Putus Cinta Dan Nak Move On? Uruskan Barang Pemberian Si ‘Ex’ Itu Dengan Cara Bijak Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Setelah hubungan cinta terputus di tengah jalan, ramai yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan terhadap barang-barang yang mempunyai kenangan manis bersama bekas pasangan.

Malah, ada yang sering mengembalikan semula barang pemberian bekas kekasih sebagai satu cara penyelesaian untuk cepat move on.

Jadi, apakah cara yang boleh anda lakukan terhadap barang pemberian bekas kekasih ini?

Putus cinta: Perlukah anda kembalikan barang pemberian bekas kekasih?

bekas kekasih

Sebenarnya, soal sama ada perlu atau tidak untuk mengembalikan barang pemberian kekasih ini bergantung kepada anda dan juga bekas pasangan anda.

Begitu juga dengan status barang tersebut. Sekiranya barang itu berstatus pinjaman, anda sememangnya perlu mengembalikannya semula kepadanya.

Sebagai contoh, semasa anda keluar bersiar-siar, bekas kekasih anda meminjamkan pakaiannya kepada anda sebagai pakaian ganti pada ketika itu.

Oleh itu, anda perlu memulangkannya kembali kepada bekas pasangan anda. 

Memulangkan semula barang pemberian bekas kekasih juga amat perlu anda lakukan sebagai satu bentuk kesopanan. 

Perkara yang sering menjadi kekeliruan adalah jika barang pemberian bekas kekasih itu bersifat hadiah.

Jika barang tersebut merupakan hadiah, ia sememangnya tidak perlu dipulangkan semula.

Jika anda mengembalikan hadiah tersebut, keadaan antara anda dan juga bekas pasangan akan menjadi lebih janggal

Walau bagaimanapun, jika anda tidak mengembalikannya, ia mungkin akan membuatkan anda lebih sukar untuk melupakan kenangan bersama si dia.

Jika itu yang menjadi kebimbangan anda, masih terdapat beberapa cara lain lagi yang boleh anda lakukan selain daripada memulangkannya semula.

Cara lain yang boleh anda lakukan terhadap barang pemberian bekas kekasih

Biasanya, apa jenis barang sekali pun, lebih-lebih lagi barang pemberian bekas kekasih akan menjadi sangat sukar untuk dibuang.

Ini kerana anda masih mempunyai perasaan sayang terhadap barang tersebut, atau ia masih boleh digunakan lagi.

Perkara-perkara seperti ini menjadikan anda sukar untuk membuangnya ke tong sampah. 

Walau bagaimanapun, jika terus menyimpannya, ia akan membuatkan anda sukar untuk move on.

Oleh itu, ikuti beberapa cara berikut yang boleh dilakukan terhadap barang pemberian bekas kekasih agar ia tidak terbuang dengan sia-sia.

#1. Derma

barang pemberian bekas kekasih

Salah satu cara yang boleh anda lakukan terhadap barang pemberian bekas kekasih adalah dengan mendermakannya kepada mereka yang lebih memerlukan.

Selain dapat mempercepatkan proses atau fasa move on anda, sedekah barang seperti ini juga boleh membuatkan hati anda berasa lebih baik kerana dapat membantu orang lain.

Pilihlah hadiah-hadiah daripada bekas pasangan anda yang masih berkeadaan elok dan berfungsi dengan baik.

Setelah itu, anda boleh menghantarnya ke lokasi-lokasi yang menerima barang-barang pendermaan tertentu seperti pakaian, buku atau barang elektronik.

#2. Menjualnya

bekas kekasih

Selain daripada sedekah, anda juga boleh mencuba untuk menjual barang pemberian bekas pasangan anda.

Apatah lagi jika barangan tersebut mungkin berharga agak mahal.

Sebagai contoh, jam tangan berjenama atau pakaian yang berjenama.

Jika anda tidak lagi ingin memakainya, anda boleh membuat keputusan untuk menjualnya.

Lebih-lebih lagi jika barangan itu masih lagi berada dalam keadaan yang baik.

Sekurang-kurangnya, barangan tersebut masih dapat digunakan oleh orang lain dan anda juga boleh mendapat pulangan hasil jualan barangan tersebut. 

#3. Membuang barangan tersebut

Pilihan terakhir yang boleh juga anda lakukan terhadap hadiah daripada bekas kekasih anda adalah dengan cara membuangnya.

Lebih-lebih lagi jika barangan tersebut tidak boleh digunakan lagi dan juga tidak sesuai untuk didermakan atau diberikan kepada orang lain.

Pilihlah barangan yang mungkin tidak lagi anda gunakan dan buangkannya agar anda menjadi lebih cepat untuk move on.

Selain itu, cara ini juga dapat membantu anda mengosongkan ruangan di rumah agar tidak dipenuhi dengan barang-barang yang tidak berguna lagi. 

Hadiah tetap hadiah, tidak perlu dipulangkan

Sebenarnya, hadiah atau barang yang diberikan oleh bekas pasangan kepada anda kekal statusnya sebagai hadiah.

Oleh itu, anda tidak perlu memulangkan kepadanya. 

Setiap hadiah yang diberikan telah bertukar status pemilikannya daripada individu yang memberi kepada penerimanya.

Anda bebas untuk melakukan apa sahaja terhadap hadiah yang diberikan kepada anda.

Jika dengan menyimpan akan membuatkan anda sukar untuk melupakan si dia, adalah lebih baik untuk anda melepaskannya sahaja agar lebih mudah untuk anda terus move on. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pil Cegah Hamil Turunkan Nafsu Seks Anda? Ketahui Cara Atasinya

    Nafsu seks merudum selepas ambil pil cegah hamil tidak boleh dipandang ringan. Ia boleh mempengaruhi hubungan dengan pasangan. Ketahui cara atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 02/07/2020 . 3 minit bacaan

    Orang Kata Tidur Berpelukan Baru Syok, Ini Rupanya Maksud 8 Posisi Tidur Suami Isteri!

    Posisi tidur pasangan suami isteri boleh membawa 1001 maksud tersirat. Konflik di dalam rumah tangga dan kebahagiaan, semuanya boleh dilihat ketika tidur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 23/04/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Perlu Tunggu Malam, Ini 7 Posisi Bercinta Cepat & Pantas, Yang Penting Anda Puas!

    Ada kalanya anda kesuntukan masa untuk bersama. Namun itu bukan alasan tidak melakukan hubungan seksual. Ini 9 idea posisi bercinta cepat dan pantas!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 15/04/2020 . 4 minit bacaan

    Jangan Buat Main Patah Hati – Silap Silap Boleh Bawa Maut

    Tidak dinafikan, patah hati akibat putus cinta memang derita. Tenang, ini kami sediakan 5 cara menghadapi putus cinta yang berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda wanita ghairah

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
    orang bujang

    Anda Dah Lama “Single”? Tak Faham Kenapa Susah Nak Dapat Pasangan? Ini Mungkin Jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
    hisap dadah

    Ganja Bukan Saja Buat Ketagih, Tapi Juga Boleh Buat Lelaki & Wanita Mandul, Benar Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    patah hati

    Sakitnya Rasa Putus Cinta, Apa Kesan Patah Hati Pada Kesihatan Diri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan