Darah Haid Banyak Lepas Guna Suntikan Elak Hamil? Ini 15 Kesan Sampingan Jika Suntik Depo

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Suntikan Depo Provera merupakan salah satu alternatif yang boleh diambil oleh wanita bagi mengelakkan kehamilan.

Kunci kepada kawalan kehamilan tersebut terletak kepada hormon sintetik progesteron yang dikenali sebagai progestin.

Walau bagaimanapun, pengguna berisiko untuk mengalami masalah berkaitan dengan haid seperti haid tidak teratur dan pendarahan berlebihan sebagai kesan sampingan ubat.

Kesan sampingan tersebut akan hilang lama-kelamaan dalam kalangan majoriti wanita.

Namun, jika ia tidak diuruskan dengan baik, ia boleh mempengaruhi kualiti hidup.

Artikel ini akan membincangkan perihal suntikan Depo Provera dan apa yang anda perlu lakukan sekiranya mengalami pendarahan.

Teruskan membaca.

Mekanisme fungsi suntikan Depo Provera 

depo provera

Suntikan Depo Provera merupakan kaedah cegah kehamilan yang melibatkan penggunaan hormon sebagai mekanisme utama.

Kesannya hanya bertahan selama 3 bulan dan ia mempunyai tahap keberkesanan di antara 99.3 hingga 100 peratus dibuktikan melalui 5 kajian klinikal berbeza.

Ini bermakna, anda perlu memperbaharui suntikan pada kekerapan 3 bulan sekali. 

Jika anda terlewat mendapatkan suntikan depo tersebut, elakkan daripada melakukan hubungan seks atau gunakan alternatif cegah kehamilan lain.

Mekanisme tindakan bagi kaedah ini terbahagi kepada 3:

  1. Hormon sintetik progestin berupaya untuk menghalang ovari daripada menghasilkan telur (ovum) semasa fasa ovulasi. Tanpa telur, persenyawaan tidak berlaku.
  2. Progestin juga boleh meningkatkan kadar penghasilan lendiran mukus pada bukaan serviks. Perubahan fisiologi ini mampu menghalang sperma daripada masuk.
  3. Suntikan Depo Provera boleh menyebabkan dinding rahim menjadi nipis. Jika mekanisme pertama gagal bertindak dan persenyawaan berlaku, produk tersebut tidak boleh melekat pada dinding rahim memandangkan ia tidak ideal untuk proses kehamilan.

Berbeza dengan kaedah cegah kehamilan lain yang hanya perlu ditukar pada kekerapan 3 tahun atau 5 tahun sekali, anda perlu mempunyai pelan lain sekiranya seks tanpa perlindungan berlaku.

Penggunaan pil kontraseptif kecemasan berkesan jika anda lewat lebih daripada seminggu untuk sesi suntikan depo seterusnya.

Kesan sampingan bagi mereka yang menggunakan suntikan Depo Provera

suntikan depo

Seperti kaedah rawatan farmakologi yang lain, suntikan Depo Provera turut mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.

Antara kesan sampingan yang tidak melibatkan pendarahan haid tidak normal adalah:

  1. Sakit abdomen
  2. Kurang nafsu seks
  3. Perubahan pada selera makan
  4. Keguguran rambut
  5. Kenaikan jerawat
  6. Sakit atau sengal pada bahagian payudara
  7. Pening
  8. Sakit kepala
  9. Muntah
  10. Lemah badan
  11. Lesu
  12. Perubahan mood mendadak
  13. Kenaikan berat badan

Secara amnya, pengguna akan mengambil masa beberapa bulan untuk beradaptasi dengan perubahan fisiologi kesan daripada suntikan Depo Provera.

Dalam tempoh masa tersebut, mereka boleh mengalami masalah pendarahan selama 6 hingga 12 bulan.

Antara masalah pendarahan yang lazim adalah

  1. Pendarahan di antara dua fasa haid
  2. Darah keluar berlebihan semasa haid
  3. Tidak mengalami haid (amenorrhea) atau jumlah darah yang keluar sedikit

Anda mungkin berminat:

Mengapa kesan sampingan ini berlaku?

suntikan depo

Setiap suntikan Depo Provera akan memberikan sejumlah hormon sintetik progestin yang sangat tinggi.

Oleh sebab badan anda tidak biasa dengan peningkatan mendadak hormon tersebut, ia akan menyebabkan simptom seperti yang tersenarai di atas.

Secara amnya, kesan sampingan bagi kaedah ini teruk untuk beberapa bulan pertama (di antara 1 hingga 2 suntikan depo).

Namun, masuk sahaja suntikan ke-3 atau ke-4, badan anda sudah tahu bagaimana cara untuk bertindak balas dengan keadaan persekitaran hormon yang tinggi.

Pada ketika ini, anda mungkin tidak akan mengalami sebarang simptom atau hanya simptom ringan sahaja.

Jika anda mengalami masalah darah keluar berlebihan semasa period dan ia berterusan sehingga melebihi 14 hari, dapatkan bantuan kesihatan dengan kadar segera.

Pun begitu, anda perlu ingat, kesan pendarahan berlebihan berbeza mengikut individu.

Jika anda pucat, lemah badan, pening dan rasa lesu secara berterusan, tidak perlu tunggu 2 minggu.

Terus ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat perubatan berkaitan dengan penggunaan suntikan Depo Provera atau tukar kepada alternatif cegah hamil yang lain.

Konklusi

Simptom pendarahan haid tidak normal lazim berlaku dalam kalangan pengguna Depo Provera.

Ia kebiasaannya lebih teruk selama beberapa bulan selepas anda pertama kali menggunakan suntikan hormon tersebut.

Walau bagaimanapun, apabila badan anda sudah beradaptasi dengan perubahan hormon selepas suntikan, kesan sampingan itu akan hilang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

Pernah tak anda berada di dalam situasi yang menyeronokkan namun pengalaman itu terganggu kerana anda kerap buang air kecil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Masalah Pundi Kencing, Urologi 25/11/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jika Ada Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

Jangkitan kulat pada faraj yang berlaku kepada wanita hamil, adakah berisiko mendatangkan bahaya kepada bayi? Ini penjelasan yang bakal ibu perlu fahami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 24/11/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini…

Ada kepercayaan yang kata bahawa alahan sperma boleh sukarkan wanita hamil! Adakah ia tepat atau tidak? Jom klik untuk tahu jawapannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Alergi/Autoimun, Pusat Kesihatan 23/11/2020 . 3 minit bacaan

Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

Faraj merupakan bahagian tubuh utama wanita yang mempunyai fungsi unik tersendiri. Namun, kondisi vulva bengkak boleh berlaku pada sesetengah individu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

aktiviti bersukan

Ibu Hamil Yang Suka Bersukan, Ini Jenis Latihan Yang Disarankan Ikut Trimester

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
tanda-tanda kehamilan atau PMS

Macam Sakit Senggugut Tapi Tak Period, Jangan Keliru Dengan PMS & Tanda Kehamilan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
penyakit PCOS dan kehamilan

Wanita PCOS Berjaya Hamil? Ambil Tahu Ini, Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
fibroid ketika hamil

Ibu Hamil Ada Fibroid? Ini Rawatan Yang Akan Dilakukan, Bagi Elak Keguguran!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan