Kesan Poligami: Seronok Buat Suami, Tapi Beri Kesan Pada Mental Isteri & Anak?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Poligami tidak salah diamalkan oleh penuntut agama Islam, namun ia sering menimbulkan reaksi negatif dalam kalangan masyarakat. 

Tanggungjawab yang bakal disandang oleh suami bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan. Dan, keruntuhan institusi perkahwinan akibat poligami selalunya dikaitkan dengan pengabaian hak nafkah dan kurangnya komunikasi di antara suami dan isteri.

Hakikatnya, pada masa kini, keadilan dan hak sama rata yang seharusnya diberikan oleh suami kepada isteri-isteri yang dimadukan tidak bertepatan dengan apa yang menjadi dasar kepada ajaran mazhab Syafi’i.

Ia bukan sahaja boleh menyebabkan penganiayaan terhadap individu terlibat malah mempengaruhi emosi dan kesihatan mental mereka.

Baca artikel ini jika anda ingin mengetahui berkenaan kesan poligami terhadap kesihatan mental.

Hak suami untuk berpoligami

poligami

Kita selalu obses dengan hak yang kita ada. “Apakah hak saya sebagai seorang lelaki?”, “Tak salahkan jika saya mahu kahwin dua? Itu hak saya!”, “Jangan risau, saya yakin saya mampu untuk berkahwin dua”.

Sebagai seorang lelaki yang beragama Islam, penulis akui bahawa tidak salah untuk seseorang lelaki itu berpoligami namun bukan semua hak yang kita ada perlu dituntut.

Pengorbanan seorang isteri yang membenarkan suaminya untuk berkahwin lain dilihat sebagai satu perkara mulia oleh masyarakat. “Baguslah, isteri dia benarkan kahwin lain”. Namun, perkara yang menjadi persoalan, adakah mampu seorang lelaki itu untuk berkahwin lain dari sudut emosi, kewangan dan pemberian nafkah yang lain.

Tidak wajar untuk seorang suami itu berkahwin dua jika perkahwinannya bukan sahaja menyakiti hati isteri pertama malah mengambil hak seperti rumah, perkakasan dapur atau nafkah lain untuk menampung keperluan hidup bermadu.

Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah melarang Saidina Ali r.a. daripada memadukan Fatimah kerana baginda tahu bahawa Saidina Ali tidak akan mampu untuk berlaku adil. 

Ramai dalam kalangan individu, mahupun penuntut agama Islam sendiri yang menganggap poligami sebagai satu amalan yang boleh merosakkan rumah tangga. Namun jika ajaran Imam As-Syafi’i menjadi sandaran, hak suami dah isteri akan turut terbela.

Ya, kebanyakan agama dan budaya selain daripada Islam tidak membenarkan perkahwinan lebih daripada satu. Namun perbuatan tidak bermoral seperti menyimpan perempuan simpanan dan kekasih gelap semakin berleluasa.

Poligami merupakan satu usaha untuk mengangkat martabat wanita dengan pemberian hak sama rata tidak kira sama ada anda isteri tua atau muda.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah tuntutan mustahak yang seharusnya diambil oleh lelaki berkahwin yang jatuh hati kepada wanita lain. Nabi pernah berpesan:

“Jika engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu. Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal seperti yang dimiliki oleh wanita itu.” (Hadis Tirmidzi).

Kesan poligami terhadap isteri dan anak-anak

murung

Jika kita berbicara mengenai hak, tidak semestinya sesuatu hak tersebut perlu dituntut tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Mereka yang mengamalkan hak kebebasan bersuara boleh menghina dan mencerca individu lain, namun adakah ia wajar dilakukan?

Begitu juga dengan poligami. Jika anda berkemampuan dan ia tidak melukakan hati pasangan, maka poligami adalah sunnah yang dituntut.

Namun, jika anda tidak mempunyai keupayaan untuk menguruskan rumah tangga dan ingin berkahwin lain, itu bukanlah langkah yang dituntut.

Isteri yang teraniaya dek perkahwinan tersebut berisiko untuk mendapat pelbagai jenis masalah kesihatan mental seperti kemurungan, keresahan dan terdedah untuk menjadi mangsa penderaan domestik.

Kajian yang dijalankan oleh Zaleha Muahamat di 3 negeri di Utara Malaysia (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis) menunjukkan 60% isteri yang dimadukan berasa tidak bahagia dan mengalami tekanan emosi. Ini bukanlah kesan poligami yang boleh dipandang ringan.

Matlamat utama berpoligami adalah untuk menjaga kemaslahatan umat Islam di samping mengukuhkan institusi kekeluargaan.

Jika ia menjadi punca kepada runtuhnya institusi rumah tangga dan timbulnya pelbagai jenis penyakit mental, adakah wajar ia diharuskan?

Kajian yang sama oleh Zaleha juga menunjukkan bahawa 80% aduan yang dibuat oleh isteri berpoligami menyatakan bahawa mereka tidak diberikan nafkah zahir dan sering dipukul oleh suami.

Kesan poligami negatif ini berpunca daripada sikap suami yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga mereka sendiri.

Bagaimana pula dengan anak? Bayangkan anda melihat ibu anda terluka disebabkan oleh sikap bapa yang tidak bertanggungjawab.

Semestinya ia akan mempengaruhi tahap kesihatan mental anak memandangkan mereka tidak mempunyai contoh tauladan yang baik sewaktu membesar.

Masalah ini kelak boleh mempengaruhi potensi anak terhadap pencapaiannya dalam bidang akademik. Selain itu, poligami juga boleh meningkatkan risiko anak untuk didiagnosis dengan penyakit mental.

Nabi Muhammad dan poligami

poligami

Sebagai penuntut agama Islam, Nabi Muhammad s.a.w merupakan contoh tauladan terbaik. Beliau mengamalkan poligami namun ia merupakan perintah Allah bagi menyebarkan ajaran agama Islam ke seluruh pelosok dunia.

Adakah kita sebagai seorang Islam boleh melarang saudara Muslim yang lain untuk berpoligami?

Tidak ada salahnya jika kita yakin bahawa mereka tidak mampu untuk berlaku adil kelak seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. terhadap Saidina Ali r.a.

Al-Quran menyuruh lelaki untuk menundukkan pandangan. Nabi Muhammad s.a.w. berpesan, jika terlihat wanita lain dan jatuh hati, segera pulang kepada isteri masing-masing.

Baginda tidak menyuruh individu tersebut untuk berkahwin lain kerana hakikatnya, hanya segelintir sahaja yang mampu untuk berlaku adil.

Salah faham berkenaan dengan poligami ini bukan sahaja merosakkan pandangan penganut ajaran lain terhadap agama Islam, malah menyebarkan konsep yang salah. Kemunculan golongan yang menentang poligami mula timbul dan ia hanya disebabkan oleh golongan tidak bertanggungjawab, kejam dan zalim yang bernama suami.

Konklusi

Poligami dituntut oleh agama Islam terhadap mereka yang berkemampuan. Nafkah zahir dan batin perlu diberikan secara saksama dan jika tidak mampu, beri tumpuan kepada isteri anda.

Bayangkan, Nabi Muhammad s.a.w tidak berkahwin lain sepanjang perkahwinannya dengan Siti Khadijah.

Jika anda ingin berkahwin lain, fikir-fikirkanlah kesannya terhadap isteri dan anak-anak anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pikat Hati Isteri, Ini 7 Cara Terbaik Suami Boleh Lakukan

    Keintiman emosi bukanlah satu perkara yang mudah untuk dikekalkan dalam institusi rumah tangga. Namun ia penting bagi pasangan suami isteri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/03/2020 . 4 minit bacaan

    Si Dia Masih Tidak Bersedia? Ini 5 Cara Memujuk Pasangan Yang Belum Mahu Anak!

    Anda mahu memiliki anak tetapi pasangan belum bersedia? Usah khuatir, ada banyak cara memujuk pasangan yang boleh kalian berdua amalkan serta praktikkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 09/03/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Goda Suami Malam Ini? Cuba Sentuh 7 Bahagian Sensitif Berikut, Pasti Dia Takkan Tolak!

    Khas buat para isteri, ketahuilah bahawa terdapat banyak zon erotik lelaki yang perlu dirangsang untuk membangkitkan keghairahan encik suami!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 04/03/2020 . 3 minit bacaan

    Oops! Suami Asyik Tolak Ajakan Bersama? Baik Anda Semak 5 Tanda BAHAYA Ini!

    Isteri mungkin akan rasa diri sudah tidak menarik kerana suami asyik tolak ajakan hubungan seks. Namun, bagaimana jika sebenarnya suami songsang?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 20/02/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki tidak matang

    Perangai Macam Budak-budak, Ini 6 Tanda BESAR Lelaki Tidak Matang – No. 4 Paling Menyusahkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/04/2020 . 3 minit bacaan
    posisi semasa tidur

    Orang Kata Tidur Berpelukan Baru Syok, Ini Rupanya Maksud 8 Posisi Tidur Suami Isteri!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/04/2020 . 3 minit bacaan
    ulang tahun perkahwinan

    Ini Sebab Suami Isteri WAJIB Ingat Tarikh Ulang Tahun Perkahwinan, Ada Rahsianya Demi Kebahagiaan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/04/2020 . 3 minit bacaan