Bahaya Ketagihan Makanan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/04/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Mengekalkan pemakanan yang sihat dan seimbang serta keinginan untuk berdiet dan menurunkan berat badan, ada masanya merupakan satu perkara yang sukar untuk dilakukan oleh sesetengah individu. Kadang kala masalah ini timbul kerana keinginan dan ketagihan makanan yang sukar dibendung yang akhirnya menyebabkan anda gagal berdiet dan tidak dapat mengekalkan pemakanan yang seimbang. Tetapi benarkah bahaya ketagihan makanan? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Apa itu ketagihan makanan?

Ketagihan makanan – satu istilah yang agak kontroversial, kebiasaannya melibatkan ketagihan terhadap makanan ringan, makanan yang tidak menyihatkan – sama seperti ketagihan terhadap dadah. Ia sama seperti beberapa masalah gangguan pemakanan yang lain – bulimia, aneroksia nervosa, makan secara emosi dan lain-lain yang berkaitan dengan masalah pemakanan yang tidak sihat.

Ketagihan makanan ini boleh berlaku kepada sesiapa, sama ada individu lelaki mahupun wanita. Kebiasaannya ia melibatkan ketagihan terhadap makanan enak yang berlemak, kandungan gula dan/atau garam yang tinggi yang mencetuskan tindak balas kimia otak yang mendorong timbulnya rasa puas dan gembira – bergantung kepada makanan yang diambil.

Ketagihan makanan ini selalunya bergantung kepada perasaan ‘baik’ setelah memperolehi makanan yang diingini, yang seringkali menyebabkan timbulnya keinginan untuk makan, walaupun pada hakikatnya individu tersebut tidak berasa lapar. Perlakuan ini boleh menimbulkan permasalahan pada kemudian hari, di mana individu tersebut akan memilih untuk makan, bagi menimbulkan rasa senang dan gembira, malah makan secara berlebihan melebihi apa yang sepatutnya.

Masalah ini boleh menyebabkan wujudnya beberapa masalah fizikal, emosi dan kesan sosial seperti masalah berkaitan pencernaan, obesiti, harga diri rendah, kemurungan dan mengasingkan diri. Selalunya, individu yang pernah mengalami atau berdepan dengan gangguan ketagihan makanan ini, akan mengalaminya berulang kali berikutan kegagalan untuk mengawal keinginan untuk berasa gembira dengan makan.

Ia merupakan satu keadaan perubatan yang serius – sama seperti ketagihan dadah – akan melibatkan kesukaran untuk mengawal keinginan terhadap makanan, sukar mengawal tingkah laku, terlalu bergantung kepada makanan dan pelbagai isu lain. Namun, tidak ramai individu yang menderita akibat ketagihan makanan tampil untuk mendapatkan rawatan. Ini mungkin kerana berkait rapat dengan rasa malu, bersalah dan harga diri yang rendah.

Apakah punca berlakunya ketagihan makanan?

Beberapa faktor yang boleh menjadi punca kepada masalah ini, seperti:

  • Gangguan pemakanan
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Masalah berkaitan otak
  • Kesan sampingan pengambilan ubatan tertentu
  • Mempunyai sejarah keluarga
  • Penderaan emosi, seksual, fizikal
  • Merupakan mangsa terhadap sesuatu peristiwa trauma
  • Mengalami kesukaran untuk mengatasi isu negatif tertentu
  • Berdepan isu harga diri yang kronik
  • Mengalami kehilangan, kesedihan
  • Mempunyai masalah keluarga
  • Tekanan perasaan
  • Kurang sokongan

Bagaimana mengenali simptom ketagihan makanan?

bahaya ketagihan makanan

Terdapat beberapa simptom umum berkaitan masalah ketagihan makanan ini, ia adalah:

  1. Anda kerap menginginkan sesuatu makanan tertentu, walaupun pada hakikatnya anda sudah kenyang dan baru lepas menikmati hidangan makanan yang berkhasiat.
  2. Apabila anda mula untuk ketagihan makanan, anda akan mendapati diri anda makan lebih banyak dari yang sepatutnya.
  3. Ketika anda makan sesuatu makanan yang anda ketagih, ada masanya anda berasa muak.
  4. Selalunya selepas memakan makanan tertentu, akan timbul rasa bersalah tetapi anda pasti akan memakannya lagi selepas itu.
  5. Anda akan mencipta alasan dalam fikiran untuk mengapa anda perlu makan makanan yang anda ketagih itu.
  6. Anda berulang kali mencuba tetapi gagal untuk berhenti mengambil makanan tertentu.
  7. Selalunya anda akan menyembunyikan perihal pengambilan makanan yang tidak sihat daripada individu sekeliling anda.
  8. Anda tidak berjaya untuk mengawal pengambilan makanan yang tidak sihat, walaupun mengetahui ia mendatangkan masalah kesihatan seperti kenaikan berat badan.
  9. Anda makan sehingga tahap yang membuatkan anda berasa sakit.
  10. Terus dan terus makan walaupun sudah tidak berasa lapar.
  11. Anda mengelakkan komunikasi sosial, perhubungan atau sebarang acara hanya untuk makan makanan tertentu.
  12. Berdepan gangguan tidur seperti insomnia, atau terlebih tidur.
  13. Keletihan.

Apa yang disenaraikan adalah antara simptom ketagihan makanan yang sering berlaku. Tetapi anda mungkin berdepan simptom yang lain yang tidak disenaraikan.

Bahaya ketagihan makanan

Pelbagai impak negatif boleh berlaku kesan daripada ini terutamanya dari aspek kesihatan. Ia juga melibatkan aspek fizikal, psikologi dan hubungan sosial. Antaranya seperti:

Fizikal

  • Penyakit jantung
  • Diabetes
  • Masalah pencernaan
  • Kurang nutrisi
  • Obesiti
  • Keletihan kronik
  • Kesakitan kronik
  • Gangguan tidur
  • Sakit kepala
  • Strok
  • Kurangnya keinginan seksual
  • Penyakit paru-paru

Psikologi

  • Harga diri yang rendah
  • Kemurungan
  • Serangan panik
  • Peningkatan rasa kegelisahan
  • Rasa sedih, putus asa, tiada semangat
  • Wujud rasa ingin membunuh diri

Hubungan sosial

  • Kemerosotan prestasi kerja
  • Mengasingkan diri dari insan tersayang
  • Mengelakkan daripada sebarang aktiviti sosial

Tip untuk mengatasi masalah ini

Beberapa perkara boleh dilakukan untuk mengatasi gangguan pemakanan ini, antaranya:

  • Makanan pencetus – cuba senaraikan makanan yang anda kerap ketagih atau makanan yang menimbulkan keinginan untuk anda makan. Ia adalah makanan yang harus anda elakkan.
  • Tempat makanan – kerap kali masalah pemakanan ini melibatkan makanan segera. Jadi senaraikan tempat makanan yang menghidangkan makanan yang lebih sihat. Ini supaya apabila anda berasa lapar, dan tiada keinginan untuk masak, anda sudah mempunyai tempat makan yang bersesuaian dan menyihatkan.
  • Bantuan – jika masalah ketagihan anda adalah kronik. Sebaiknya anda mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pakar pemakanan dan doktor. Jangan menganggap isu ini adalah satu isu yang remeh.
  • Kaunseling – seandainya masalah ini wujud disebabkan peristiwa trauma yang pernah dialami, terapi mungkin rawatan yang dapat membantu mengatasi masalah ini.
  • Terapi perilaku kognitif (CBT) – teknik ini akan mengajar individu yang berdepan masalah ketagihan makanan ini untuk cuba mengatasinya melalui pemikiran dan perasaan yang dapat mempengaruhi tingkah laku. Pendekatan terapeutik ini menumpukan kepada kesederhanaan dan bukan mengelakkan atau menahan dari secara sepenuhnya. Ia mengajar teknik mengatasi dan teknik pencegahan berulang serta mengenal pasti pencetus yang menjadi punca kepada ketagihan.

Jangan malu

Bahaya ketagihan makanan ini adalah satu perkara yang tidak akan dapat pulih dengan sendirinya jika anda tidak melakukan sebarang perubahan atau mendapatkan sebarang rawatan mahupun bantuan. Jangan pernah mengabaikan masalah ini hanya kerana anda malu kerana ia mungkin akan menyebabkan masalah yang lebih kronik di kemudian hari. Bertindak segera!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Saja Suka-Suka Lambat Makan, Ini Akibat Yang Terjadi Pada Perut, Antaranya Berat Badan NAIK!

    Kita semua pasti pernah alami perut masuk angin sebab 'skip' waktu makan bukan? Bukan itu sahaja, ada 4 lagi kesan negatif. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS! Jangan Setuju Sertai Makan Buffet Di Hotel, Boleh Jadi Penyebab COVID-19!

    Kempunan nak makan di restoran bufet? Ada risiko untuk anda mendapat jangkitan COVID-19. Oleh sebab itulah pemilik restoran perlu membuat perubahan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 25/06/2020 . 3 minit bacaan

    Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

    Tidak dinafikan, pinggan viral mungkin nampak cantik tapi bahaya ekoran terdapat plumbum di dalamnya. Klik artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Tempatan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!

    Dalam perintah kawalan pergerakan ini, mahu tidak mahu, kena masaklah. Hmmm...inginkan resepi mudah dan ringkas? Ada resepi masakan untuk anda cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/03/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    makanan penambah tenaga

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    warna kulit

    Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    sistem pertahanan badan

    Anak Selalu Jatuh Sakit? Ibu Cuba Check Diet Si Kecil, 7 Makanan Ini Buat Sistem IMUN LEMAH!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    makanan yang dilarang untuk pcos

    Hati Hati Jika Ada Cyst Pada Ovari, Wanita PCOS Jangan Sentuh Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan