Beronani Sebelum Beraksi Di Ranjang – Adakah Ia Membantu ‘Persembahan’ Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pasangan suami isteri mana yang mahu kehidupan di kamar tidur yang hambar? Tiada!

Disebabkan itu, ramai individu yang sanggup menggunakan macam-macam cara untuk memperbaiki prestasi mereka di ranjang agar ia tidak lagi hambar.

Sama ada secara moden atau tradisional, pelbagai alternatif telah dicuba untuk menyelesaikan masalah berkaitan kemahuan dan kemampuan seksual mereka.

Antara masalah yang sering terjadi adalah tidak tahan lama atau sukar mencapai orgasma ketika bersenggama dengan pasangan.

Ada yang kata ia boleh diselesaikan dengan hanya melakukan onani sebelum bersama pasangan.

Adakah ia berkesan? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Apa kesan onani pada hubungan seks?

Seks adalah perbuatan yang dilakukan pasangan untuk memuaskan nafsu syahwat satu sama lain.

Sementara onani pula adalah perbuatan mengeluarkan air mani cuma ia dilakukan secara berseorangan.

Tanpa pengetahuan dan pengalaman yang cukup serta banyak dalam perihal seks, maka projek asmara bersama pasangan mungkin akan sedikit kekok.

Disebabkan itu, ada pakar percaya bahawa melancap adalah salah satu teknik yang bagus untuk membantu kalian belajar serba sedikit tentang seks.

onani

Persoalannya, adakah wujud sebarang kesan onani pada hubungan seks?

Sehingga kini, belum ada kajian yang mengatakan melancap sebelum seks akan memberikan kesan sama ada baik atau buruk.

Pun begitu, kami juga tidak kata yang perbuatan ini dibolehkan kerana ketahuilah ia boleh mendatangkan banyak kemudaratan.

Dalam pada itu, ia juga adalah perbuatan yang dilarang sama sekali dalam agama Islam.

Melancap boleh buat individu tahan lebih lama?

Dari mana datangnya kepercayaan onani boleh buat lelaki tahan lebih lama ketika bersama pasangan wanita?

Ia mungkin disebabkan oleh penurunan kadar hormon yang akan merendahkan tahap libido.

Ini seterusnya akan mengakibatkan seseorang itu lebih lambat untuk mencapai orgasma.

Secara logiknya, ia mungkin benar selain onani juga boleh menyingkirkan sebarang tekanan seksual ketika bersenggama sekali gus melambatkan klimaks.

Untuk menjawab persoalan ini, jawapannya adalah mungkin benar melancap boleh buat individu tahan lebih lama namun kajian lanjutan masih diperlukan.

Ini kerana setiap individu akan mengalami proses pemulihan – proses untuk tubuh badan kembali seperti asal selepas mengalami orgasma – yang berbeza-beza.

Ada yang mengambil masa beberapa minit, beberapa jam dan ada juga yang sampai sehari!

seks

Ia sangat bergantung kepada perkara berikut:

  • Usia
  • Jantina
  • Tahap sensitiviti tubuh badan

Jika kalian mengalami masalah tidak tahan lama di ranjang atau ejakulasi pramatang, onani mungkin satu ikhtiar selain berjumpa doktor untuk konsultasi.

Melancap boleh buat individu orgasma lebih cepat?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa kesan onani mungkin boleh buat individu tahan lebih lama.

Bagaimana pula dengan masalah sukar mencapai orgasma? Ya, melancap mungkin boleh membantu anda!

Masalah yang sering berlaku kepada golongan wanita khususnya ini mungkin boleh diselesaikan dengan beronani sama ada sebelum, semasa atau selepas seks.

Kalian mempunyai banyak pilihan iaitu sama ada ingin melakukannya menggunakan tangan sendiri, tangan pasangan atau alat permainan seks untuk mencapai klimaks.

Ia juga sudah semestinya lebih senang kerana onani adalah perbuatan yang boleh dikawal dengan mudah.

Anda boleh menyentuh, menggosok atau mengurut alat kemaluan dengan kemahuan dan kemampuan sendiri.

Dengan ini, kalian akan lebih mudah mencapai puncak syahwat masing-masing.

Onani sebelum seks itu bagus?

Mungkin benar bahawa beronani sebelum beraksi itu boleh menyelesaikan masalah tidak tahan lama atau sukar mencapai orgasma.

Pun begitu, ia mungkin perbuatan yang tidak begitu sihat kerana seks adalah aktiviti yang perlu dinikmati oleh anda dan pasangan secara bersama.

Jadi, apa alternatif yang boleh kalian lakukan? Jawapannya adalah melancap bersama!

seks

Berikut adalah beberapa posisi yang anda dan pasangan boleh amalkan untuk beronani berdua:

#1. Berhadapan

Ini boleh dilakukan sebelum, semasa atau selepas bersenggama dengan mata kalian saling bertentangan sambil memuaskan nafsu masing-masing. Barulah romantis!

#2. Bersebelahan

Ini boleh dilakukan juga pada waktu sebelum, semasa atau selepas berasmara. Posisi ini sangat relaks dan senang sekali gus tidak memerlukan tenaga yang terlalu banyak.

#3. 69

Akhir sekali, kenapa perlu melancap jika boleh melakukan seks oral secara serentak? Posisi ini adalah jawapannya!

Konklusinya, mungkin terdapat beberapa kesan onani sebelum seks namun ia masih memerlukan kajian lanjutan untuk kita benar-benar tahu kesahihannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Pernahkah kalian terfikir atau tertanya mengapa warna zakar & alat sulit faraj kita akan berbeza dengan warna kulit sendiri? Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Urologi, Masalah Urologi 19/10/2020 . 3 minit bacaan

“Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

Datang bulan bukanlah momen yang ditunggu segelintir wanita kerana masalah PMS dan kembung perut. Tapi bagaimana jika anda didatangi haid dua kali sebulan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 15/10/2020 . 3 minit bacaan

Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

Rasanya ramai yang tahu kita tidak digalakkan buat seks semasa haid tanpa tahu sebabnya bukan? Jom sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

Semua orang lahir dengan fantasi seks yang tersendiri. Bagaimana dengan ketiak manusia? Adakah ia normal atau tidak? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

alat permainan seks

Jangan Cuma Tahu Guna, Ketahui Dulu Manfaat & Mudarat ‘Sex Toy’ Dalam Bersenggama!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
suami isteri

Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit gonorea

Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit radang pelvik

Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan