Tiba-tiba Ereksi Sewaktu Puasa? Ini Tip untuk Mencegah dan Mengatasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Sewaktu menjalani ibadah puasa, anda harus menahan diri daripada pelbagai aktiviti seksual termasuklah ereksi kerana terangsang. Akan tetapi, kadangkala ereksi boleh berlaku secara tiba-tiba. Mungkin kerana anda melihat atau membicarakan hal-hal yang berbau seks atau kerana tindak balas tubuh yang  semula jadi. Lalu bagaimana caranya agar boleh mengendalikan dan mencegah ereksi sewaktu puasa? Rujuk tip berikut;

Mencegah ereksi sewaktu puasa

Pada dasarnya, cara terbaik untuk mencegah ereksi sewaktu puasa adalah menghindari hal-hal yang merangsang seks. Namun, anda juga boleh melakukan pelbagai cara agar tidak terangsang atau ereksi sewaktu puasa.

1. Hindari tidur siang terlalu lama

Kalau anda tidur terlalu lama, anda akan memasuki tahap tidur lelap yang juga disebut REM (rapid eye movement). Dalam tahap tidur ini, hormon dalam tubuh anda akan merangsang peredaran darah yang cukup deras menuju bahagian zakar. Akibatnya, anda pun akan mengalami ereksi atau mimpi basah saat tidur.

Maka, bila anda ingin tidur siang saat puasa, hadkan sampai 20 atau 30 minit sahaja. Lebih daripada itu, anda mungkin memasuki tahap tidur REM.

2. Hindari fikiran yang menggairahkan

Jauhkan diri daripada fikiran yang menggairahkan atau hal-hal yang berbau seksual sewaktu puasa. Daripada memikirkan soal pasangan atau seks, alihkan fikiran anda kepada pekerjaan atau hobi anda. Bila fikiran anda sudah mengarah ke sana, cuba fokuskan pada hal-hal yang boleh menghilangkan perasaan ghairah. Misalnya tumpukan kepada pekerjaan atau orang tua anda.

3. Senaman atau aktiviti fizikal

Sewaktu anda bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang cukup berat, darah akan mengalir ke bahagian-bahagian tubuh yang sedang bekerja. Misalnya anda memilih untuk mengemas rumah daripada duduk main komputer. Darah akan mengalir lebih deras menuju tangan dan kaki, bukan bahagian intim anda. Maka, kemungkinan ereksi tiba-tiba akan berkurang.

Penyebab ereksi walau tidak terangsang

Meskipun anda sudah melakukan hal-hal di atas untuk mencegah terangsang, anda mungkin tetap mengalami ereksi saat puasa. Ini kerana zakar, seperti anggota tubuh anda yang lain, kadangkala bertindak balas di luar kawalan atau kesedaran anda.

Dalam banyak hal, orang lelaki boleh mengalami ereksi ketika berhadapan dengan situasi tegang atau sewaktu gugup. Misalnya ketika menjalani ujian atau sedang membentangkan perbentangan penting di depan klien. Sewaktu anda merasa gugup atau takut, hormon adrenalin akan dihasilkan oleh otak. Hal ini menyebabkan aliran darah semakin deras dan jantung berdegup lebih kencang. Sensasi ini mirip dengan orgasme atau ghairah seks yang memuncak.

Akibatnya, zakar pun mengalami ereksi walaupun anda sedang tidak terangsang atau memikirkan hal-hal yang erotis. Hal ini juga dikenali dengan istilah ereksi spontan. Ereksi spontan memang sukar untuk dikawal, tetapi jangan risau. Masih ada cara untuk menghentikan atau mengurangkan intensitiya.

Cara menghentikan ereksi sewaktu puasa

Ereksi yang tidak dicetuskan oleh rangsangan seksual biasanya akan hilang sendiri dalam beberapa minit. Namun, jika anda tiba-tiba mengalami ereksi yang tak reda, cuba lakukan langkah-langkah berikut.

  • Fikirkan hal-hal yang tidak menyenangkan, seperti suasana kesesakan lalu lintas pagi tadi.
  • Bersenam ringan atau lakukan regangan. Aktivti fizikal boleh mengalihkan aliran darah daripada zakar menuju bahagian tubuh lain sehingga zakar cepat surut.
  • Pergi ke kamar mandi dan cuba untuk buang air kecil. Biasanya setelah buang air kecil, zakar akan jadi lebih relaks.
  • Tarik nafas dalam. Ketika zakar tiba-tiba menegang, anda mungkin jadi panik, tapi panik hanya akan memburukkan keadaan. Tenangkan diri dan tarik nafas beberapa kali sehingga ereksi reda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

    Proses ovulasi adalah perkara normal berlaku pada badan secara automatik. Tetapi apakah tanda boleh dikenal pasti jika wujudnya masalah kesuburan wanita?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Tekak Sebab Demam? Hati-hati Ini Mungkin Sebenarnya Disebabkan Alahan!

    Anda sakit tekak berpanjangan? Adakah tekak anda rasa gatal-gatal dan sakit? Hati-hati, anda mungkin sebenarnya sedang mengalami tindak balas alergi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Dalam sibuk mencari penawar untuk melawan pandemik COVID-19, adakalanya kita terlupa untuk menjaga aspek kesihatan mental.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Kini, Malaysia digemparkan dengan wabak COVID-19 gelombang ketiga. Bolehkah individu mendapat jangkitan buat kali kedua? Klik artikel untuk jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan duduk terlalu lama

    Anda Suka Duduk Sepanjang Hari? Jangan Biasakan Diri, Amalan Ini Boleh Sebabkan Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    pil diet

    Wow! Makan Pil Diet Berkesan Rawat Masalah Obesiti, Tapi Ada Syarat Kena Patuhi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    terapi insulin

    Membongkar 4 Mitos Tentang Terapi Insulin

    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    warna zakar

    Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan