Ghairah Isteri Menurun Selepas Sekian Tahun Berkahwin? Ini Puncanya Wahai Cik Abang!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kehidupan suami isteri pastinya indah dan bahagia terutamanya pada awal perkahwinan!

Persoalannya, bagaimana pula anda dan pasangan selepas berkahwin sekian tahun lamanya?

Walaupun perit untuk diakui, tidak dapat dinafikan segalanya akan mula berubah secara perlahan dan sedikit demi sedikit.

Hubungan seks yang dahulunya hangat dan hebat, akan semakin kehilangan taringnya akibat kurang ghairah.

Menurut orang lama, keghairahan si isteri terhadap encik suami di kamar tidur mungkin akan semakin berkurang selepas sekian tahun berkahwin.

Benarkah? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

 Wanita akan kurang ghairah selepas berkahwin setahun Рkajian

Ya, penyataan yang memang sangat mengejutkan. Jom kita ikutinya dengan lebih lanjut lagi.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam British Medical Journal (BMJ), didapati bahawa kedua pasangan sama ada suami atau isteri akan kurang ghairah selepas berkahwin setahun.

Kajian ini melibatkan 6,669 wanita dan 4,839 lelaki di United Kingdom (UK) yang sudah berkahwin dengan seorang pasangan sahaja dan hasilnya adalah sangat mengejutkan.

Dikatakan bahawa 34.2% wanita dan 15% lelaki di UK akan kurang ghairah atau hilang minat terhadap seks selepas setahun berkahwin dan setia dengan seorang pasangan.

Ini menunjukkan secara kasar bahawa wanita adalah lebih cepat hilang minat terhadap seks berbanding lelaki.

perkahwinan

Berikut merupakan beberapa dapatan kajian ini dengan lebih mendalam lagi:

  • Wanita yang sudah berkahwin 1 ke 5 tahun adalah 45% lebih cenderung untuk kurang ghairah terhadap pasangan mereka.
  • Wanita yang sudah berkahwin 5 ke 15 tahun adalah 137% lebih cenderung untuk kurang ghairah terhadap pasangan mereka.
  • Wanita yang sudah berkahwin lebih dari 15 tahun adalah 131% lebih cenderung untuk kurang ghairah terhadap pasangan mereka.

Memang benar bahawa kajian di UK ini tidak boleh diaplikasikan buat semua pasangan suami isteri khususnya wanita di seluruh dunia.

Pun begitu, ini menunjukkan bahawa kecenderungan individu untuk kurang ghairah di kamar tidur selepas berkahwin sekian tahun.

Persoalan yang akan timbul sekarang, apakah puncanya?

Apa punca wanita kurang ghairah selepas setahun berkahwin?

Selepas setahun perkahwinan, macam-macam boleh terjadi dan anda mungkin sudah menimang seorang cahaya mata atau lebih jika melahirkan anak kembar.

Berikut adalah kemungkinan punca wanita hilang minat terhadap seks selepas sekian tahun perkahwinan:

#1. Kepenatan selepas berkahwin

Selepas melahirkan anak, para ibu sudah pasti akan kepenatan untuk mengimbangi kerjaya dan kehidupan rumah tangga mereka.

Secara tidak langsung, ia mungkin akan mendorong mereka kurang ghairah terhadap pasangan.

berkahwin

#2. Tabiat buruk hidup

Tiada siapa yang boleh menafikan stres kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

Disebabkan itu, ramai individu yang beralih kepada tabiat buruk seperti menghisap rokok, meminum alkohol atau lebih buruk lagi menagih dadah.

Kesannya, tahap libido kalian mungkin akan terganggu dan terjejas.

#3. Masalah ketika seks

Selepas setahun bersama, ia sudah cukup untuk menilai sama ada kalian mengalami masalah ketika seks seperti sakit akibat penetrasi zakar ke dalam faraj, ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang, sukar mencapai orgasma atau mati pucuk.

Akibatnya, ia tentu sekali akan menjejaskan prestasi seks sekali gus membuat ia menjadi lebih bosan.

#4. Kondisi kesihatan

Semakin meningkat usia, maka tubuh badan kita akan kurang kuat seperti zaman remaja dahulu kala.

Pelbagai penyakit yang memerlukan ubatan atau rawatan mungkin akan muncul sekali gus membuatkan kalian mungkin mengalami kesan sampingan.

Antara yang mungkin akan terjadi adalah hilang minat terhadap seks dan pasangan.

perkahwinan

Apa yang wanita boleh buat untuk menyelesaikan keadaan ini?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa kajian menyatakan wanita lebih cenderung kurang ghairah terhadap pasangan selepas berkahwin beberapa tahun.

Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti yang kami nyatakan di atas tadi.

Ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan sesuatu perlu dilakukan dengan kadar segera.

Antara perkara penting yang kalian boleh cuba adalah untuk tidak terlalu membebankan diri dengan kehidupan.

Cuba untuk seimbangkan kehidupan rumah tangga, kerjaya dan peruntukkan masa khas untuk bersama pasangan.

Selain itu, berkomunikasilah dengan pasangan anda tentang keadaan anda dan bersama mencari penyelesaian agar kedua-dua pihak berpuas hati.

Jika tidak mampu, tetapkan berapa kali kalian perlu berasmaradana dalam seminggu atau sebulan untuk memastikan ia kekal relevan dalam institusi perkahwinan.

Sekiranya ada kegusaran atau kebimbangan, sila berjumpa doktor untuk berkonsultasi ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

Anda mungkin belum tahu apa itu herpes dan boleh atau tidak buat seks dengan pasangan jika terkena penyakit ini? Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/09/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

Ada kajian terbaharu yang kata testis lelaki ada bakteria yang akan jejaskan kesuburan! Benarkah? Jom klik artikel ini untuk baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/09/2020 . 3 minit bacaan

Benjolan Pada Testis Mungkin Petanda Sista Epididimis? Lelaki, Jangan Buat Tak Tahu Ya!

Sekiranya muncul benjolan pada testis, ia mungkin petanda penyakit sista epididimis. Ingin tahu apakah ia? Jom ikuti artikel dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 08/09/2020 . 3 minit bacaan

Nak Bagi Senjata Lebih Padu, Amalkan Urutan Jelqing! Tapi Boleh Ke Guna Aloe Vera?

Pernah dengar tentang urutan jelqing zakar? Ada yang kata ia boleh dan perlu dilakukan dengan aloe vera! Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 07/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

balanitis adalah

Jangan Biar Jika ‘Boboi’ Anda Rasa Sakit & Bengkak, Ia Mungkin Petanda Terkena Balanitis!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
hubungan seks mengecewakan

Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
ekzema zakar

Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
masalah zakar

Zakar Memang TIADA Tulang, Tapi Kes Lelaki Berumur 63 Tahun Ini Tunjuk Sebaliknya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 14/09/2020 . 3 minit bacaan