backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Alamak, Betul Ke Kerap Beronani Punca Zakar Mengecil? Jaga-Jaga Dengan 4 Sebab Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/04/2023

    Alamak, Betul Ke Kerap Beronani Punca Zakar Mengecil? Jaga-Jaga Dengan 4 Sebab Ini!

    Tidak dinafikan, melancap adalah satu tabiat yang boleh mendatangkan banyak keburukan terhadap tahap kesihatan seorang lelaki. Pun begitu, masih ramai kaum Adam yang melakukannya kerana tidak tahu, tidak takut atau tidak peduli akan kesan negatifnya. Terdapat satu kepercayaan yang mengatakan kesan lelaki lancap terlalu kerap mungkin mengakibatkan zakar anda mengecil. Adakah ia fakta atau mitos semata-mata?

    Relaks, Hello Doktor ada jawapan yang sebenarnya. Ayuh sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui kesahihannya dengan lebih mendalam lagi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Apa kaitan antara kesan lelaki lancap dengan saiz zakar?

    lelaki lancap

    Kita sedar onani adalah satu tabiat buruk, tetapi yang malangnya, ia sudah dianggap sebagai sesuatu yang normal dalam kalangan masyarakat kita.

    Bagi masyarakat yang beragama Islam khususnya, perbuatan melancap ini tentu sekali akan mendatangkan dosa kepada pelakunya. Selain itu, ia juga sudah semestinya salah dari aspek moral dan etika.

    Pun begitu, berbeza pula dari aspek kesihatan. Dikatakan bahawa tabiat buruk lelaki melancap ini sebenarnya boleh mendatangkan impak yang positif terhadap tahap kesihatan kita! Ejakulasi yang berlaku di saat beronani sangat diyakini oleh ramai pakar akan menyebabkan perkara seperti berikut:

    • Meningkatkan kualiti sperma
    • Meningkatkan kemampuan sistem pertahanan tubuh badan
    • Mengurangkan simptom sakit kepala
    • Membuat tidur lebih lena dan nyenyak

    Namun, di sebalik semua manfaat ini tersembunyi banyak lagi mudarat melancap. Ramai orang beranggapan bahawa zakar mengecil adalah antara kesan lelaki lancap terlalu kerap.

    Kepercayaan ini didorong oleh faktor kadar testosteron dalam tubuh badan yang akan menurun dengan mendadak akibat terlalu kerap beronani. Adakah ia benar?

    Hakikatnya, masih tiada kajian terkini yang mengesahkan perkara ini. Jadi, kepercayaan melancap buat zakar mengecil mungkin sekadar mitos semata-mata!

    Kesan lelaki lancap: Zakar mengecil bukan kerana melancap terlalu kerap!

    lelaki lancap

    Terdapat 2 penjelasan utama yang mengesahkan perkara ini seperti yang berikut:

    • Testosteron akan kembali meningkat selepas ejakulasi

    Untuk pengetahuan anda, testosteron akan meningkat di saat anda melakukan hubungan seksual atau beronani. Selepas ejakulasi, ia mungkin akan menurun. Namun, ia bukanlah menurun secara terus atau kekal.

    Sebaliknya, testosteron dalam tubuh badan akan kembali normal beberapa saat sahaja selepas ejakulasi. Jadi, tiada fakta yang boleh mengaitkan pengurangan saiz zakar dengan tabiat melancap.

    • Saiz zakar tidak ditentukan oleh jumlah testosteron

    Hakikatnya, penurunan testosteron bukan satu-satunya perkara yang akan memberi kesan kepada saiz zakar. Ini kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang menentukan kemampuan ereksi atau ejakulasi lelaki.

    Antara faktor lain yang mempengaruhi saiz zakar adalah genetik, pemakanan, gaya hidup serta tahap kesihatan tubuh badan individu secara keseluruhan termasuklah dari aspek fizikal dan mental.

    Apa perkara sebenar yang sebabkan zakar mengecil jika bukan melancap?

    lelaki lancap

    Jadi, sekarang kita sudah tahu bahawa kerap melancap mungkin bukan punca zakar mengecil. Jadi apa punca sebenarnya? Mari kita lihat huraian ini bersama-sama:

    #1. Faktor usia

    Seiring dengan pertambahan usia, kolesterol yang terkumpul dalam saluran darah akan membentuk plak. Ia kemudiannya akan mengakibatkan aliran darah zakar menjadi lemah.

    Akibatnya, zakar akan dilihat sedikit mengecil berbanding dahulu di saat melakukan hubungan seksual.

    #2. Tabiat merokok

    Bahan kimia yang terdapat dalam rokok tentu sahaja akan merosakkan saluran darah pada zakar sekali gus menyebabkan aliran darah tersumbat.

    Akibatnya, zakar akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan ereksi yang maksimum. Jadi, berhenti merokok sekarang juga.

    #3. Penyakit Peyronie

    Buat anda yang tertanya-tanya, ia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan luka pada dalam zakar. Ia akan menyebabkan zakar membengkok serta nampak lebih kecil.

    Jika anda mengalaminya, pembedahan wajar dijalankan untuk merawat penyakit ini.

    #4. Obesiti

    Pertambahan berat badan sebenarnya turut mempengaruhi bentuk zakar walaupun ia tidak akan membuatkannya lebih mengecil.

    Ini kerana perut yang besar atau buncit akan mengakibatkan zakar tertarik ke dalam lantas menyebabkannya kelihatan lebih kecil berbanding sebelumnya.

    Kesan lelaki lancap bukan punca zakar mengecil, namun lelaki masih perlu berjaga-jaga!

    Kesimpulannya, terlalu kerap melancap bukanlah punca zakar mengecil. Pun begitu, kaum Adam wajarlah lebih berjaga-jaga dan tegah diri daripada melakukannya!

    Ini kerana tabiat buruk ini jelas sekali bertentangan dengan apa yang agama Islam ajarkan. Selain itu, adakah anda masih mahu melakukannya selepas berkahwin?

    Anda sudah tentu tidak mahu mengecewakan perasaan pasangan tercinta anda bukan? Jadi, berhenti melakukannya sekarang juga!

    Kini anda telah tahu kesan lelaki lancap.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan