Abses Anus (Dubur): Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Abses dubur adalah keadaan perubatan yang boleh memberi kesan serius yang negatif kepada gaya hidup dan aktiviti harian anda. Sungguhpun begitu, apa sebenarnya abses anus, apa yang menyebabkannya berlaku, simptom-simptomnya dan apakah diagnosis keadaan ini? Artikel di bawah ini akan memberikan anda maklumat lanjut tentang perkara ini.

Apakah itu abses anus (dubur)?

Abses dubur adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan keadaan yang sangat menyakitkan di mana nanah muncul berhampiran dengan kawasan dubur. Kebanyakan abses dubur disebabkan oleh jangkitan dari kelenjar anus kecil.

Abses yang paling biasa dilihat ialah abses perianal. Keadaan ini sering berlaku sebagai kesan menyakitkan yang menyerupai pembengkakan seperti bisul berhampiran dubur. Apabila anda menyentuh kawasan tersebut, anda mungkin berasa hangat, dan warnanya boleh kelihatan merah. Sebaliknya, abses dubur yang berlaku di dalam tisu-tisu mendalam jarang berlaku, serta kurang kelihatan.

Jenis rawatan yang paling biasa untuk abses dubur ialah penyaliran dan insisi pembedahan. Setelah dilakukan oleh pakar bedah yang mahir, kaedah ini terbukti berjaya membuang abses dubur.

Kira-kira 50% pesakit yang mengalami abses dubur juga akan mengalami komplikasi yang dikenali sebagai fistula. Fistula merupakan sebuah terowong kecil yang menghubungkan kawasan abses dan kulit secara tidak normal.

Dalam kes-kes tertentu, fistula dubur boleh menjadi punca saliran yang berterusan/berulang. Pembedahan adalah penting untuk merawat hampir semua fistula dubur.

Simptom-simptom Abses dubur

Simptom-simptom superfisial (permukaan) biasanya merangkumi:

  • Tahap kesakitan yang berbeza, dari sakit berdenyut yang tetap, dan menjadi lebih teruk apabila duduk.
  • Kerengsaan kulit di sekitar kawasan dubur. Ini termasuk tanda-tanda seperti kemerahan, nyeri, dan bengkak.
  • Lelehan nanah
  • Sembelit atau kesakitan berlaku apabila membuang air besar

Tanda-tanda dan simptom abses dubur dalam termasuklah rasa sejuk, demam, atau rasa lesu. Kadang-kadang, pesakit yang mengalami abses dubur dalam hanya mengalami demam, kerana ia adalah satu-satunya petunjuk yang menandakan berlakunya jangkitan tersebut.

Punca-punca Abses Dubur

Abses dubur boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti kelenjar dubur yang tersumbat, jangkitan fistula dubur dan jangkitan seksual.

Walau bagaimanapun, abses dubur ini dapat dicegah sekira menggunakan kondom yang selamat semasa bersetubuh, sama ada melakukan persetubuhan secara oral, dubur atau faraj. Oleh itu, belajarlah menggunakan kondom dengan betul untuk melindungi diri anda serta pasangan seks anda dari pelbagai jangkitan dan penyakit berbahaya.

Sementara itu, ibu, ayah, atau penjaga bayi perlu menukar lampin bayi atau anak kecil, kemudian membersihkannya dengan betul dan kerap supaya fistula dubur dan abses perianal dapat dicegah.

Abses dubur memang boleh mengganggu anda semasa melakukan aktiviti harian anda. Oleh itu, perlu diingat bahawa kebersihan diri adalah sangat penting dan mandatori. Selain itu, memakai kondom apabila anda melakukan hubungan seks juga merupakan cara yang berkesan untuk mencegah keadaan ini dan komplikasinya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rimas Dengan Bulu Kemaluan? Jangan Cukur Dulu, Ada Manfaatnya Pada Kesihatan

    Pernah terfikir kenapa anda ada bulu kemaluan? Macam tiada fungsi saja, bukan? Namun sebenarnya, rambut pada bahagian sulit ada manfaat kesihatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 16/06/2020 . 3 minit bacaan

    ‘Main Belakang’ Boleh Buat Wanita Hamil? Ini Risiko Seks Anal Yang Anda Mesti Tahu

    Bagaimana dengan seks anal atau seks melalui dubur, adakah wanita hamil jika melakukannya? Adakah terdapat sebarang kesan lain yang boleh berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan, STDs & STIs 30/04/2020 . 3 minit bacaan

    Ini SEBAB Senggama Dengan Tusukan Di Dubur Boleh Jadi Punca Buasir Dan Risiko Lain

    Adakah dengan melakukan seks anal, maka ia menjadi punca buasir baharu muncul? Atau ia sekadar memburukkan lagi keadaan buasir yang sedia ada?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 16/03/2020 . 3 minit bacaan

    Trauma Atau Kecederaan

    Trauma merujuk kepada kecederaan fizikal serius pada badan yang disebabkan oleh daya luaran. Ketahui lebih lanjut tentangnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 13/12/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rawat buasir

    Pecahkan Buasir Untuk Legakan Kesakitan? AWAS, Tindakan Itu Mengundang Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    parut czer

    Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan kulat

    Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis, Bukan Jadi Pada Faraj Dan Zakar Saja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
    cuaca panas

    Negara Dilanda Cuaca Panas Melampau, Ikut 10 Tip Ini Untuk Elak Jatuh Sakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan