backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

5

Tanya Doktor
Simpan

Darah Haid Keluar Selain Warna Merah? Hati-hati! Ini Petanda Masalah Kesihatan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/12/2023

    Darah Haid Keluar Selain Warna Merah? Hati-hati! Ini Petanda Masalah Kesihatan

    Apa warna darah haid? Mestilah merah, kan? Tapi adakah benar darah haid awal hanya berwarna merah? Tahukah anda, warna darah period yang berbeza mungkin petanda masalah kesihatan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Perubahan warna darah haid awal

    Darah haid boleh berubah warna dan tekstur pada setiap bulan, bahkan pada 1 kitaran haid.

    Warna darah period boleh memberikan petunjuk tahap keadaan dan masalah kesihatan yang mungkin dialami wanita.

    Semasa period, badan akan menyingkirkan tisu dan darah daripada rahim melalui faraj. 

    Pelepasan berdarah ini boleh menjadi berbeza daripada warna merah terang hinggalah ke coklat gelap atau hitam.

    Perubahan hormon, diet pemakanan, gaya hidup, usia dan persekitaran seseorang boleh mempengaruhi variasi warna darah ketika period

    Jenis perbezaan warna darah period

    Jangan ingat warna darah haid awal hanyalah merah semata-mata, ya? Ini ada 6 jenis perbezaan warna yang perlu anda perhatikan.

    1. Hitam

    Warna darah haid hitam boleh muncul pada permulaan atau hari terakhir kedatangan period individu.

    Biasanya warna ini melambangkan darah lama atau darah yang mengambil masa lebih lama untuk keluar daripada rahim. 

    Ia mempunyai masa untuk mengoksidasi (oxidize), berubah kepada coklat atau merah tua sebelum bertukar kepada warna hitam.

    Namun warna darah haid hitam juga boleh menunjukkan masalah kesihatan melibatkan penyumbatan di dalam faraj. 

    Antara simptom lain yang boleh diperhatikan adalah:

    • Lendir faraj yang berbau busuk
    • Demam
    • Kesukaran membuang air kecil
    • Gatal atau bengkak di dalam atau sekitar faraj

    #2. Coklat atau merah pekat

    Warna darah haid coklat tua di hari pertama atau merah pekat ini juga menandakan ia adalah darah lama dan boleh keluar pada waktu awal atau akhir period.

    Tempoh masa mengoksidasi darah ini tidak selama darah hitam dan ia boleh muncul dalam pelbagai warna.

    Kehamilan

    warna darah period
    Periksa upt untuk tahu period atau mengandung.

    Tompokan atau darah coklat yang terhasil juga boleh menjadi tanda-tanda awal kehamilan yang dipanggil sebagai pendarahan implantasi dalam istilah perubatan.

    Pelepasan atau tompokan berwarna coklat ini semasa tempoh kehamilan pula boleh menjadi petunjuk masalah kesihatan seperti kehamilan ektopik atau keguguran.

    Sekiranya anda menyedari tompokan darah pendarahan faraj seperti ini semasa mengandung, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.

    Lochia

    Lendir berwarna merah gelap atau coklat yang berlaku selepas proses kelahiran disebut lochia – pendarahan selepas bersalin.

    Biasanya lochia adalah perkara yang tidak perlu dibimbangkan kerana ia merupakan cara badan mengeluarkan lebihan darah dan tisu daripada rahim. 

    Umumnya, lochia akan bermula daripada darah merah terang dan kemudian akan berubah kepada warna lebih gelap apabila pengalirannya semakin berkurang. 

    Tempoh lochia adalah berbeza bagi setiap individu, tetapi biasanya berlangsung dalam tempoh beberapa bulan pertama selepas melahirkan anak.

    cara cepatkan haid
    Cara untuk mempercepatkan kedatangan haid.

    Warna darah haid yang subur #3. Merah terang

    Warna darah period merah terang menunjukkan ia adalah darah segar dan aliran stabil. 

    Darah haid pada awalnya mungkin akan berwarna merah terang dan berubah kepada gelap pada akhir haid.

    Ada wanita mendapati warna darah period mereka tetap berwarna merah terang sepanjang tempoh period

    Tompokan atau pendarahan luar biasa di antara kitaran haid mungkin menjadi tanda masalah kesihatan melibatkan jangkitan kelamin seperti klamidia.

    Pertumbuhan pada lapisan rahim, disebut polip atau fibroid, juga boleh menyebabkan pendarahan luar biasa.

    Dalam kes yang jarang berlaku, pendarahan merah terang mungkin merupakan tanda barah serviks. Gejala lain yang perlu diperhatikan seperti:

    • Pendarahan banyak 
    • Tempoh haid lebih lama 
    • Pendarahan selepas hubungan seksual
    • Keputihan berbau
    • Sakit pada bahagian belakang badan, pelvis atau kaki
    • Hilang selera makan
    • Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan

    4. Merah jambu 

    Ciri darah haid berwarna merah jambu ini boleh berlaku apabila darah haid bercampur dengan lendir serviks. 

    Penggunaan alat kawalan kelahiran jenis hormon boleh menurunkan kadar estrogen di dalam badan dan mengakibatkan warna darah lebih cerah dengan rona merah jambu semasa period

    Hubungan seksual juga mungkin boleh menyebabkan koyakan kecil pada faraj atau serviks. 

    warna darah haid
    Pendarahan selepas bersama.

    Darah kesan koyakan ini akan bercampur dengan cecair faraj dan disingkirkan daripada badan sebagai keputihan merah muda.

    Punca lain penyebab warna darah period menjadi merah jambu adalah:

    • Penurunan berat badan mendadak
    • Diet yang tidak sihat
    • Anemia 

    Kehamilan

    Lendir berwarna merah muda dengan tisu dan disertai dengan kekejangan mungkin petanda keguguran.

    Penting bagi wanita yang mengalami pendarahan faraj semasa mengandung untuk berjumpa doktor.

    5. Oren

    Campuran darah dengan cecair serviks juga boleh menghasilkan ciri darah haid berwarna oren.

    Darah berwarna oren ini menandakan masalah kesihatan jangkitan seperti vaginosis bakteria atau trichomoniasis.

    Simptom lain yang perlu diperhatikan adalah kegatalan faraj, ketidakselesaan dan lendir berbau.

    Sebaiknya, lakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti puncanya.

    6. Kelabu

    Ia petanda masalah vaginosis bakteria, disebabkan ketidakseimbangan bakteria dalam faraj. 

    Simptom lain yang perlu diperhatikan adalah:

    • Kegatalan di dalam dan sekitar faraj
    • Faraj berbau hanyir
    • Kesakitan semasa kencing
    warna darah haid
    Masalah faraj berbau.

    Pastikan anda melakukan pemeriksaan doktor. Biasanya anda akan diberikan antibiotik untuk merawat masalah kesihatan tersebut.

    Kehamilan 

    Pada peringkat akhir kehamilan, pelepasan warna kelabu dengan darah beku adalah petanda keguguran.

    Berwaspada..

    Warna darah period dan tahap kepekatan darah boleh memberikan maklumat berguna tentang tahap kesihatan individu secara keseluruhan. 

    Jika mempunyai keraguan atau kebimbangan, lakukan pemeriksaan dengan doktor obstetrik dan ginekologi. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan