Piramid Makanan: Apa yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Piramid Makanan berfungsi sebagai panduan diet yang sihat bagi ramai orang. Ia berfungsi sebagai panduan visual yang mudah berdasrkan jenis dan kadar makanan yang patut kita makan setiap hari untuk kesihatan. Berikut adalah apa yang perlu anda tahu tentang Piramid Makanan.

Piramid Makanan mengandungi lima kumpulan makanan utama, ditambah lemak yang sihat, berdasarkan apa yang menyumbang kepada diet yang sihat.

Aras bawah

Aras paling bawah mengandungi tiga kumpulan makanan berasaskan tumbuhan:

  • sayur-sayuran dan kekacang
  • buah-buahan
  • bijirin

Aras ini merupakan aras terbesar daripada piramid makanan, maka ia harus membentuk bahagian terbesar diet kita – sekitar 70%. Makanan tumbuhan mengandungi pelbagai nutrien seperti vitamin, mineral dan antioksidan. Makanan ini merupakan sumber utama karbohidrat dan serat dalam diet kita.

Dalam kumpulan bijirin makanan, pilih bijirin penuh (seperti beras perang, oat dan quinoa), dan mil penuh/ gandum penuh / bijirin tinggi serat untuk pemilihan roti, pasta, dan makanan bijirin (berbanding jenis yang diproses, atau halus).

Aras tengah

Aras tengah termasuk susu, yogurt, keju dan sebagainya serta daging, ayam, ikan, telur, kacang, dan kumpulan kekacang.

Makanan dalam kumpulan susu, yogurt, keju dan sebagainya menyediakan kita dengan kalsium dan protein, serta vitamin dan mineral lain. Kumpulan makanan ini juga merujuk kepada pilihan makanan bukan tenusu seperti soya, beras atau susu bijirin yang mempunyai sekurang-kurangnya 100mg per 100ml kalsium tambahan. Pilih makanan ini dalam versi rendah lemah untuk mengehadkan kalori berlebihan daripada lemak tepu.

Makanan dalam bahagian daging, ayam, ikan, telur, kacang, kumpulan kekacang adalah sumber utama protein. Tetapi setiap makanan ini juga menyediakan campuran nutrien unik, termasuk iodin, zat besi, zink, vitamin B12 dan lemak sihat. Anda patut mensasarkan untuk memperbagaikan pengambilan daging atau bukan daging daripada kumpulan makanan ini.

Aras atas

Aras atas merujuk kepada lemak yang sihat kerana kita memerlukan sejumlah kecil setiap hari untuk menyokong kesihatan jantung dan fungsi otak. Kita perlu memilih makanan yang mengandungi lemak sihat dan bukannya makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans.

Pilih lemak poli tidak tepu dan lemak mono tidak tepu daripada sumber tumbuh-tumbuhan, seperti minyak zaitun, kacang dan biji benih. Hadkan jumlah lemak tepu yang anda makan dan elakkan lemak trans.

Anda juga boleh mendapat lemak yang sihat daripada makanan dalam kumpulan makanan lain, seperti avokado, kacang, biji benih dan ikan, jadi anda hanya memerlukan sedikit tambahan daripada minyak setiap hari.

Diet yang sihat berfungsi sebagai pendekatan pencegahan jangka panjang dan / atau rawatan untuk semua jenis penyakit. Digabungkan dengan senaman yang teratur, badan anda boleh membentuk pertahanan yang baik daripada semua masalah kesihatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

    Nak douching atau meruang ketika hamil? Jika ya, 5 masalah kesihatan selepas meruang ini, mungkin membuatkan anda menimbang semula keputusan itu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Katanya Selain Pembedahan, Buasir Boleh Dirawat Guna Kaedah Suntikan, Selamat Ke?

    Anda ingin mencari rawatan buasir yang tidak melibatkan pembedahan seperti prosedur suntikan sclerotherapy? Bagaimana dengan risiko kesan sampingan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-jaga

    Kehamilan berisiko tinggi dialami ibu mengandung mungkin berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapi sebelum, semasa atau selepas melahirkan anak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Kencing Manis Masa Mengandung? AWAS IBU! Kesannya Mungkin Berlanjutan Lepas Bersalin

    Diabetes gestasi adalah masalah kencing manis semasa mengandung. Ia dikatakan akan hilang sebaik wanita bersalin. Namun kesannya mungkin berlanjutan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 27/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    makanan penambah tenaga

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    waktu tidur

    Waktu Tidur Setiap Orang Berbeza, Kalau Nak Sihat Patuhi Jam Tidur Ini Ikut Peringkat Umur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 08/09/2020 . 3 minit bacaan
    warna kulit

    Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kesihatan

    Hempedu, Walaupun Kecil Tapi BAHAYA Jika Dijangkiti, No. 5 Boleh Sebabkan MAUT!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan