Detoks Kulit, Boleh Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Anda pasti pernah mendengar mengenai produk detoks yang dikatakan bagus untuk kesihatan dan kecantikan diri. Tetapi wujudkah sebenarnya istilah detoks kulit? 

Apakah itu detoks?

Dalam bahasa yang mudah untuk difahami, detoks adalah bermaksud menyingkirkan toksin daripada badan. Ia melibatkan toksin yang datang daripada persekitaran, diet pemakanan anda serta tabiat gaya hidup yang anda amalkan, seperti merokok.

Hakikatnya,organ badan kita seperti paru-paru, hati, buah pinggang dan usus mempunyai keupayaan untuk menyingkirkan bahan berbahaya dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, bahan yang terkandung di dalam alkohol dan rokok boleh menyebabkan kerosakan kekal pada badan.

Hubung kait detoks dan kulit

Kulit merupakan organ terbesar pada badan yang terdedah kepada kotoran daripada persekitaran. Antara perkara yang menjadi kepercayaan adalah kulit boleh dibersihkan dengan mengeluarkan kekotoran yang menyumbat liang pori. Namun sebenarnya, ia tidak benar. 

Menurut ahli dermatologi, Dr Fayne Frey, dari perspektif perubatan, sebenarnya tidak wujud istilah detoks kulit. Perkara yang boleh dilakukan adalah untuk melindungi kulit daripada persekitaran yang bertoksin, seperti pencemaran dan sinaran UV.

Persekitaran yang tidak bersih, diet pemakanan yang tidak seimbang berserta tabiat mencuci dan exfoliate wajah secara berlebihan boleh mengurangkan serta menipiskan lapisan kulit paling luar.

Lapisan ini yang dikenali sebagai stratum corneum, membantu mengekalkan kesihatan kulit dengan menyekat bahan-bahan yang boleh menyebabkan penuaan pramatang dan kerosakan lain pada kulit. 

Jadi bolehkah kita detoks kulit?

Pengarah Perubatan CosmedicsUK, Dr. Ross Perry berkata, “Detoks kulit adalah berkaitan dengan apa yang anda lakukan pada permukaan kulit untuk melindunginya daripada pencemaran luar. Ia sama sekali tidak mempunyai tujuan pembersihan dari dalam kulit.”

Eh…kenapa pula begitu? Kerana toksin tidak boleh disingkirkan daripada badan melalui kulit. Sebaliknya, organ badan seperti yang dinyatakan pada awal tadi, berperanan untuk menyingkirkan toksin.

Tidak ada sebarang produk yang secara fizikalnya boleh menyingkirkan toksin kerana kebenarannya, kulit tidak mempunyai keupayaan untuk membuang sebarang toksin daripada badan. 

Produk antipenuaan

Kebanyakan produk kulit yang digunakan hanyalah untuk membuangkan masalah pada kulit seperti sebum yang berlebihan serta sel kulit mati. Namun, individu dengan kulit yang ekstra sensitif, perlu lebih berhati-hati apabila menggunakan sebarang produk yang dikategorikan sebagai produk ‘detoks’. Ini kerana ia boleh mengakibatkan keradangan.

Sesetengah produk penjagaan kulit akan menggunakan istilah ‘detoks’ dari segi perlindungan kulit. Produk seperti ini kebiasaannya mengandungi antioksidan yang boleh membantu mengurangkan kesan kerosakan akibat persekitan yang tercemar.

Tetapi hakikatnya ia tidak berfungsi membawa keluar toksin yang merosakkan dari badan. Ia cuma bertindak menghalang atau membuang radikal bebas yang boleh menjejaskan kulit. 

Kesimpulannya

Apa yang boleh disimpulkan adalah mustahil untuk anda melakukan detoks kulit jika kulit itu sendiri tidak mempunyai fungsi untuk menyingkirkan toksin. Jadi detoks kulit adalah satu perkara mitos semata-mata.

Sebaliknya, anda perlu menjaga aspek diet pemakanan harian dan mengambil makanan yang dapat membantu paru-paru, buah pinggang, hati dan usus untuk berfungsi dengan lebih baik dalam menyingkirkan toksin. 

Dalam masa yang sama, jangan abaikan penjagaan kulit wajah anda. Pastikan anda mencuci muka dua kali sehari, memakai pelembap, melakukan skrub seminggu sekali serta jangan lupa untuk pakai krim pelindung matahari, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Pelik Jika Ada Stretch Mark Pada Bahu, Ia Boleh Muncul Di SEMUA Tempat! Ini Puncanya

    Apa itu stretch mark? Ramai yang tahu tentang perkara ini namun mengapa ia boleh muncul pada semua tempat termasuk bahu? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

    Makan buah-buahan dan sayuran baik untuk kesihatan, walaupun mungkin tidak ramai mengamalkannya, tapi bagaimana pula jika ia boleh mengubah warna kulit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada 7 Sebab Kulit ‘Boboi’ Anda Kering, #5 Pasti Buat Kaum Adam Fikir 2 Kali!

    Mungkin ramai lelaki yang alami namun tidak tahu sebabnya. Relaks, kami bongkarkan punca kulit zakar kering dan mengelupas yang sebenar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/07/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Wajah Berseri Di Hari Raya? Cuba 5 Produk TERBAIK Ini Untuk Hilangkan Jeragat

    Risau dan malu kerana jeragat semakin menyerlah di wajah anda? Tungu apa lagi, beli 5 produk hilangkan jeragat ini untuk hilangkan punca jeragat anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ekzema zakar

    Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    meremang bulu roma

    Ini Sebab Saintifik Mengapa Bulu Roma Tiba-tiba Boleh Meremang, Bukan Kerana Entiti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    punca toksin dalam badan

    Detoks Kaki Seperti Ini Sebenarnya Tidak Berkesan Langsung! Mengapa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat niacinamide

    Produk Kulit Berasaskan Niacinamide Yang Tengah Hot Di Pasaran, Ada Kesan Sampingan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan