Tip Berjimat di Bazar Ramadan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Memasak untuk diri sendiri atau keluarga sewaktu bulan puasa adalah langkah yang paling berkesan untuk menjimatkan duit sewaktu bulan puasa. Tetapi, anda mungkin ingin membeli juadah istimewa di bulan Ramadan, atau ingin mencuba juadah baru, mahupun merasakan lebih jimat jika membeli terutamanya jika anda tinggal bersendirian. Oleh itu, ikuti tip penjimatan ini jika anda memilih untuk berbuka dengan juadah daripada bazar.

1. Bersahur secukupnya

Apabila bersahur pemilihan makanan yang betul boleh membuatkan anda tidak terlalu lapar dan berhasrat untuk makan pelbagai makanan apabila berbuka nanti. Pilih makanan yang tinggi protein, karbohidrat, kalsium dan tinggi serat. Makanan jenis ini mengambil masa lebih lama untuk dihadamkan malah serat dapat memenuhi ­perut lebih lama. Jadi anda tidak akan terlalu lapar dan menginginkan pelbagai makanan untuk dibeli nanti. Jadi, pastikan anda memilih makanan sahur yang mengenyangkan dan tahan lebih lama

2. Bawa duit sekadarnya sahaja

Anda mungkin tidak berupaya untuk mengawal diri daripada berbelanja, apatah lagi sewaktu melihat pelbagai hidangan yang tersedia. Antara helah untuk membantu diri anda berjimat adalah dengan memaksakan diri membawa wang secukupnya dan tidak berlebih. Ambil kira bilangan orang yang akan makan bersama anda. Jika anda hanya membeli untuk anda seorang, cukuplah bajet RM10-15 untuk hidangan yang mengenyangkan. Anda juga perlu menetapkan amaun maksimum yang boleh anda belanjakan di bazar sepanjang bulan Ramadan.

3. Rancang pilihan juadah dan kuantiti

Selain menetapkan bajet untuk berbelanja di bazar, tetapkan juga juadah yang ingin anda beli pada hari tersebut dan kuantitinya. Dengan ini, anda tidak pergi ke bazar dalam keadaan ingin mencuba semua benda. Sebaliknya dapatkan juadah yang anda kehendaki dan keluar segera daripada bazar tersebut sebelum anda tergoda dengan makanan lain. Jika anda tidak mempunyai pilihan juadah yang ingin dibeli, kecilkan skop pilihan anda. Contohnya, tetapkan pilihan hidangan kepada 1 juadah utama dan 3 biji kuih sahaja.

4. Berwaspada dengan diskaun

Jangan mudah terperdaya dengan harga makanan yang ditawarkan hanya kerana penjual menawarkan makanan kombo dengan harga lebih ‘murah’ seperti RM15 bagi 3 pek nasi yang berharga RM6/sepek. Tanya diri anda sama ada anda memerlukan makanan sebanyak itu atau tidak. Jika tidak, tawaran diskaun tersebut hanyalah satu pembaziran untuk diri anda, bukan penjimatan.

5. Bancuh air sendiri

Anda mungkin teruja dan rambang mata melihat pilihan air yang ada di bazar Ramadan. Tetapi, jika anda bijak, bancuh air minuman sendiri di rumah. Sama ada anda inginkan jus buah atau minuman yang lebih kompleks seperti cendol, semuanya boleh dibuat sendiri. Minuman yang dijual di bazar Ramadan kebanyakannya dipenuhi ais, gula dan pewarna berlebihan. Sedangkan anda boleh banyak berjimat apabila membeli kordial dan bancuh sendiri, ini juga boleh mencukupi untuk berminggu-minggu lamanya. Membacuh sendiri juga bermakna anda dapat mengawal jumlah gula dan ais yang diletakkan. Tambahan pula, minuman sejuk juga bukanlah pilihan terbaik untuk berbuka. Pemilihan kordial berkualiti juga lebih baik berbanding kordial murahan yang penuh pewarna yang mungkin digunakan peniaga di bazar Ramadan. Lebih baik lagi, minum air masak atau jus buah perahan sendiri.

6. Pesan, tanpa beli sendiri

Daripada membazirkan masa membiarkan diri diuji dengan godaan di bazar Ramadan, anda boleh memilih untuk memesan makanan kepada rakan yang ingin ke sana. Dengan ini anda boleh menetapkan juadah yang diinginkan, kuantiti dan bajet tanpa mempunyai risiko terlebih belanja kerana teruja melihat apa yang anda temui di bazar Ramadan. Tidak melihat pilihan makanan lain juga bermakna anda tidak akan terkilan tidak merasa segala macam pilihan yang tersedia.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Melancap Ketika Puasa? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Jika anda ingin berhenti melancap pada bulan puasa, inilah masanya. Anda boleh ikut 9 tip yang dikemukakan dalam artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/05/2020 . 4 minit bacaan

    Puasa Terbatal Jika Buat Ujian Swab COVID-19? Ini 17 Perkara Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Jika Berpuasa

    Adakah ujian swab COVID-19 boleh dilakukan semasa puasa Ramadan? Ketahuinya di sini dengan lebih lanjut sama ada ia boleh sebabkan batal puasa ataupun tidak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 04/05/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Tahu Nak Masak Apa Masa Sahur? Ini 7 Menu Simple Boleh Cuba Sepanjang Ramadan Ini!

    Bagi mereka yang masih tercari-cari menu untuk sahur sepanjang bulan Ramadan ini, ini 7 menu sahur simple yang boleh anda cuba. Sedap dan jimat masa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 30/04/2020 . 4 minit bacaan

    Ini Bahaya Ambil Makanan Segera Semasa Iftar – #5 Pasti Buat Anda Menyesal!

    Anda gemar berbuka dengan apa? Sila pilih dengan baik ya? Elakkan makanan segera ketika iftar kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 29/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    puasa 20 jam

    Anda Sanggup Puasa 20 Jam Sehari Sepanjang Ramadan? Ini Cabaran Bagi Umat Islam Di Luar Negara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya merokok

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan
    tradisi melayu

    Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan