home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Simpanan Ovum dan Ujian AMH

Simpanan Ovum dan Ujian AMH

Simpanan atau rizab ovum adalah kumpulan telur yang terdapat di ovari pada suatu masa tertentu. Ia adalah terma yang digunakan untuk menjelaskan potensi kesuburan seseorang wanita berdasarkan bilangan telur dalam ovari.

Simpanan ovum rendah apabila terdapat penurunan fisiologi dalam bilangan telur menyebabkan jumlahnya tidak mencukupi untuk memastikan peluang untuk hamil.

Secara amnya, ia adalah disebabkan penuaan ovari yang mana apabila umur meningkat, bilangan dan kualiti telur dalam ovari semakin berkurang.

Bagaimana telur berkurang?

Setiap wanita dilahirkan dengan sejumlah telur. Namun, bermula daripada akil baligh telur-telur ini akan diovulasi sehingga semuanya selesai. Apabila semua telur berkenaan terovulasi, haid akan berhenti dan keadaan ini dipanggil sebagai monopaus.

Keadaan ini berbeza dengan lelaki yang mana testis boleh menghasilkan jutaan sperma setiap hari tanpa sebarang had umur.

Gambar ihsan klfertility.com

Ujian Hormon Anti-Mullerian

Simpanan ovum dalam kata mudah adalah pengiraan telur yang biasanya diambil daripada AMH, ujian darah dan kiraan folikel antral.

AMH adalah hormon protein yang dihasilkan oleh sel dalam folikel ovari. Tahap AMH dalam darah boleh membantu doktor menganggarkan jumlah folikel di dalam ovari.

Sebaliknya, kaedah folikel antral dilakukan oleh doktor semasa ultrasound. Selepas menggambarkan ovum, doktor boleh mengira folikel yang diaktifkan dan menggunakan jumlah itu untuk menganggarkan simpanan ovum keseluruhan wanita.

Ujian AMH ini mengambil masa kurang daripada 15 minit dan anda boleh mendapat keputusan ujian hormon dalam tempoh 24 jam.

Mengukur simpanan ovum termasuk hormon merangsang folikel (FSH), estradiol (sejenis hormon steroid yang merupakan estrogen semula jadi daripada plasenta dan ovari yang paling poten, yang terdapat pada manusia), dan ujian inhibin pada hari ketiga tempoh haid.

FSH adalah bahan kimia yang membantu folikel ovari menjadi matang dan melepaskan telur. Berbeza dengan AMH, tahap FSH yang tinggi dikaitkan dengan simpanan ovum yang rendah.

Hasil Ujian Simpanan Ovum

  • Yang tidak diketahui

Kepentingan kualiti telur menjelaskan mengapa ujian simpanan ovum semata-mata tidak dapat menganggarkan kemungkinan wanita hamil dalam sebulan.

Walaupun seorang wanita berusia 40 tahun mempunyai banyak telur simpanan ovum tinggi bagi umurnya, jika 75% daripada telur itu tidak normal seperti biasa dia akan mengalami kesukaran untuk hamil.

Sebaliknya, jika seorang wanita berusia 25 tahun mempunyai simpanan ovum yang rendah bagi umurnya menurut hasil ujiannya, dia masih mempunyai peluang yang cukup baik untuk hamil, kerana kemungkinan 75% atau lebih telurnya secara genetik adalah normal.

  • Yang diketahui

Sebaliknya, ujian simpanan ovum mempunyai beberapa kegunaan penting dalam ubat kesuburan. Ujian ini boleh memberitahu seseorang wanita semakin dekat dengan menopaus. Tahap FSH tinggi yang berkekalan dalam darah atau air kencing, bersama-sama dengan kekurangan haid, sering digunakan untuk mengesahkan menopaus, dan tahap AMH sangat terikat pada masa sehingga menopaus. Jadi ujian berkenanan boleh memberitahu sama ada anda berisiko menopaus awal atau sebaliknya.

Ujian AMH dan kiraan folikel antral juga boleh menunjukkan isu pembiakan yang berpotensi lain, seperti sindrom ovarium polikistik (PCOS), yang dicirikan sebagai suatu keadaan di mana ovari wanita menghasilkan banyak folikel tetapi sebenarnya tidak melepaskan telur, biasanya dikaitkan dengan AMH yang luar biasa dan tanda-tanda tertentu pada ultrasound.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

SIMPANAN OVARI http://www.klfertility.com/my/ujian-ujian-kesuburan-mengapa-saya-tidak-boleh-hamil/simpanan-ovari/ Accessed on July 30, 2018.

What can ovarian reserve testing really tell us? https://extendfertility.com/blog/ovarian-reserve-fertility-tests-debunked Accessed on July 30, 2018.

Low Ovarian Reserve http://www.cardonerepromed.com/low-ovarian-reserve Accessed on July 30, 2018.

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada 30/07/2018
x