian luaran badan sahaja. Oleh yang demikian, sebarang produk yang perlu diambil secara oral tidak boleh dikategorikan sebagai salah satu produk kosmetik. Tetapi ia perlu diklasifikasikan sebagai produk suplemen tambahan kesihatan, tradisional atau makanan. 

Untuk mendapatkan lebih penjelasan mengenai perbezaan antara kedua-dua produk kosmetik atau bukan kosmetik, berikut adalah contoh mudah. Misalnya, satu produk yang dijual di pasaran mengandungi kolagen dipasarkan sebagai krim muka untuk sapuan pada wajah dan satu lagi sebagai minuman pracampuran atau kapsul untuk dimakan. Dalam situasi ini, krim muka dengan kolagen dikategorikan sebagai produk kosmetik, manakala serbuk minuman atau kapsul kolagen itu di bawah makanan atau suplemen tambahan kesihatan. 

Kosmetik Tip dan Penjagaannya - suplemen tambahan

Produk-produk untuk kegunaan luaran seperti disapu, contohnya salap (ointment) tetapi mempunyai tuntutan perubatan seperti merawat penyakit, jangkitan kulit atau untuk menghilangkan kesakitan seperti minyak urut, iaitu minyak yang disapu untuk menghilangkan sakit-sakit sendi atau produk untuk disapu pada bahagian alat sulit lelaki atau wanita untuk tujuan rangsangan seksual juga tidak dikelaskan sebagai produk kosmetik.

Terdapat beberapa agensi yang mengawal selia produk-produk seperti ini iaitu Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan Bahagian Kawalan Kualiti Makanan (BKKM) yang bernaung di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jadi kini anda sudah mengetahui perbezaan antara produk kosmetik dan bukan. Seterusnya, artikel ini akan memfokuskan mengenai produk kosmetik yang melibatkan aspek kecantikan, iaitu alat solekan. Teruskan membaca!

Solekan Boleh Jejaskan Pori?

Dalam kebanyakan kes, bersolek tidak akan merosakkan kulit anda. Tetapi, bagi individu yang mempunyai kulit sensitif, penggunaan produk kosmetik yang kerap boleh menyebabkan kesan yang tidak dijangka seperti liang pori tersumbat, yang merupakan sebab utama munculnya jerawat. Ini tidak bermakna anda tidak boleh bersolek selama-lamanya. Mengetahui kesan produk solekan di liang pori boleh membantu anda mencari jalan yang terbaik untuk menguruskannya.

Kesan Solekan Terhadap Kulit

Produk yang digunakan untuk solekan wajah wujud dalam bentuk berbeza, ia adalah termasuk serbuk, gel, losyen, krim, salap (ointment), batang (stick), dan lain-lain. Apabila meliputi permukaan wajah, bersolek boleh menyembunyikan semua kelemahan kulit wajah seseorang individu wanita, yang menjadikan penampilan mereka berubah sepenuhnya. 

Walau bagaimanapun, pemakaian produk komestik seperti alat solekan juga mengisi semua liang pori pada wajah anda, terutamanya apabila menggunakan solekan asas, bedak muka dan pemerah pipi. Jadi, apa yang berlaku apabila liang pori anda tersumbat?

Jika kulit anda adalah dari jenis yang berminyak, ini bermakna terdapat kecenderungan yang tinggi untuk anda mendapat jerawat. Kulit berminyak disebabkan oleh pengeluaran sebum yang berlebihan, dan apabila minyak tersumbat di dalam liang pori, maka akan timbullah jerawat.

Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk jika anda memakai alat solekan yang banyak dan untuk tempoh yang lama. Bakteria dan kekotoran boleh masuk ke dalam liang pori anda, yang membawa kepada radang jerawat, seperti papules, pustules, nodul dan sista. Ini adalah antara jenis jerawat yang boleh berlaku, dan akan meninggalkan parut serta kesan jerawat selepas penyembuhan.

Seperti yang dinyatakan di atas, bersolek boleh menyumbat liang pori anda, ia juga akan menyebabkan kerengsaan. Keadaan ini berlaku kepada individu yang mempunyai kulit sensitif. Anda pasti mengetahui bahawa kebanyakan bahan-bahan kosmetik terdiri daripada campuran pelbagai jenis bahan kimia, bukan?

Jika kulit anda terdedah dengan satu atau lebih bahan kimia dalam produk solekan, anda mungkin berasa sensasi terbakar atau kegatalan, manakala kulit kelihatan merah dan membengkak. Jika ini berlaku, anda perlu berhenti memakai alat solekan dan berjumpa doktor kulit untuk mendapatkan bantuan.

Bersolek menjadi kesan buruk untuk kulit anda dalam beberapa segi. Tetapi anda tidak perlu terlalu bimbang. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kemudaratan bersolek dan melindungi kulit anda. Apakah ia?

Kosmetik Tip dan Penjagaannya - solekan betul

Bersolek Tanpa Jejaskan Kulit

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan wujudnya sebarang masalah kesan daripada alat kosmetik yang dipakai. Berikut adalah kaedah yang boleh diikuti:

  • Pastikan bersih

Ini adalah langkah sangat penting yang anda perlu ingati apabila memakai sebarang alat solekan. Sebelum menggunakan apa-apa produk kosmetik, anda perlu mencuci muka dengan teliti. 

Anda juga harus mengelak daripada menyentuh kulit anda terlalu kerap. Ini kerana perbuatan ini akan menyebabkan risiko pemindahan bakteria dan kekotoran dari tangan ke kulit wajah anda. Satu lagi perkara yang anda perlu ingat: kerap bersolek adalah berbahaya kepada kulit anda; jadi sebaiknya pastikan anda hanya bersolek apabila perlu sahaja. Sebelum tidur, jangan lupa menanggalkan solekan pada wajah anda. 

  • Pilih produk yang betul

Terdapat banyak jenis produk kosmetik yang terdapat di pasaran. Tetapi anda perlu memahami jenis kulit anda bagi memilih jenis produk yang paling sesuai. Jenis kulit biasanya terdiri daripada jenis normal, kering, berminyak dan sensitif.

Jika anda mempunyai kulit berminyak, anda perlu cuba produk yang dilabel “non-comedogenic” dan “non-acnegenic“. Jenis ini tidak menyekat liang anda dan boleh menghalang jerawat. 

Bagi individu yang mempunyai kulit sensitif, anda perlu mencari produk dengan “hypoallergenic” pada labelnya. Untuk memastikan ia tidak akan merengsakan kulit anda, sebaiknya anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor kulit.

Bersolek sememangnya mampu mengubah penampilan anda. Tetapi jika anda mempunyai masalah kulit yang agak serius, bersolek bukanlah penyelesaian yang terbaik. Anda perlu mendapatkan rawatan yang betul bagi membantu mengatasi dan merawat masalah kulit yang anda hadapi. 

Bersihkan Solekan dengan Berkesan

Dalam strategi penjagaan kulit, selain menggunakan toner, krim pelembap, atau pelindung matahari, membersihkan alat solekan dengan betul memainkan peranan penting. Selepas seharian wajah dipenuhi dengan alat solekan, kulit anda memerlukan ‘ruang’ untuk bernafas.

Oleh itu, membebaskan wajah daripada kosmetik akan membantu mengembalikan keseimbangan dan mengurangkan tekanan pada kulit wajah anda.

Terdapat banyak cara dan kaedah yang selamat dan berkesan untuk membersihkan solekan pada wajah. Berikut adalah beberapa cara terbaik untuk membersihkan solekan secara semula jadi. Selamat mencuba!

  • Tisu basah bayi

Di pasaran terdapat tisu penanggal alat solekan yang boleh membantu anda untuk menanggalkan solekan. Tetapi apa yang kurang mengenai tisu ini adalah ia berkemungkinan besar boleh mengeringkan atau merengsakan kulit wajah anda. Jika anda memilih untuk menggunakan tisu basah, sebaiknya pilih untuk menggunakan tisu basah untuk bayi. Ini kerana ia adalah lebih lembut untuk kulit dan dapat membantu menghindari sebarang masalah berkaitan kerengsaan atau dehidrasi pada kulit. 

  • Minyak kelapa

Penggunaan minyak kelapa adalah dikatakan sebagai salah satu pilihan terbaik untuk membersihkan kesan kosmetik pada kulit wajah. Minyak ini boleh membantu menanggalkan solekan degil dan kalis air dengan mudah tanpa memerlukan anda untuk menggosok dengan kuat. 

Dalam masa yang sama, minyak kelapa turut mendatangkan manfaat sebagai pelembap kulit yang baik. Untuk membersihkan solekan, anda boleh menggunakan minyak ini sama ada dititiskan pada kapas atau terus kepada tapak tangan anda. Sebaiknya, selepas menanggalkan alat solekan, anda dinasihatkan untuk mencuci wajah anda dengan pencuci muka. Selepas itu, sekiranya anda ingin memberikan kelembapan kepada kulit wajah anda, anda boleh menyapu semula minyak kelapa ke wajah dalam kuantiti yang berpatutan dan biarkan ia untuk semalaman, iaitu sepanjang anda tidur. 

  • Wap air

Kaedah pengewapan boleh menjadi pilihan yang baik untuk membantu anda membersihkan solekan pada wajah. Wap air akan dapat mencairkan solekan dan membuka liang roma, menjadikannya lebih mudah untuk anda menanggalkan dan mengeluarkan solekan dengan pencuci wajah. 

Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan pad kapas. Jika anda ingin menggunakan cara ini, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan merendam pad kapas dengan air panas, biarkan sejuk selama beberapa saat lalu letakkannya di muka. Apabila pad menjadi sejuk, solekan tidak lagi susah untuk ditanggalkan.

  • Minyak bayi

Minyak bayi mempunyai berfungsi yang sama seperti minyak kelapa. Untuk penggunaan bagi jangka masa yang panjang, minyak bayi dipercayai dapat membantu membersihkan kulit wajah anda dengan cara yang luar biasa. Kaedah penggunaan minyak ini adalah sama seperti menggunakan minyak kelapa, sama ada dituangkan sedikit pada pad kapas atau pada tapak tangan. Terpulang kepada keselesaan anda. 

  • Timun

Timun adalah baik untuk kesihatan. Penggunaannya dapat memberikan kesegaran kepada wajah. Timun mempunyai kandungan antioksidan yang dapat membantu mengurangkan kerengsaan pada wajah dan dapat melawan serta mencegah masalah keradangan pada kulit yang mudah berjerawat. Lebih menarik lagi, timun juga dapat membantu anda untuk menanggalkan produk kosmetik pada wajah. 

Kosmetik Tip dan Penjagaannya - timun

Caranya adalah anda boleh mencampurkan pes timun dengan beberapa titis minyak, sama ada minyak kelapa, minyak bayi atau minyak badam, maka terhasillah pencuci alat solekan yang baik. 

  • Baking soda dan madu

Gabungan kedua-dua bahan ini, iaitu baking soda atau lebih mudah dikenali sebagai serbuk penaik dengan madu dapat berfungsi bukan sahaja sebagai pencuci wajah tetapi ia juga dapat berperanan sebagai pengelupas (exfoliator) yang baik untuk wajah anda. 

Sebagai penanggal alat solekan, menggunakan campuran ini tidak memerlukan anda untuk menggosok terlalu kuat. Selepas proses mencuci ini, kulit anda dipercayai akan menjadi segar. 

Mencuci wajah yang dilapisi alat solekan adalah perkara yang penting untuk dilakukan dan tidak boleh dipandang remeh. Tetapi mencuci dan menanggalkan alat solekan dengan cara yang salah atau tidak betul boleh mengakibatkan berlakunya banyak masalah kulit seperti jerawat, kerengsaan atau tanda penuaan awal. Jadi, jika anda gemar memakai alat solekan, pastikan anda menjaga dan membersihkan kulit anda dengan teliti dan betul. Anda juga boleh mengikuti beberapa tip di atas. 

Solekan Melampau, Bukan Kesukaan Lelaki?

Menurut ahli pakar psikologi Welsh, individu wanita cenderung untuk tersilap tentang apa yang dapat menarik minat lelaki kepada jantina berlawanan. Ini kerana kebanyakan individu wanita merasakan bersolek secara sempurna atau solekan penuh di wajah dapat menjadikan mereka tarikan kepada individu lelaki.

Namun, hakikatnya, kebanyakan individu lelaki berpendapat bahawa wanita yang memakai kosmetik yang terlalu berlebihan atau terdapat kosmetik yang lebih daripada 40 peratus pada wajah adalah tidak menarik atau cantik. Terkejut bukan?

Dengan perspektif yang sama, Dr. Alex Jones, dari Bangor University, melakukan penyelidikan mengenai penggunaan kosmetik serta salah faham dan persepsi yang wujud pada seseorang individu ketika melakukan pertimbangan mengenai apa yang menarik pada individu berlainan jantina. 

Dalam kajiannya yang diterbitkan dalam Quarterly Journal of Experimental Psychology, Dr. Jones mendapati wujud reaksi ‘sangat positif’ terhadap swafoto (selfie) semula jadi tanpa solekan yang dihantar ke rangkaian sosial.

Pada mulanya, peserta wanita, dari jantina berbeza yang menyertai kajian itu mengandaikan bahawa peserta lelaki akan lebih tertarik terhadap penggunaan solekan penuh atau sempurna.

Kosmetik Tip dan Penjagaannya - terlebih mekap

Walau bagaimanapun, hasil keputusan adalah ternyata salah. Dr. Jones berkata bahawa ia “adalah lebih jauh daripada kebenaran.” Dengan wajah yang lebih segar atau kurang daripada 40 peratus produk kosmetik, individu wanita mampu menarik perhatian lelaki dengan lebih mudah. Selain itu, turut mengejutkan juga apabila kebanyakan individu wanita yang ditemu bual dalam penyelidikan itu juga berkongsi idea yang sama dengan lelaki mengenai kecantikan semula jadi dan popularitinya.

Daripada kajian ini, Dr. Jones membuat kesimpulan bahawa idea-idea dan kepercayaan yang sudah wujud dalam pemikiran tentang apa yang membuatkan jantina bertentangan tertarik adalah tidak tepat 100%. 

Secara terperinci, penggunaan produk kosmetik seperti alat solekan yang dianggap senjata oleh individu wanita untuk memikat individu lelaki adalah salah sama sekali. Maka anggapan mengenai saiz badan atau berat badan ideal yang boleh menarik minat jantina berlawanan juga adalah salah. 

Kesimpulan

Kecantikan dan wanita adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik, bukan? Tidak salah untuk memakai alat solekan. Namun, kecantikan itu bukanlah semata-mata terletak pada penggunaan produk kosmetik seperti alat solekan, pewangi badan dan sebagainya. Tetapi hakikatnya, kecantikan itu adalah sangat universal. Mempunyai keyakinan pada diri dan nilai harga diri yang tinggi juga merupakan satu kecantikan yang tidak boleh ditandingi. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sulaman alis: Baik Dan Buruknya

    Sulaman alis berasal daripada Asia - industri kecantikan merupakan bahagian yang besar dalam penjanaan ekonomi negara dan terkenal di Malaysia dan Filipina

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 25/04/2019 . 2 minit bacaan

    Mengapa Banyak Produk Penjagaan Kulit Menggunakan Urea untuk Kulit Kering?

    Uroterapi, menggunakan air kencing sendiri untuk tujuan kecantikan telah ditemui dalam sejarah budaya orang Aztec dan masyarakat Mesir kuno.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 27/03/2019 . 3 minit bacaan

    5 Rutin Kecantikan Untuk Pembaikan Kulit Setiap Malam

    Setiap hari, kulit kita sering terkesan dengan pelbagai faktor luaran yang berbahaya seperti habuk, bahan kimia berbahaya, sinar ultraviolet dan faktor persekitaran yang lain yang memberi kesan kepada keadaan permukaan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 08/03/2019 . 3 minit bacaan

    Rahsia Keremajaan Kulit Rupanya Ada Pada Pegaga!

    Jika dahulu, penggunaan tumbuhan dan herba untuk kesihatan dan kecantikan hanya berdasarkan petua yang diwarisi sejak turun-temurun. Kini, pelbagai kajian mula menunjukkan penemuan baharu terhadap tumbuhan purba ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Artikel lain untuk anda

    suntikan vitamin C

    Mahu Kelihatan Cantik Hingga Sanggup Cucuk Vitamin C? Hentikan! Bahaya Untuk Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    kulit berjerawat pakai makeup

    Pakai Makeup Bagi Kulit Berjerawat, Boleh Ke? Bagaimana Pula Kalau Berkongsi Alat Solek?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan
    ibu hamil

    Mak Buyung Gemar Bermekap? AWAS! Ada Kandungan BAHAYA Dalam Alat Solek PATUT Dihindari

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
    cicak

    Alamak! Ada Jenama Terkenal Guna Cicak Dalam Produk Kosmetik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2019 . 2 minit bacaan