Tak Perlu Tunggu Malam, Ini 7 Posisi Bercinta Cepat & Pantas, Yang Penting Anda Puas!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/09/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Ada kalanya kalian berdua mungkin kesuntukan masa untuk bersama. Namun itu tidak boleh dijadikan alasan tidak melakukan hubungan seksual.

Ini 9 idea posisi bercinta cepat dan pantas, tak perlu lagi menunggu malam hari untuk bersenggama dengan si dia! 

Posisi bercinta yang bagaimana pilihan kalian?

Apabila memperkatakan tentang hubungan seksual, mesti kebanyakan individu membayangkan sentuhan yang lemah-lembut dan perlahan.

Tetapi bagaimana kalau masa mencemburui kalian namun ketika itu anda ada keinginan untuk bersama.

Adakah perlu melupakan sahaja kemahuan hati tersebut, atau mungkin kalian boleh mencuba posisi bercinta dengan aksi cepat dan pantas? 

Apa yang penting ketika bersama? Hubungan seksual yang penuh kelembutan atau mungkin aksi pantas namun tetap memberikan kepuasan?

Yang mana satu pilihan anda? Tidak salah mencuba sesuatu yang baru, kan?

Masa mencemburui? Ini 7 idea posisi bercinta cepat dan pantas

Melakukan hubungan seksual yang pantas tidak bererti anda berdua tidak boleh mencapai kepuasan.

Malahan mungkin ia mendatangkan keseronokan yang tidak pernah anda duga. 

Jadi berikut 7 variasi yang boleh anda cuba:

  1. Soapy Shower Buddy

Mandi sendiri adalah 1 perkara biasa, jadi apa kata anda mengubahnya. Ketika sedang mandi, panggillah si dia ke dalam bilik mandi.

Adakah anda perlu terus menerkamnya? Ahh…jangan gelojoh. Sebaliknya cuba lakukan sedikit godaan.

Apa kata anda berbual dengan si dia sambil gosokkan badan anda dengan sabun. 

Jika ada spot tertentu pada badan anda yang digemarinya, sabunkan bahagian tersebut dengan sentuhan yang lebih istimewa. Kata kuncinya – goda si dia!

Kemudian ajak si dia untuk mandi bersama anda dan mula untuk mendekati si dia secara perlahan-lahan sebelum memulakan aksi bersama. 

Anda berdua bukan sahaja memulakan hari dengan rasa lebih bahagia tetapi turut bersih bersama. Hati-hati jangan terlajak, nanti terlambat pergi ke kerja!

  1. Wordless Wake-Up

Anda sudah terjaga dan pasangan masih nyenyak tidur? Apa kata anda kejutkan si dia dengan kehangatan mulut anda?

Berikan ciuman, menjilat dan menghisap di antara kakinya (oral seks). Jika mood keghairahan hadir, lepaskannya. 

Apabila si dia sudah terjaga, panjat ke atas badannya dan mulakan henjutan.

Walaupun henjutan yang anda lakukan mungkin perlahan, tetapi jangan terkejut jika aksi berakhir dengan pantas disebabkan keajaiban morning wood.

7-posisi-bercinta-yang-penting-anda-puas

  1. Quickie Fix

Ini antara posisi bercinta yang mudah dan pantas untuk dilakukan.

Anda hanya perlu membengkokkan pinggang dan letakkan tangan di atas perabot di rumah atau letakkan pada lutut sebagai sokongan.

Pasangan anda boleh melakukan penetrasi dari belakang.

Pastikan si dia memegang bahagian pinggul dan lakukan pergerakan ekstra sekitar klitoris untuk rangsangan tambahan.

Istimewanya aksi hubungan seksual ini, ia boleh dilakukan di mana-mana ruang kediaman dan pada bila-bila masa nafsu menjentik hati. 

  1. Heir to the Throne

Posisi bercinta ini rasanya lebih memberikan kelebihan kepada wanita, atau mungkin lelaki juga akan berasa puas – hanya anda yang mengetahui jawapannya.

Apa yang perlu anda lakukan hanya duduk di atas kerusi, meja atau apa sahaja yang boleh membantu anda duduk. Bukakan kaki anda dan biarkan si dia melakukan tugasnya.

Aksi ini adalah 1 aksi yang paling pantas melibatkan seks oral yang boleh dilakukan di mana-mana. 

  1. The Elevator

Jika aksi seks oral sebelum ini memberikan kepuasan kepada wanita, kali ini pastinya kelebihan buat lelaki pula.

Untuk melakukan hubungan seksual ini, anda hanya perlu melutut di hadapannya dan mulakan aksi anda.

Dikatakan posisi ini juga sesuai jika dilakukan kepada pasangan wanita. 

Jadi kelebihan aksi ini, sama ada lelaki atau wanita, kedua-duanya boleh merasai kepuasan. Cubalah nanti, okay?

  1. Stairway to Heaven

Tengah turun tangga dan tiba-tiba datang rasa ghairah dengan pasangan? Jangan risau, dekat tangga pun boleh jadi. Bagaimana?

Minta si dia duduk di atas tangga dan anda ambil kedudukan di atasnya.

Guna kelebihan pemegang tangga sebagai sokongan tambahan dan bagi membantu mengangkat berat anda.

hubungan seksual

  1. The Hot Seat

Aksi ini hampir sama seperti gaya di atas, cuma ia dilakukan di atas katil. Lakukan aksi dorongan ke depan dan ke belakang. 

Jaga-jaga, masa mungkin mencemburui anda berdua.

4 tip hubungan seksual pantas

#1. Pelincir

Biasanya wanita akan mengambil masa yang lama untuk terangsang dan ghairah.

Jadi anda perlu memberikan sedikit pelincir pada bahagian intim wanita bagi membantu mempercepatkan keghairahannya.

#2. Vibrator 

Posisi bercinta pantas boleh menyebabkan pasangan anda tidak berasa puas.

Jadi mungkin kalian boleh menambah sex toy seperti vibrator untuk membantu memberikan lebih kepuasan.

#3. Fantasi

Aksi seks pantas sangat sesuai digabungkan dengan sedikit rangsangan psikologi.

Jadi jangan lupa, bisikkan fantasi dan keinginan anda kepada si dia di telinganya. 

#4. Tidak semestinya penetrasi

Kadang-kala melakukan hubungan seksual tidak bermaksud perlunya penetrasi.

Memberikan kucupan hangat melalui oral seks adakalanya sudah mampu membuatkan si dia tersenyum.

Tiada alasan lagi

Setiap gaya dan posisi yang disenaraikan di atas boleh dilakukan hampir di mana-mana, atas kerusi atau sebarang tempat yang bersesuaian.

Tiada alasan lagi untuk tidak bersama.

Jangan biarkan hubungan kalian dingin seperti salju, hangatkannya kembali dengan aksi seks pantas dan cepat ini!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

Berapa kali dalam sehari anda patut kencing? Individu kerap buang air kecil lebih daripada 5 kali sehari bermakna mempunyai tahap kesihatan tidak normal?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Urologi, Masalah Pundi Kencing 11/09/2020 . 3 minit bacaan

Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

Anda mungkin belum tahu apa itu herpes dan boleh atau tidak buat seks dengan pasangan jika terkena penyakit ini? Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/09/2020 . 3 minit bacaan

Benarkah Jangkitan Klamidia Boleh Jadi Punca Kepada MATI PUCUK? Ini Jawapannya

Mati pucuk atau disfungsi erektil boleh terjadi jika seseorang individu itu menghidapi penyakit klamidia? Ini jawapan untuk persoalan tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/09/2020 . 3 minit bacaan

Nafsu Seksual Wanita Terjejas Angkara Prosedur Ikat Rahim? Usah Risau, Ini 9 Perkara Kena Tahu

Sesetengah wanita memilih ikat peranakan kerana tidak mahu hamil lagi. Tapi ada yang mengatakan ia boleh menjejaskan keinginan seksual, adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 02/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

libido wanita hamil

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
tanda wanita ghairah

Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
7-cara-mempercepatkan-bukaan-rahim

Alahai, Baby Sedap Duduk Dalam Perut, Tak Nak Keluar Lagi? Cubalah 7 Petua Cepat Bersalin Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan
tidak hamil

5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan