Wow! Makan Pil Diet Berkesan Rawat Masalah Obesiti, Tapi Ada Syarat Kena Patuhi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Obesiti atau kegemukan adalah salah satu daripada pelbagai masalah kesihatan yang sangat biasa berlaku dalam kalangan rakyat negara kita.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2019, kira-kira 19.7 peratus individu dewasa di Malaysia adalah obes.

Statistik ini dikatakan kian meningkat dari hari ke hari ekoran daripada Perintah Kawal Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan dalam usaha kerajaan menangani wabak pandemik COVID-19.

Budaya bekerja dari rumah dan kurang melakukan aktiviti fizikal dikatakan menjadi punca masalah ini meruncing.

Jadi, solusinya, ramai yang mengalami masalah berat ini makan pil diet untuk rawat masalah obesiti! Benarkah ia berkesan?

Apa itu obesiti?

Sebelum itu, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan masalah yang sangat biasa berlaku dan berbahaya ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, obesiti atau dalam bahasa mudahnya, kegemukan adalah satu keadaan yang melibatkan kewujudan lemak yang berlebihan dalam tubuh badan.

Apa yang lebih membimbangkan, ia bukan sahaja akan menjejaskan imej malahan juga menjadi faktor risiko pelbagai penyakit lain yang juga berbahaya kepada kita.

Antara penyakit yang dimaksudkan tersebut adalah penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.

Ramai yang mengaitkan masalah ini dengan diet yang tidak menentu dan seimbang.

Ya, ia adalah salah satu daripada punca obesiti selain pengamalan gaya hidup yang tidak sihat dan sedentari seperti jarang bersenam dan gemar bermalas di dalam rumah sahaja.

Berita baiknya, kini sudah terdapat pelbagai kaedah yang ditawarkan untuk penderita cuba mengawal dan merawat masalah obesiti.

obesiti

Salah satunya adalah dengan makan pil diet. Berkesankah ia?

Apa itu pil diet?

Selepas itu, adalah wajar pula untuk kita berkenalan dengan seperkara lagi yang juga penting dalam merungkai persoalan artikel ini iaitu apa itu pil diet.

Buat anda yang mungkin belum tahu, pil ini adalah sejenis ubatan yang digunakan untuk membantu mengurangkan berat badan individu.

Jangan terkeliru dengan pil langsing atau pil kurus yang dijual di pasaran dan media sosial di luar sana kerana ia mungkin tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebaliknya, penderita mungkin boleh fokus kepada pil yang dipreskripsi oleh doktor pakar di klinik, hospital, farmasi atau pusat kesihatan berdekatan anda.

Sebagai panduan anda, berikut merupakan beberapa nama jenis ubat yang mungkin boleh cuba digunakan dengan izin doktor terlebih dahulu:

  • Liraglutide (Saxenda)
  • Naltrexone-bupropion (Contrave)
  • Orlistat (Alli, Xenical)
  • Phentermine (Adipex-P, Ionamin, Pro-Fast)
  • Phentermine-topiramate (Qsymia)

Pun begitu, anda perlu disaring terlebih dahulu; hanya jika BMI anda adalah 30 ke atas atau sekurangnya-kurangnya 27 (jika ada penyakit berkaitan obesiti) sebelum mengambil ubatan ini.

Selain itu, sejarah kesihatan anda juga akan diteliti terlebih dahulu sama ada kalian mempunyai alahan, mengandung, bercadang untuk hamil atau menyusukan anak.

obesiti

Ini adalah penting kerana pil diet mungkin akan mendatangkan kesan sampingan lain jika kalian tidak berwaspada.

Benarkah makan pil diet boleh rawat masalah obesiti?

Jawapan mudahnya adalah ya, pil diet mungkin akan dapat membantu anda mengurangkan berat badan yang berlebihan atau obes.

Pun begitu, ia bukanlah satu kaedah yang perlu difokuskan kerana ia bersifat jangka masa panjang serta memerlukan anda untuk menjalani kehidupan yang sihat juga.

Menurut kajian, pengambilan pil ini mungkin akan membantu anda mengurangkan 3 hingga 7 peratus berat badan anda dalam tempoh 12 bulan atau setahun.

Selain itu, ada satu perkara lain yang kalian perlu tahu selepas berjaya mengurangkan berat badan sekitar 5 hingga 10 peratus.

Ia adalah anda mampu mengurangkan kadar tekanan darah, kadar gula dalam darah serta kadar triglyceride dalam tubuh badan.

Ini menunjukkan bahawa menguruskan berat badan adalah satu perbuatan yang ternyata sihat lantas membina kembali keyakinan anda untuk tampil langsing, cantik dan bergaya!

Kesan sampingan ubat ini?

Jangan terkejut jika anda mengalami kesan sampingan yang ringan seperti, muntah-muntah, cirit-birit atau sembelit kerana ia adalah normal.
Jika ia berlanjutan dan berlaku terlalu teruk, segera berjumpa dengan doktor.

Kesan pil diet kekal atau tidak?

Ya, kesan pengambilan ubat ini mungkin akan kekal sekiranya anda terus mengambilnya di samping mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Selepas berhenti mengambilnya, ada kemungkinan untuk berat badan anda kembali meningkat.

obesiti

Sila amalkan gaya hidup yang lebih sihat!

Konklusinya, pil diet adalah salah satu usaha yang boleh dicuba untuk menurunkan berat badan yang berlebihan atau obesiti.

Ia bukanlah satu plasebo namun tahap keberkesanannya adalah sangat bergantung kepada kesungguhan dan kemampuan anda.

Jangan hanya terlalu bergantung kepada ubat ini sahaja namun cuba juga untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Antara usaha paling murni yang anda boleh cuba adalah kurangkan makanan dan lebihkan senaman untuk tubuh badan yang lebih cantik dan sihat!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ingin Kurus Tapi Susahnya Nak Disiplin Makan, Jangan Risau! Ini Cara Latih Diri Untuk Komited

Anda telah 'setia' mengikuti diet untuk turun berat badan selama berminggu atau berbulan, tapi apabila tiba cheat day, habis hancur plan anda.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 12/11/2020 . 3 minit bacaan

Badan Gemuk Tapi Cergas & Cukup Stamina, Masih Perlu Ke Untuk Turunkan Berat Badan?

Adakah saya masih perlu menurunkan berat badan berlebihan kerana mempunyai obesiti, walaupun saya sentiasa aktif dan cergas? Ini jawapannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Obesiti, Pusat Kesihatan 11/11/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Lebih Ramai Yang Gemuk Berbanding Lelaki, Benar Ke? Ini Dapatan Kajian!

Ramai yang percaya bahawa wanita gemuk adalah lebih ramai berbanding lelaki! Benarkah? Jom klik artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/11/2020 . 3 minit bacaan

Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

Makan sebiji epal sehari mampu ‘menjauhkan’ seorang doktor. Ternyata ia benar kerana buah epal juga dikatakan dapat cegah obesiti. Jom baca artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tidur berlebihan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
kerap kencing

Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
cara kempiskan perut

Jangan Kata Okay Jika Perut Boroi, Ada 4 Sebab Mengapa Anda Perlu Risau Mengenainya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
penyebab badan gemuk

Bukan Hanya Banyak Makan, 5 Perkara Ini Juga Jadi Punca Utama Anda Cepat Gemuk!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan