Ujian Pap Smear Untuk Kesan Kanser Serviks, Tapi Boleh Juga Ke Wanita Nak Check Kanser Ovari?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Seperti yang pembaca sedia maklum, prosedur pap smear boleh membantu doktor untuk mendiagnosis kanser serviks pada peringkat awal.

Namun, adakah prosedur ini juga boleh digunakan untuk mengesan masalah kanser wanita yang lain seperti kanser ovari?

Seperti kanser serviks, kanser ovari merupakan keadaan kesihatan yang melibatkan organ dalam sistem reproduktif wanita.

Ketumbuhan berlaku pada struktur ovari yang bersambung dengan ruangan rahim melalui tiub falopio.

Organ ini penting berikutan ia bertanggungjawab menghasilkan dan memelihara telur wanita (ovum).

Namun, jika ditanya kepada khalayak umum, tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap masalah kanser ini masih lagi rendah.

Perkara ini telah dibuktikan melalui kajian yang dibuat oleh Universiti Sains Malaysia pada tahun 2015.

Persoalan berkaitan dengan kebolehan pap smear untuk mengesan kanser ovari masih lagi berlegar-legar di segenap masyarakat.

Maka, artikel ini akan menerangkan serba sedikit berkenaan dengan prosedur pap smear dan bagaimana ia boleh membantu mendiagnosis kanser ovari.

Ketahui simptom kanser ovari

kanser serviks

Walaupun simptom tidak memberikan gambaran sepenuhnya berkenaan dengan penyakit yang dialami, ia merupakan faktor penting dalam proses penyakit.

Ini disebabkan oleh kecenderungan pesakit untuk berjumpa dengan doktor lebih tinggi jika mereka mengenali simptom yang dialami.

Prosedur pap smear yang sering diuar-uarkan sebagai ujian saringan kanser serviks tidak menggalakkan mereka yang berisiko untuk mendapat kanser ovari.

Namun, apa yang anda perlu tahu adalah terdapat titik persamaan di antara simptom mana-mana kanser yang didiagnosis oleh doktor.

Ia bersifat tidak spesifik dan boleh dialami oleh individu yang didiagnosis dengan masalah kesihatan bukan kanser.

Antaranya adalah:

  1. Sakit pada abdomen berdekatan dengan kawasan pelvik.
  2. Kurang selera makan.
  3. Kerap kencing.
  4. Perut berangin.
  5. Sakit belakang.
  6. Kelesuan.
  7. Hilang berat badan.
  8. Tumbuh jerawat.
  9. Pendarahan faraj.

Oleh sebab itulah ujian saringan seperti prosedur pap smear penting bagi memastikan ketepatan diagnosis.

Tanpanya, pesakit berisiko untuk didiagnosis dengan masalah kanser pada tahap lewat.

Ia berikutan fasa awal kanser seringkali dikaitkan dengan fasa tanpa simptom.

Pun begitu, anda perlu mengetahui serba sedikit berkaitan dengan simptom kanser ovari agar anda boleh memberikan perhatian yang lebih serius terhadap gejala yang dialami.

Prosedur pap smear tidak sesuai digunakan untuk diagnosis kanser ovari

prosedur pap smear

Tidak seperti kanser serviks, risiko bagi kanser ovari sukar untuk ditentukan melalui prosedur pap smear semata-mata.

Pap smear melibatkan pengambilan sampel sel dari kawasan serviks untuk diperiksa di bawah mikroskop.

Perubahan sel pada kawasan tersebut boleh memberikan petanda awal kepada doktor bahawa individu tersebut berisiko untuk mendapat kanser serviks.

Hanya selepas itu, baru doktor akan membuat ujian/prosedur yang lebih spesifik kepada kanser serviks bagi mendapatkan kepastian.

Oleh sebab struktur ovari terletak jauh di dalam sistem reproduktif wanita, ia tidak boleh diakses secara langsung.

Namun, terdapat kes di mana prosedur pap smear berupaya untuk mengesan perubahan sel ovari.

Perkara ini boleh berlaku apabila sel kanser terpisah daripada ovari, bergerak melalui tiub falopio dan rahim serta hinggap di kawasan serviks.

Kebarangkalian untuk perkara itu berlaku tersangatlah rendah.

Oleh yang sedemikian, prosedur pap smear bukanlah ujian saringan yang boleh diharap untuk mengesan kanser ovari.

Anda mungkin berminat:

Apa alternatif kepada pap smear untuk mengesan kanser ovari?

prosedur pap smear

Setakat ini, kita tidak mempunyai prosedur rutin bagi mengesan kanser ovari.

Oleh sebab itulah pemeriksaan pesakit akan dibuat secara menyeluruh dan sistematik bagi mengelaskan risiko untuk mendapat kanser tersebut.

Doktor akan mengambil sejarah perubatan pesakit, membuat pemeriksaan fizikal dan membuat beberapa ujian makmal bagi mendiagnosis kanser ovari.

Antaranya adalah:

  1. Ujian sel darah lengkap.
  2. Paras antigen kanser 125 (CA 125) – parameter ini boleh meningkat sekiranya anda mempunyai kanser ovari.
  3. Ujian bagi mengesan paras HCG – selain kehamilan, peningkatan pada paras hormon ini boleh dikaitkan dengan kanser ovari (kanser sel germinal).
  4. Pemeriksaan paras laktat dehidrogenase – turut meningkat jika anda menghidap kanser sel germinal di ovari.
  5. Paras hormon testosteron, estrogen dan inhibin – boleh meningkat sekiranya anda menghidap kanser sel stroma di ovari.
  6. Pemeriksaan fungsi hati untuk mengesan sama ada kanser sudah merebak ke organ tersebut.
  7. Ujian fungsi buah pinggang.

Konklusi

Seperti yang anda sedia maklum, prosedur pap smear tidak sesuai digunakan untuk mengesan kanser ovari.

Pemeriksaan lebih tertumpu kepada aspek hormon dan fungsi organ berdekatan dengan ovari untuk melihat tahap keterukan kanser tersebut.

Jika anda mengalami sebarang simptom berkait dengan kanser ovari (tidak kira seumum mana), beritahu pada doktor anda.

Mereka akan membuat pemeriksaan bagi memastikan rawatan awal boleh diberi sekiranya anda didiagnosis dengan masalah kanser ovari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pelik, Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

Mestilah warna darah haid merah, kan? Tapi benarkah darah haid hanya berwarna merah? Jaga-jaga, warna berbeza petanda masalah kesihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 22/10/2020 . 3 minit bacaan

Lakukan Ujian Diagnosis Untuk Memeriksa Kanser Serviks, Jangan Takut Untuk Buat Prosedur Ini

Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mendiangnos kanser serviks. Salah satunya ialah dengan melakukan ujian pap smear.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser, Kanser Serviks 21/10/2020 . 4 minit bacaan

Selain Jangkitan HPV, Ini Punca Lain Yang Boleh Menyebabkan Kanser Serviks, Anda Wajib Tahu

Ada banyak punca ataupun penyebab kanser serviks. Sebagai contoh, tabiat merokok, genetik dan gaya hidup merupakan antara punca kanser.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser, Kanser Serviks 21/10/2020 . 5 minit bacaan

Hai Wanita! Buang Rahim BUKAN Punca Berat Badan Turun, Tapi Ada KESAN Lain Pada Tubuh

Ada yang mengatakan kesan buang rahim atau histerektomi akan mengakibatkan penurunan berat badan. Namun adakah ia benar? Ikuti penjelasan ini...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 09/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah menstruasi wanita

Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
pemeriksaan pap smear

Bye Bye Pap Smear, Selepas Ini Wanita Hanya Perlu Jalani Ujian HPV Untuk Kesan Kanser Serviks!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan

Selalu Mengalami Keputihan Berwarna Coklat Sebelum Haid, Ini Petanda Kanser Serviks?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
mitos kanser serviks

Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan