Betul Ke Kerap Bersenggama “KUNCI” Untuk Tangguh Menopaus? Kalau Betul, Apa Tunggu Lagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap wanita pasti akan mengalami usia menopaus. Apa yang menjadi persoalannya kini adalah waktu ia terjadi – sama ada cepat, tepat atau lambat.

Ada kajian terkini yang mengatakan seks dengan kerap bersama encik suami boleh menangguh menopaus! Adakah kajian ini sahih atau hanya mitos semata-mata?

Jadi, adakah kerap seks salah satu daripada cara lambatkan menopaus yang efektif? Jom sama-sama kita bongkar jawapannya menerusi artikel ini.

Kajian terbaharu berkaitan seks & menopaus

perimenopause adalah

Baru-baru ini, sebuah kajian yang meneliti perkaitan antara seks dengan menopaus telah dijalankan dan diterbitkan dalam jurnal Royal Society Open Science.

Megan Arnot dan Prof Ruth Mace adalah pengkaji utama dalam kajian ini dan kedua-duanya merupakan tenaga pengajar di University College London, United Kingdom.

Kajian ini bukan melihat kepada seks penetrasi semata-mata. Malah, aktiviti seksual seperti seks oral, onani atau foreplay juga akan diambil kira. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sama ada seks dengan kerap boleh menangguh menopaus bagi golongan wanita atau tidak.

Menurut kajian yang dijalankan terhadap 2,936 wanita yang berusia antara 40 hingga 50 tahun itu, jawapannya adalah ya. Kenapa?

Benarkah seks boleh menangguh menopaus?

Mengikut data yang dikutip, didapati wanita yang bersenggama dengan pasangan seminggu sekali adalah 28% lebih lambat mengalami menopaus berbanding wanita yang melakukannya sebulan sekali.

Manakala wanita yang berasmara dengan pasangan sebulan sekali pula adalah 19% lebih lambat mengalami menopaus berbanding wanita yang melakukannya kurang dari sebulan sekali.

Dalam erti kata yang lebih mudah, lebih kerap anda melakukan seks dengan pasangan, risiko anda untuk menopaus dengan cepat adalah lebih rendah.

Pun begitu, pengkaji turut menyatakan kekerapan seks bukan satu-satunya perkara yang akan menjejaskan usia menopaus seorang wanita. Terdapat beberapa faktor risiko yang lain termasuklah:

Dalam pada itu, Arnot dan Mace turut menyatakan seks dengan kerap akan menangguhkan menopaus wanita disebabkan oleh mereka banyak terdedah dengan feromon yang dikeluarkan oleh pasangan lelaki. Pun begitu, ia masih belum sahih dan kajian lanjutan masih perlu dijalankan.

Apakah sebab sebenar perkara ini berlaku?

perimenopause

Selain feromon pasangan lelaki, Arnot dan Mace percaya perkara ini ada kaitannya dengan petubahan pada tubuh badan seorang wanita akibat seks dengan pasangan.

Menurut mereka, tubuh badan wanita yang kerap berjimak dengan pasangan adalah lebih bersedia dan bertenaga untuk mengalami ovulasi – tempoh yang penting untuk membolehkan wanita hamil.

Jika mereka kurang melakukan hubungan seks dengan pasangan pula, sudah tentu tubuh badan mereka akan menjadi lebih pasif dan memilih untuk tidak melaksanakan ovulasi dengan lebih kerap.

Dalam erti kata yang lebih mudah, tubuh badan wanita itu sendiri akan memilih untuk tidak berovulasi dengan kerap sekiranya mereka tidak berhubungan dengan pasangan lelaki dalam satu tempoh yang lama.

Kesannya, wanita yang kurang berasmaradana dengan pasangan mungkin akan mengalami menopaus dengan lebih cepat dan begitulah sebaliknya. Namun, ini juga hanyalah hipotesis yang belum terbukti kebenarannya.

Sila jalani kehidupan seks yang lebih sihat

Tidak dinafikan, ada kemungkinan seks dengan kerap mungkin boleh jadi salah satu cara lambatkan menopaus. Namun, kajian terbaharu ini masih belum kukuh dan memerlukan kajian lanjutan untuk benar-benar membuktikannya.

Daripada terlalu fokus mengenai perkara ini, adalah lebih wajar untuk anda dan pasangan mengamalkan kehidupan seks yang lebih sihat. Jika sebelum ini anda sudah sangat jarang beraksi di ranjang kerana sibuk dengan urusan hidup masing-masing, sila ubah tabiat itu segera.

Ini kerana seks seminggu sekali adalah jumlah yang paling minimum perlu dibuat oleh mana-mana pasangan suami isteri. Jadi, jangan lagi kalian memandang ringan perkara ini, sila ajak pasangan berasmara dengan lebih kerap untuk hidup yang lebih baik!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tiub Fallopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan Hanya Di Rumah

    Dalam sistem pembiakan seseorang wanita, tiub fallopio adalah tempat berlakunya persenyawaan di mana sperma akan cuba memasuki sel telur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 14/10/2020 . 3 minit bacaan

    Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

    Rasanya ramai yang tahu kita tidak digalakkan buat seks semasa haid tanpa tahu sebabnya bukan? Jom sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

    Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

    Semua orang lahir dengan fantasi seks yang tersendiri. Bagaimana dengan ketiak manusia? Adakah ia normal atau tidak? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    alat permainan seks

    Jangan Cuma Tahu Guna, Ketahui Dulu Manfaat & Mudarat ‘Sex Toy’ Dalam Bersenggama!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    haid sedikit

    Setiap Kali Datang Bulan Saja Mesti Darah Keluar Sedikit? Selain Hampir Menopaus, Ini Puncanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit gonorea

    Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit radang pelvik

    Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan