Tidak semua wanita merasai atau mengalami simptom ini. Pesakit perlu berbincang dengan profesional kesihatan jika terdapat kesan atau simptom yang muncul.
Memahami penyakit dihadapi
Fahami tentang penyakit dan rawatan akan membantu anda untuk mengetahui apa yang harus anda jangkakan dan bersedia secara fizikal dan mental untuk rawatan. Anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat tentang jenis penyakit kanser dan rawatan yang diperlukan dari internet. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk anda merujuk profesional dan pakar. Berbincang secara terbuka dan jujur dengan mereka tentang situasi anda, agar mereka dapat memberikan nasihat yang berguna tentang apa yang anda boleh lakukan untuk membantu diri anda dan bersedia mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang masalah yang mungkin berlaku.
Tip untuk mendapatkan maklumat terbaik apabila berjumpa doktor:
- Sediakan senarai soalan
- Bawa seseorang untuk membantu anda mengingati segala maklumat yang diperolehi
Sertai kumpulan sokongan
Sertai kumpulan sokongan adalah peluang terbaik untuk bertemu dan berbincang secara terbuka mengenai kanser dan mendengar pengalaman daripada individu yang pernah melalui situasi yang sama. Perkongsian dan meluahkan apa yang dirasa membantu pesakit untuk kurang merasa tertekan dan menjadi lebih optimistik tentang masa hadapan.
Jika anda tidak gemarkan kumpulan sokongan, tidak mengapa. Terdapat sesetengah wanita yang lebih gemarkan untuk mendapat sokongan satu sama lain daripada individu yang pernah lalui situasi yang sama.
Sukar untuk mengendalikan kanser dari aspek cabaran fizikal dan mental. Anda harus mempersiapkan diri dengan pengetahuan tentang penyakit, simptom dan rawatan agar anda tidak merasa terkejut dan lebih bersedia.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen