Anda Sudah Hilang Minat Dengan Seks? AWAS, Ia Mungkin Tanda Penyakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Normal untuk seorang manusia mempunyai perkara yang digemari dan tidak disukai. Sebagai contoh, ada yang gemar muzik rock dan filem seram namun ada yang tidak.

Kenapa? Ini kerana minat setiap orang adalah berbeza mengikut individu. Namun ada satu perkara yang mungkin diminati oleh semua orang secara total iaitu seks.

Siapa sahaja yang tidak minat dengan seks? Nanti dulu, sebenarnya ada golongan yang tidak minat untuk berhubungan intim walaupun bersama pasangan tercinta!

Mereka ini mungkin salah seorang yang menghidapi penyakit ini. Jom ikuti artikel untuk tahu lebih lanjut!

Apakah penyakit yang dimaksudkan?

kegelisahan jejaskan hubungan seks

Sekiranya anda langsung tidak berminat dengan segala perkara berkaitan dengan seks, anda mungkin menghidapi penyakit yang dikenali dengan nama sexual anorexia.

Anda pasti tahu apa itu anorexia bukan? Ya, ia adalah satu gangguan yang mengakibatkan anda tidak boleh atau tidak mahu langsung melakukan sesuatu perkara.

Contohnya, wujud anorexia nervosa yang membuat anda tidak berminat langsung untuk makan atau minum kerana takut gemuk. Kesannya, tubuh badan anda akan kurus melidi dan tidak sihat.

Samalah juga kesnya dengan sexual anorexia ini. Ia akan menyebabkan lelaki atau wanita yang menghidapinya, hilang minat terhadap seks.

Lebih membimbangkan, penderita mungkin cenderung untuk berasa takut atau marah setiap kali topik berkaitan berhubungan intim diutarakan.

“Seseorang yang mempunyai kondisi ini akan sangat obses untuk mengelak seks. Obsesi ini akan mula mendominasi dan menghantui sepanjang hidup mereka jika gagal atau lambat mendapatkan rawatan”, jelas Pakar Psikoterapi Dr Sanja Rozman.

Apa punca sebenar sexual anorexia?

seks sebar virus korona

Terdapat beberapa faktor penyebab penyakit ini yang boleh dikategorikan kepada 2 aspek iaitu fizikal dan mental.

Faktor fizikal termasuklah:

  • Ketidakseimbangan hormon
  • Baru lepas melahirkan anak
  • Sedang menyusukan bayi
  • Pengambilan ubatan
  • Kepenatan yang melampau

Faktor mental pula termasuklah:

  • Pernah dicabul atau dirogol
  • Berfikiran negatif terhadap seks
  • Pemahaman agama yang ekstrim
  • Pergaduhan dengan pasangan
  • Masalah komunikasi

Dalam pada itu, terdapat satu lagi punca sebenar sexual anorexia yang merangkumi kedua-dua aspek fizikal dan mental iaitu ketagihan pornografi.

Disebabkannya, anda mungkin akan hilang minat untuk berhubungan intim lagi kerana sudah jemu atau bosan dengan aksi di kamar tidur.

Selain itu, terlalu banyak melancap ketika menonton video lucah juga boleh jadi punca mati pucuk. Kesannya, seks akan menjadi satu tabu bagi anda.

Apa yang boleh dilakukan?

seks

Jika anda mengesyaki diri sudah mula tidak berminat untuk berhubungan intim bersama pasangan tercinta, segera dapatkan diagnosis daripada pakar.

Namun ia mungkin agak sukar dikesan kerana ia turut melibatkan aspek emosi. Jadi, berjumpalah dengan doktor, kaunselor dan pakar psikologi untuk membantu anda.

Untuk lebih kepastian, lakukan ujian darah untuk melihat ketidakseimbangan pada hormon tubuh badan anda.

Sekiranya sudah sah anda menghidapi sexual anorexia, ini yang kalian perlu lakukan:

  • Pengambilan ubatan – suntikan hormon testosteron dan estrogen adalah sangat penting untuk meningkatkan libido individu
  • Pengamalan terapi – adalah sangat penting untuk penderita stabil dari segi emosinya untuk menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi

Akhir kata, penyakit ini sangat berbahaya kerana ia boleh memusnahkan kehidupan rumah tangga pasangan suami isteri.

Oleh itu, segera bertindak jika kalian rasa diri sudah atau kian menghidapinya okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nafsu Seksual Wanita Terjejas Angkara Prosedur Ikat Rahim? Usah Risau, Ini 9 Perkara Kena Tahu

Sesetengah wanita memilih ikat peranakan kerana tidak mahu hamil lagi. Tapi ada yang mengatakan ia boleh menjejaskan keinginan seksual, adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 02/09/2020 . 3 minit bacaan

Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

Ada kajian yang kata wanita 40an lebih aktif & puas secara seksual. Adakah ia benar atau tidak? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Ayah, Ini Tingkah Laku Seksual Yang TIDAK PATUT Ada Pada Anak Anda, Sila Perhatikan!

Perkembangan seksual antara aspek tumbesaran yang sukar untuk dikendalikan ibu bapa. Lebih membimbangkan andai wujud tingkah laku anak yang tidak sepatutnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Anda Seorang Yang Aktif Berhubungan Seksual? Jangan Sorokkan Ia Daripada Doktor Ya!

Ramai individu yang menyorokkan hubungan kelamin suami isteri daripada doktor mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus. Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hubungan seks mengecewakan

Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
apa itu herpes

Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
penyakit klamidia

Benarkah Jangkitan Klamidia Boleh Jadi Punca Kepada MATI PUCUK? Ini Jawapannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
sakit kepala berdenyut

Sedang Hangat Beraksi, Tiba-tiba Sakit Kepala Berdenyut? Ini Sebab Mengapa Ia Berlaku!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan