4 Perkara Anda TAK TAHU Tentang Seks Oral, No #1 Itu Paling Mengejutkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/05/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sebelum anda memberi atau menerima seks oral, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu supaya anda sedar dapat mengelakkan sebarang komplikasi (fizikal atau mental) di masa depan, yang boleh terjadi akibat ketandusan pengetahuan.

Risiko anda untuk mendapat barah boleh meningkat 

Terdapat beberapa kajian yang mengkaji punca sesetengah orang mendapat jangkitan HPV oral namun dapatan kajian ini adalah pelbagai.

Terdapat beberapa pengkaji yang mempercayai HPV oral boleh disebarkan daripada individu kepada individu melalui seks oral atau ciuman dengan mulut terbuka (French-kiss), namun kebanyakkan pengkaji menolak kepercayaan ini.

Sehubungan itu, jawapan kepada sama ada HPV oral boleh disebarkan daripada individu ke individu atau tidak masih belum diketahui.

Namun begitu, apa yang pasti adalah pasangan yang telah bersama untuk jangka masa yang panjang lebih cenderung untuk mempunyai jenis HPV kemaluan yang sama.

Justeru, sebelum memberi atau menerima seks oral, pertimbangkan kemungkinan untuk mendapat kanser tekak dan mulut terlebih dahulu.

Seks oral bukanlah untuk semua orang

Berbeza dengan pendapat popular ramai pihak, orak seks bukanlah sesuatu yang digemari oleh semua orang.

Dalam erti kata lain, di saat orang lain melihat seks oral sebagai sesuatu yang penting dan mesti ada dalam hubungan kelamin, terdapat segelintir yang tidak selesa dengan perbuatan tersebut.

Jika anda salah seorang daripada golongan tersebut, jangan teragak-agak untuk berkongsi hal tersebut dengan pasangan anda kerana terdapat perkara lain yang boleh dilakukan untuk menjadikan hubungan tersebut menyeronokkan.

Penting untuk diingati, hubungan seks itu perlulah menjadi sesi yang menyeronokkan untuk kedua-dua pihak tanpa ada unsur paksaan.

Ia berupaya untuk menambahbaik hubungan yang matang atau merosakkannya 

Antara orang dewasa, seks oral bukanlah sesuatu yang jarang mahupun terlarang. Bahkan, ianya sangat lazim untuk mereka yang gemar untuk mencuba pengalaman baru.

Namun yang demikian, ini tidak bermaksud setiap pasangan boleh melakukannya tanpa rasa risau. Di samping kerisauan tetang aspek kebersihan, ada juga yang risau tentang prestasi mereka dalam memuaskan pasangan masing-masing.

Ini membuktikan bahawa banyak perkara boleh mengganggu keseronokkan sesi seks oral. Sekiranya terlalu banyak kerisauan yang bermain di fikiran, ianya boleh mengakibatkan banyak masalah di masa hadapan.

Justeru, sekiranya seks oral adalah terlalu banyak untuk ditelan dalam hubungan anda, cuba untuk ikut cara yang tradisional.

Ianya lebih popular dalam kalangan remaja dan golongan muda-dewasa

Ianya adalah hakikat yang tak dapat disangkal bahawa golongan muda-dewasa dan remaja lebih kerap melakukan seks oral berbanding kumpulan umur yang lain.

Bahkan, kebanyakkan remaja mendakwa mereka terlebih dahulu melakukan seks oral sebelum mula melakukan seks kelamin.

Bagaimanapun, seks oral dalam kalangan golongan muda-dewasa dan remaja, dilaporkan menjadi punca utama gangguan emosi dan sebab mengapa mereka mengalami kesukaran untuk membina hubungan yang stabil dan serius dengan orang lain.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ibu Ayah, Ini Tingkah Laku Seksual Yang TIDAK PATUT Ada Pada Anak Anda, Sila Perhatikan!

    Perkembangan seksual antara aspek tumbesaran yang sukar untuk dikendalikan ibu bapa. Lebih membimbangkan andai wujud tingkah laku anak yang tidak sepatutnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kanser Payudara Sinonim Dengan Wanita, Tapi Remaja Perempuan Berisiko Juga Ke?

    Sekiranya anda seorang remaja perempuan, anda mungkin berasa bimbang akan risiko mendapat barah payudara. Persoalannya, bolehkah remaja mendapat kanser itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kanser Payudara, Kanser 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Seorang Yang Aktif Berhubungan Seksual? Jangan Sorokkan Ia Daripada Doktor Ya!

    Ramai individu yang menyorokkan hubungan kelamin suami isteri daripada doktor mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus. Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Siapa Lebih Ghairah Tentang Seks, Lelaki Atau Wanita? Dapatan Kajian Ini Ada Jawapannya…

    Nafsu syahwat siapa yang lebih besar di antara lelaki dan wanita? Jom klik artikel ini untuk baca kajian dan huraian mengenai jawapan soalan ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu herpes

    Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    sakit kepala berdenyut

    Sedang Hangat Beraksi, Tiba-tiba Sakit Kepala Berdenyut? Ini Sebab Mengapa Ia Berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan
    tekanan seksual

    Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan