Awas! Ketahui Mudarat Kasut Tumit Tinggi Terhadap Pemakainya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 8 minit bacaan
Share now

Beauty is pain’’. Ini adalah pepatah yang sering kali diujarkan oleh kebanyakan penggemar dan pengikut fesyen. Dari hujung rambut ke hujung kaki, kesemuanya memerlukan penggunaan atau penggayaan fesyen yang kadangkala menyakitkan. Sebagai contoh, kasut tumit tinggi.

Apabila membabitkan penggunaan kasut, sudah pasti ia sangat sinonim dengan gaya penampilan setiap wanita. Jadi, tidak dinafikan setiap wanita mempunyai pelbagai koleksi jenis kasut untuk penggunaan rutin atau fungsi yang berbeza. Bagi kebanyakan wanita berkerjaya, mereka sudah pasti menjadikan penggunaan kasut tumit tinggi adalah salah satu aksesori penting bagi menyerlahkan keanggunan diri dan membuatkan mereka berasa bergaya seiring dengan peredaran fesyen.

Pun begitu, setiap perkara mempunyai pro dan kontranya. Anda perlu tahu bahawa di sebalik kecantikannya, pasti ada kemudaratannya. Ingin tahu mengenai mudarat kasut tumit tinggi dengan lebih lanjut? Sila ikuti artikel ini.

Fakta penggunaan kasut tumit tinggi

Di sebalik kecantikan yang dibawanya, kasut tumit tinggi ini sebenarnya boleh mendatangkan beberapa kemudaratan terhadap individu yang memakainya. Mungkin jika anda sudah tahu apakah kemudaratan yang disebabkan olehnya, anda akan mula fikir untuk mahu atau tidak memakai kasut tumit tinggi Tahukah anda bahawa negara Filipina telah mengharamkan penggunaannya kerana ia boleh menjejaskan kesihatan indivdu?

Statistik menunjukkan bahawa kasut tumit tinggi adalah salah satu faktor terbesar yang menyebabkan masalah pada kaki dalam kalangan wanita, sehingga mengakibatkan masalah kekal sebagai akibat daripada penggunaan yang berpanjangan. Walaupun kasut tumit tinggi ini mempunyai nilai (harga) yang lebih tinggi, namun ia berpotensi mengubah postur badan dan menjejaskan kesihatan anda secara keseluruhannya.

5-adverse-effect…aring-high-heels

Jenis kasut tumit tinggi dan kasut lain yang boleh menjejaskan kesihatan

Sebelum itu, wajar untuk kita kenal terlebih dahulu jenis kasut tumit tinggi dan pelbagai lagi jenis kasut lain yang sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan kita, seperti:

#1. Kasut tumit tinggi ultra high

Kasut tumit tinggi ultra high boleh menyebabkan buku lali terseliuh dan pelbagai sakit kronik yang mungkin anda sendiri belum tahu mengenainya. Kasut tumit tinggi, sama ada stail sky high atau stail medium high, diketahui boleh menyebabkan benjolan yang menyakitkan di bahagian belakang tumit. Tekanan tumit tinggi yang diletakkan pada tempat ini menyebabkannya lebam, bengkak, lepuhan dan juga sakit Achilles.  Dengan menukar kasut dan memakai pad tumit mungkin dapat membantu melegakan kesakitan, namun benjolan ini berkekalan.

Masalahnya adalah pada posisi kasut tumit tinggi ultra high ketika meletakkan kaki di dalamnya. Kesemua tekanan diletakkan pada tapak kaki bahagian depan. Ini merupakan lokasi kritikal di mana tulang metatarsus yang panjang bertemu dengan tulang sesamoid dan tulang kaki (phalanges). Tekanan yang berlebihan boleh merosakkan tulang dan saraf. Dalam sesetengah keadaan, tekanan pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan fraktur halus. 

Satu-satunya penyelesaian adalah berjalan dengan menggunakan kasut tumit yang rendah. Pakar mengesyorkan ketinggian kasut seharusnya tidak melebihi daripada 5 cm. Biarpun bertumit 5 cm, ia tidak patut dipakai sepanjang masa.

#2. Stilettos

Stilettos merupakan kasut bertumit tinggi dengan tumitnya yang sangat sempit. Keseluruhan berat anda diletakkan pada satu titik halus. Ini akan meningkatkan risiko anda untuk jatuh dan menyakitkan buku lali anda. Lebih baik anda memakai kasut bertumit dempak. Ini kerana ia mempunyai permukaan yang besar, membenarkan pembahagian berat badan yang sekata. Kasut bertumit dempak menyediakan lebih kestabilan seterusnya mengurangkan risiko anda untuk tersandung.

#3. Ballet flats

Ballet flats tidak mempunyai struktur sokongan. Ia bukan sahaja mencegah kaki daripada berfungsi dengan baik, namun ia turut meningkatkan risiko masalah lutut, pinggul dan belakang badan. Sokongan lengkung yang tidak sempurna mungkin menyebabkan fasciitis plantar. Sekiranya anda masih mahu memakai ballet flats, anda harus membeli lapik dalam kasut dan pad tumit untuk menyediakan kaki anda dengan lebih banyak sokongan.

#4. Flip flop

Memandangkan flip flop atau selipar menawarkan liputan yang sangat sedikit, ia meletakkan anda risiko untuk terkena selumbar dan kecederaan makanan. Oleh itu, pesakit diabetes tidak sepatutnya memakai selipar bagi mengelakkan komplikasi yang terhasil daripada luka dan geseran. Selain itu, selipar hampir sama dengan ballet flats kerana tiada sokongan lengkung.

#5. Gladiator sandals

Gladiator sandals adalah sejenis kasut yang menggunakan ikatan atau lilitan tali pada bahagian hadapannya lalu menjadikannya sangat cantik dan menarik untuk dipakai. Namun begitu, tali ini hanya akan memberi ilusi sokongan buku lali tetapi ia sebenarnya tidak sekuat mana. Disebabkan itu, ia boleh menyebabkan kaki si pemakai terseliuh bila jatuh.

#6. Kasut Mule

Mule adalah sejenis kasut yang berbentuk tirus di hadapannya dan ia hadir dengan varisasi bertutup atau terbuka. Kedua-duanya adalah tidak disyorkan dipakaikan kerana ia akan memenyekkan jari kaki ekoran bentuk hadapannya yang tirus. Lebih penting, ia tidak memberi sokongan kepada buku lali dan bahagian belakang kaki. Ia akan menyebabkan buku lali terseliuh ataupun kerosakan jangka panjang.

#7. Kasut platform

Kasut platform mempunyai tapak kasut yang keras. Ia mengganggu mekanisme berjalan. Semasa anda berjalan, kaki anda perlu bengkok. Kasut platform pula akan menghalang kaki anda daripada membengkokkan kaki. Bayangkan semasa anda cuba untuk berjalan di mana kaki anda berusaha sebaik mungkin untuk membengkok tetapi kasut platform anda terus menggunakan tapaknya yang keras untuk memegang kaki anda.

Kasut plastik

Kasut plastik adalah trend wanita masa kini. Diharapkan trend ini tidak akan tahan lama kerana ia berpotensi menjadi tempat bakteria membiak! Material plastik itu bukan saja menyebabkan kaki anda berpeluh dan berbau busuk, tapi geserannya juga boleh mengakibatkan lepuh dan rasa sakit.

Jadi anda masih mahu memakai kasut bertumit tinggi atau kasut jenis lain yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap anda? Fikirkannya semula.

high heels during pregnancy

Bagaimana kasut tumit tinggi menjejaskan pemakainya?

Tubuh badan seorang wanita akan cuba untuk mengimbangi tumit yang disebabkan oleh lenturan pinggul dan tulang belakang ke hadapan. Untuk mengekalkan keseimbangan, betis, pinggul dan otot belakang akan menjadi tegang. Ini seterusnya akan menyebabkan keletihan dan ketegangan pada otot yang berlebihan. Lama kelamaan, penggunaan kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan otot betis menjadi kejang dan bonjol (bulge).

Kebanyakan wanita akan mengalami perubahan pada postur tubuh mereka sebaik sahaja mereka memakai kasut bertumit tinggi. Perkara ini berlaku disebabkan oleh perubahan pada keberadaan titik tekanan. Berat badan anda berubah daripada keseluruhan kaki anda ke bebola kaki. Bagi menyeimbangkan perubahan ini, struktur tulang belakang anda menyesuaikan dengan perubahan tersebut. 

Kasut bertumit tinggi menolak bahagian bawah tubuh anda ke depan dan mencondongkan bahagian atas tulang belakang anda. Secara automatiknya, dada anda tertolak ke depan dan pinggul anda ke belakang. Otot kaki anda menjadi lebih tegang, terutama pada bahagian betis. Kerap memakai kasut bertumit tinggi boleh memendekkan otot betis anda dan menebalkan tendon, menyebabkan sakit dan kejang pada betis.

Perubahan tempat tulang belakang akibat terlalu kerap memakai kasut bertumit tinggi boleh menjurus kepada sakit belakang atau dalam kes yang teruk, menyebabkan gelinciran pada satu vertebra atas yang lain. Kejadian ini boleh mengakibatkan foraminal stenosis, di mana saraf yang melalui bahagian bawah tulang belakang terperangkap antara vertebra. Berikut merupakan kemudaratan kasut bertumit tinggi terhadap pemakainya secara terperinci:

#1. Belakang

Bentuk lengkung normal belakang berfungsi sebagai penyerap kejutan, mengurangkan tekanan pada vertebra. Memakai kasut bertumit tinggi menyebabkan tulang belakang lumbar (berkaitan dengan bahagian bawah belakang tubuh) mengembang dan anjakan posterior (terletak berham­piran dgn bahagian belakang) kepala dan tulang belakang toraks.

Kasut bertumit tinggi juga akan menyebabkan anda bersandar ke hadapan dan tubuh tindak balas terhadapnya untuk mengurangkan lengkung ke hadapan di belakang anda bagi membantu mengekalkan kedudukan belakang anda. Penyelarasan yang tidak baik mungkin menyebabkan terlalu banyak penggunaan otot dan sakit belakang.

#2. Postur

Kasut bertumit tinggi meletakkan peningkatan tekanan pada bahagian hadapan kaki menyebabkan anda menyesuaikan seluruh tubuh untuk mengekalkan keseimbangan. Bahagian bawah badan anda bersandar ke hadapan, dan untuk mengimbanginya, bahagian atas badan anda harus bersandar untuk memastikan anda seimbang.

#3. Perubahan anatomi

Penggunaan kasut bertumit tinggi pada setiap hari selama beberapa tahun sebenarnya boleh menyebabkan perubahan dalam anatomi anda. Kasut tumit tinggi meletakkan tekanan yang tidak wajar pada bahagian belakang dan lutut kerana berat badan beralih ke hadapan.

Tambahan pula, otot betis boleh memendek dan tendon boleh menebal. Gelinciran satu vertebra ke hadapan kerap berlaku akibat memakai kasut bertumit tinggi, terutamanya di kawasan lumbar di tulang belakang di mana berat badan tertumpu.

#4. Stenosis foraminal

Stenosis foraminal adalah keadaan saraf tulang belakang yang berlaku apabila keabnormalan anatomi menghalang atau mengurangkan ruang dalam satu atau lebih foramina. Stenosis foraminal di bahagian bawah boleh menyebabkan simptom kesakitan, kebas, kesemutan, kelemahan otot dan kekejangan melalui punggung dan bawah kaki. Sciatica, yang disebabkan oleh mampatan saraf sciatic, adalah istilah yang sering dikaitkan dengan set tertentu simptom bawah badan.

Am I in Labor Family Pregnancy Getting Pregnant

Adakah kasut tumit tinggi tidak elok untuk wanita hamil?

Ada desas-desus yang mengatakan bahawa ibu hamil tidak boleh memakai kasut bertumit tinggi. Adakah penyataan ini benar?

Secara amnya, kasut bertumit tinggi tidak digalakkan untuk ibu hamil. Memakai kasut bertumit tinggi semasa hamil boleh menyebabkan sakit belakang dan sakit kaki, malah lebih teruk daripada itu. Dalam situasi biasa pun, penggunaan tumit tinggi sudah boleh mengubah postur badan dan tulang belakang anda.

Walau bagaimanapun, semasa trimester pertama, pemakaian kasut bertumit tinggi tidak seharusnya menjejaskan kehamilan anda. Akan tetapi, semakin meningkat usia kandungan, dengan pertambahan berat anda dan kandungan, seharusnya anda perlu lebih menyeimbangkan badan. 

Memasuki trimester kedua pula, badan anda akan melepaskan hormon relaksin yang akan melonggarkan ligamen anda bagi membolehkan bayi anda melepasi pelvis dengan mudah. Ini juga bermakna pelvis, pinggul, dan sendi belakang anda cenderung untuk lari daripada kedudukannya. Tekanan tambahan pada sendi boleh menyebabkan sakit bahagian bawah belakang.

Selain itu, pembengkakan (edema) amat biasa berlaku dalam kehamilan, terutama semasa trimester ketiga. Anda akan rasa lebih tidak selesa jika memakai kasut bertumit tinggi ketika ini. Sebagai langkah keselamatan, pakai kasut bertumit tinggi hanya semasa majlis tertentu sahaja bagi mengelakkan risiko terjatuh. Terjatuh semasa hamil bukan sahaja boleh menyakitkan anda, tetapi juga membahayakan kandungan. 

Oleh itu, fikir beberapa kali sebelum anda bercadang untuk memakai kasut bertumit tinggi.

Sekiranya anda rasa ingin bergaya dengan memakai kasut bertumit tinggi, jangan lupa untuk melakukan urutan lembut dan regangan ringan pada betis anda selepas mengenakan kasut tersebut. Kesudahannya, keputusan memakai kasut bertumit tinggi ataupun tidak semasa hamil adalah terletak di tangan anda. Nasihat daripada pakar, lebih baik utamakan keselamatan dan kesihatan anda berbanding mengejar fesyen atau trend!

Kasut tumit tinggi punca tumit merekah

Selain itu, pemakaian kasut bertumit tinggi juga sebenarnya akan menyebabkan satu lagi masalah yang agak besar terutamanya jika anda merupakan seorang yang mementingkan kecantikan, iaitu tumit merekah. Ia adalah satu kondisi yang tidak dapat dielak terutamanya jika anda memakainya dengan sangat kerap. Jadi, apakah yang anda boleh lakukan untuk mengubatinya? Anda boleh cuba cara yang berikut:

#1. Heel Balm

Selepas mandi, sapukan heel balm yang mengandungi kandungan pelembap, pelembut, pengelupasan kulit mati. Semasa mencari heel balm, cari produk yang mengandungi petrolatum, minyak mineral, asid laktik, salicylic acid urea, glycerin, dimethicone, alpha-hydroxy acid dan saccharide isomerate. Anda boleh dapatkan produk ini di farmasi. Jika masalah tumit merekah yang anda hadapi agak serius, anda mungkin perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang produk.

#2. Stokin kapas

Sebelum tidur, sapukan gel petroleum pada tumit dan pakai stokin kapas yang berfungsi membenarkan pengaliran udara. Pemakaian stokin ini dapat membantu mengekalkan kelembapan. Dengan mengamalkan rutin ini dalam tempoh beberapa, anda pasti akan dapat merasaikan perubahan pada tumit anda.

#3. Batu apung

Lembapkan kulit tumit anda dengan merendamnya ke dalam air suam. Selepas itu, keringkan sebelum anda menggosok secara perlahan-lahan batu apung atau pumice stone kepada bahagian tumit yang bermasalah untuk mengurangkan kulit yang tebal dan merekah. Sapukan pelembap selepas selesai menggosok dengan batu apung. Bagi individu yang mengalami masalah diabetes atau neuropati, tidak boleh menggunakan batu apung, sebaiknya sila berjumpa dengan pakar dermatologi.

#4. Madu

Madu merupakan antara bahan semula jadi yang dapat membantu merawat tumit merekah. Ia bertindak sebagai antimikrobial dan antibakteria. Terdapat kajian yang menunjukkan madu dapat membantu menyembuhkan dan membersihkan luka serta melembapkan kulit. Anda boleh menggunakan madu sebagai scrub kaki selepas merendam, atau sapukan ia sebagai pelembap ketika tidur malam.

#5. Minyak kelapa

Bahan ini sering disarankan untuk kulit kering, ekzema dan psoriasis. Ia berfungsi sebagai antiradang dan antimikrobial dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit. Menggunakan minyak kelapa selepas merendam kaki juga antara pilihan yang baik.

#6. Pakai kasut yang bersesuaian

Paling penting, anda perlu pakai kasut yang bersesuaian. Ini bermakna tidak ada lagi fesyen kasut bertumit tinggi untuk anda!

Pemakaian kasut yang sesuai adalah sangat penting terutamanay jika anda kuat berjalan. Apabila kaki bergerak di dalam kasut, geseran antara tumit dan kasut menyebabkan calluses (bahagian yang tebal dan keras dari kulit atau tisu lembut, terutamanya di kawasan yang telah mengalami geseran) yang boleh menyebabkan jangkitan dan merekah. 

Apabila memilih kasut bekerja atau apa-apa aktiviti intensif, pastikan ia selesa di sekitar tumit dengan sedikit ruang goyang di kaki. Ini bukan sahaja akan membantu untuk mengelakkan calluses dan tumit retak, kasut yang sesuai juga akan menjaga kaki daripada sakit semasa melakukan aktiviti harian anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

      

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selalu Lenguh di Bahagian Belakang Badan? Ini Mungkin Sebabnya

    Sebanyak 10% daripada populasi dunia iaitu kira-kira 60 juta orang, mengalami kesakitan kronik. Adakah anda tahu apakah maksud sakit kronik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 26/09/2019 . 3 minit bacaan

    Sakit Belakang? Posisi Tidur Anda Mungkin Memainkan Peranan

    Keanjalan tilam dan jenis bantal yang anda gunakan juga boleh menentukan tahap keselesaan anda. Lanjutkan Hello Doktor sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 29/03/2019 . 4 minit bacaan

    Sakit Bahagian Bawah Belakang

    Apa itu sakit bahagian bawah belakang?  Sakit bahagian bawah belakang adalah pengalaman yang cukup universal – hampir semua orang pernah merasainya dalam kehidupan. Bahagian bawah belakang – bermula ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 25/03/2019 . 4 minit bacaan

    Rasa Sakit Paling Kerap Berlaku Disebabkan Penuaan

    Jika anda mengalami rasa sakit, anda tidak berseorangan. Hampir semua orang pernah mengalaminya dan ia sebenarnya merupakan sebahagian daripada proses penuaan yang berlaku. Jika mesin atau barang yang anda beli ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 21/11/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rawatan fisioterapi

    Jangan Biarkan! Jika Sering Sakit Belakang, Ini Mungkin Petanda Anda Perlukan Rawatan Fisioterapi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
    regangan pagi

    Rasa Lesu Ketika Bangun Tidur? Lakukan Senaman Regangan Ini Untuk Kekal Segar, 10 Minit Saja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    sakit bahu

    Sakit Bahu? Ini Penyebab Dan Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 4 minit bacaan
    sakit belakang

    Hati-Hati Kalau Kerap Sakit Belakang, Jangan Selalu Ambil Painkiller, Ambil Tahu Risiko Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/09/2019 . 3 minit bacaan