Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kitaran haid adalah perkara penting dalam aspek kesuburan wanita. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur? Adakah ubat-ubatan dapat merawatnya?

Haid, adalah sebahagian daripada kitaran haid di mana endometrium yang merupakan lapisan rahim disingkirkan dan pendarahan keluar dari rahim melalui faraj.

Haid biasanya bermula semasa akil baligh bagi seseorang anak gadis, antara umur 10 sehingga 16 tahun, dan akan berterusan sehingga seseorang wanita mengalami menopaus, pada usia antara 45 sehingga 55 tahun.

Purata kitaran haid (tempoh daripada awal haid hingga hari pertama haid yang seterusnya) normal bagi seseorang wanita kebiasaannya adalah 28 hari, namun, ia adalah berbeza bagi setiap individu.

Maka adalah normal untuk wanita mempunyai kitaran haid yang lebih pendek atau panjang.

Kitaran haid tidak teratur pula adalah apabila tempoh kitaran melebihi 35 hari atau kitarannya menjadi tidak menentu.

Haid tidak teratur, bagaimana ia terjadi?

haid-tidak-teratur-punca-pendek-usia

Tahap insulin dan androgen yang tinggi, juga dikenali ‘hormon lelaki’ di dalam badan mampu mengganggu kitaran ovulasi dan haid bulanan terutamanya bagi wanita dengan masalah PCOS (sindrom ovarium polikistik).

Sekiranya anda mempunyai PCOS, haid anda mungkin tidak teratur atau lebih teruk, berhenti sama sekali.

Kitaran haid tidak teratur ditakrifkan sebagai:

  • Kurang daripada 8 kali kitaran haid setahun
  • Kitaran haid lebih pendek daripada 21 hari
  • Kitaran haid lebih lama daripada 35 hari

Apabila kitaran haid memanjang, ovulasi akan terhenti sepenuhnya (disebut anovulasi) atau hanya berlaku sekali-sekala.

Manakala, sebilangan wanita dengan PCOS mengalami pendarahan yang lebih berat atau lebih ringan semasa kitaran haid mereka.

Haid yang normal dan berkala membantu mencegah penebalan lapisan rahim yang berlebihan dan sel-sel abnormal daripada terbentuk.

Yang paling penting, seseorang wanita harus mempunyai sekurang-kurangnya 4 kitaran haid setahun bagi mengelakkan perkumpulan sel tidak normal.

Oleh itu, apakah rawatan yang boleh anda lakukan untuk merawat masalah ini? Teruskan membaca ya!

Merawat haid tidak teratur dengan ubat-ubatan

Masalah haid yang tidak teratur boleh dirawat dengan ubat-ubatan ini, antaranya:

  • Medroxyprogesterone
  • Norethindrone
  • Metformin

#1 Medroxyprogesterone

Medroxyprogesterone adalah sejenis hormon wanita (progestin) digunakan untuk merawat haid yang tidak normal atau tidak teratur.

Bukan itu sahaja, ia juga digunakan untuk menghasilkan kitaran haid yang normal pada wanita yang pernah haid secara normal tetapi tidak mengalami menstruasi sekurang-kurangnya 6 bulan, yang tidak hamil atau mengalami menopaus.

Medroxyprogesterone juga digunakan untuk mencegah pertumbuhan lapisan rahim yang berlebihan dan dapat menurunkan risiko kanser rahim terhadap pesakit yang mengambil estrogen.

Potensi kesan-kesan sampingan

Bagaimanapun, medroxyprogesterone boleh menyebabkan kesan sampingan.

Maklumkan doktor anda sekiranya berlaku gejala yang teruk atau tidak sembuh:

  • Payudara terasa sakit atau menghasilkan cecair
  • Perubahan aliran haid
  • Pendarahan atau tompokan darah yang tidak teratur
  • Tumbuh jerawat
  • Pertumbuhan rambut di muka
  • Keguguran rambut
  • Kesukaran untuk tidur
  • Mengantuk
  • Sakit perut
  • Kenaikan atau penurunan berat badan

#2 Norethindrone

Norethindrone adalah pil pencegah kelahiran yang sering digunakan untuk merawat endometriosis, tisu yang melapisi rahim tumbuh di kawasan anggota badan yang lain dan menyebabkan kesakitan, pendarahan berat atau tidak teratur.

Selain itu, ia digunakan untuk menghasilkan kitaran haid normal pada wanita yang pernah haid secara normal tetapi tidak mengalami menstruasi sekurang-kurangnya 6 bulan, yang tidak hamil atau mengalami menopaus.

Norethindrone turut digunakan sebagai ujian untuk melihat sama ada tubuh menghasilkan hormon wanita tertentu (bahan semula jadi yang mempengaruhi rahim).

Ubat ini tergolong dalam kelas ubat-ubatan yang dikenali sebagai progestin, yang fungsinya menghentikan lapisan rahim daripada tumbuh dengan menyebabkan rahim menghasilkan hormon tertentu.

Potensi kesan-kesan sampingan

Norethindrone mampu menyebabkan beberapa kesan sampingan.

Maklumkan doktor anda sekiranya berlaku gejala yang teruk atau tidak sembuh:

  • Perubahan aliran haid
  • Pendarahan atau tompokan darah yang tidak teratur
  • Payudara terasa sakit atau membesar
  • Sakit perut
  • Kenaikan atau penurunan berat badan
  • Kesukaran untuk tidur
  • Tumbuh jerawat
  • Pertumbuhan rambut di muka

Metformin

#3 Metformin

Metformin pula digunakan untuk merawat ketahanan insulin dan diabetes dengan meningkatkan sensitiviti insulin serta mengurangkan pengeluaran glukosa oleh hati.

Ia mempunyai beberapa kesan terhadap tubuh, tetapi antara impak utama bagi wanita dengan masalah PCOS adalah mengurangkan ketahanan insulin dan pengeluaran androgen, atau testosteron, di ovari.

Perkara ini dapat meningkatkan fungsi ovari dan mengembalikan semula waktu haid yang teratur.

Pun begitu, metformin nampaknya tidak mempunyai tahap keberkesanan yang sama seperti pil kontraseptif dalam menghasilkan haid teratur dan mengurangkan lebihan hormon androgen.

Ia mempunyai kesan yang lebih positif pada kadar kolesterol dan insulin berbanding pil kontraseptif oral.

Selain itu, ia mampu membantu penurunan berat badan, pencegah kenaikan berat badan, dan mengurangkan risiko diabetes pada mereka yang berisiko tinggi.

Potensi kesan-kesan sampingan

Sebilangan wanita yang mengambil metformin mempunyai beberapa kesan sampingan gastrousus sementara, seperti:

  • Terasa loya
  • Kembung perut
  • Muntah
  • Hilang selera makan

Rawatan metformin dimulakan dengan dos yang lebih rendah untuk mengurangkan keparahan kesan sampingan.

Kesimpulannya, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan untuk merawat masalah haid anda, berjumpalah doktor untuk konsultasi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ingin Cepat Hamil, Lakukan Hubungan Intim Sehari Lepas Isteri Habis Haid, Berkesan Ke?

Adakah wanita boleh hamil selepas haid tamat 1 hari dan seks dilakukan pada waktu ini? Jom kita klik artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/11/2020 . 3 minit bacaan

Risau Fibroid Membesar Di Dalam Rahim? Jaga Diet Anda, Ada Makanan Yang Boleh Kecutkan Fibroid!

Pelbagai cara dicuba oleh wanita dalam usaha mengubati ketumbuhan di dalam rahim. Dakwaan baharu mengatakan diet makanan tertentu dapat kecutkan fibroid!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 12/11/2020 . 3 minit bacaan

Haid Wanita Boleh Terganggu Jika Mengalami Demam Denggi? Adakah Ini Tanda Bahaya?

Sehingga kini, demam denggi masih berlaku dan mencatatkan bilangan kes yang tinggi. Tetapi persoalannya sekarang, adakah ia boleh mempengaruhi haid pesakit?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 11/11/2020 . 3 minit bacaan

Perut Selalu Rasa Tak Sedap Setiap Kali Datang Bulan, Sering Cirit-Birit Atau Sembelit? Ini Solusinya

Masalah sakit perut disebabkan sembelit, cirit-birit dan kesakitan lain dalam usus adalah perkara biasa yang berlaku sebelum dan semasa haid.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

mitos haid wanita

Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan
sakit senggugut wanita

Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
makan ayam punca fibroid

Makan Ayam Boleh Jadi Punca Tumbuh Fibroid Rahim Wanita, Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Mengalami Keputihan Berwarna Coklat Sebelum Haid, Ini Petanda Kanser Serviks?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan