Percaya tak ada jenis buah yang menggemukkan? Haaa…terkejut bukan buah pun boleh jadi punca gemuk.
Fakta Disemak oleh Nurul Halifah
Percaya tak ada jenis buah yang menggemukkan? Haaa…terkejut bukan buah pun boleh jadi punca gemuk.
Ketahui lebih lanjut dalam perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan, sila dapatkannya di sini.
Buah-buahan memiliki banyak manfaat dan Ia bukan sekadar enak tetapi juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan nutrisi.
Apatah lagi mengambil pelbagai jenis buah boleh membantu anda kekal cergas dan membuatkan badan berfungsi dengan lebih baik.
Pisang kebiasaannya menjadi pilihan utama apabila ingin mendapatkan sarapan ringkas di waktu pagi.
Siapa yang tidak inginkan buah yang bukan sekadar sedap tetapi juga menghilangkan lapar dengan mudah? Tetapi sila berhati-hati.
Di samping mengandungi kadar serat, kalium dan vitamin C yang tinggi, buah pisang boleh mengandungi sehingga 180 kalori. Jadi, jika anda terlebih makan pisang, pastinya berat badan akan naik.
Avokado adalah alternatif kepada krim berat atau mana-mana produk tenusu.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak mahu naik berat badan, anda hanya harus mengambil avokado dengan jumlah sederhana.
Walaupun ia kaya dengan lemak mono tepu yang juga dikenali sebagai lemak “baik”, avokado juga termasuk dalam buah yang mengandungi tinggi kalori.
Buah ara dikira sebagai sumber serat dan kalium yang baik.
Tetapi jika anda ambilnya dalam kuantiti yang banyak dengan menyangka bahawa ia adalah sihat, anda sedang merosakkan kesihatan dan bentuk badan anda.
Percaya atau tidak, jenis buah ara segar mengandungi jumlah gula yang sama dengan gula-gula biasa.
Sebenarnya, ia mengandungi sekitar 27 gram gula setiap satunya dan satu atau dua cawan semestinya tidak cukup.
Jadi untuk menurunkan berat, jangan masukkan buah ara di dalam pelan pemakanan sihat anda.
Baca juga:
Bagaimana seseorang boleh katakan TIDAK kepada buah yang sedap seperti ceri?
Ramai yang lebih suka makan ceri berbanding buah lain.
Kalium yang dijumpai di dalam ceri adalah bagus kerana ia akan membuang sodium berlebihan di dalam badan dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
Susah untuk menafikan khasiat ceri.
Tetapi jika anda mengambilnya terlalu banyak, kandungan gula yang tinggi di dalam ceri boleh menjadi sebab utama kepada peningkatan kadar gula di dalam darah.
Mangga adalah buah yang sangat bagus kerana mengandungi jumlah vitamin C dan serat yang banyak.
Walau bagaimanapun, anda tidak harus makan mengikut kesukaan anda kerana kandungan gulanya yang tinggi.
Jika anda menghiraukan nasihat ini, anda mungkin akan menghadapi masalah.
Perkara terbaik yang boleh anda lakukan ialah hanya dengan meletakkan mangga sebagai pencuci mulut dan mengambilnya dalam jumlah yang sederhana.
5 buah ini patut dielakkan jika anda ingin mengekalkan berat badan yang sihat.
Anda boleh mencari buah lain seperti epal, oren dan jambu yang mengandungi nutirisi yang sama tanpa kalori tambahan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Nurul Halifah
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen