Apa Itu Masalah Subkesuburan? Jom Kenali Apa 6 Punca Utama Ia Terjadi!

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 23/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tidak tahu mengenai masalah kesuburan wanita iaitu subkesuburan? Artikel ini adalah sangat tepat buat anda!

Pada tahun 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mendedahkan satu statistik yang menunjukkan kadar kehamilan negara kita telah jatuh mendadak ke tahap yang terendah dalam sejarah.

Ketika itu, nisbah kadar kehamilan buat wanita yang berusia 15 hingga 49 tahun hanya 1.9 bayi.

Lebih membimbangkan, purata umur ibu yang melahirkan bayi pertama adalah pada usia 27.7 tahun.

Statistik ini menunjukkan bahawa isu masalah kesuburan wanita terutamanya subkesuburan tidak lagi boleh dipandang remeh dan perlu ditangani dengan kadar segera.

Faktor risiko subkesuburan

Sebenarnya, terdapat beberapa faktor risiko yang akan meningkatkan risiko anda mengalami subkesuburan.

Kebanyakan faktor risiko ini pula adalah sama untuk lelaki dan juga wanita, termasuklah:

Kebanyakan punca berlakunya subkesuburan pula juga adalah sama seperti ketidaksuburan.

Kesukaran untuk hamil boleh jadi disebabkan masalah pada lelaki atau wanita atau kedua-duanya sekali.

rawatan kesuburan untuk mengandung

Berikut merupakan faktor subkesuburan berlaku kepada individu:

#1. Masalah ovulasi wanita

Sama seperti masalah ketidaksuburan, ia juga kebiasaannya disebabkan oleh masalah ovulasi.

Tanpa proses ovulasi berfungsi dengan baik di dalam sistem reproduktif wanita, telur tidak boleh dilepaskan untuk disenyawakan.

Terdapat beberapa kondisi yang boleh menghalang proses ovulasi, termasuklah:

  • Polycystic ovary syndrome (PCOS): Kondisi ini menyebabkan proses ovulasi terhalang atau menyebabkan kitaran ovulasi terganggu.
  • Diminished ovarian reserve (DOR): Kondisi ini menyebabkan kiraan telur wanita berkurang disebabkan oleh penuaan atau pelbagai sebab yang lain seperti pengambilan ubatan atau pernah menjalankan pembedahan ovari.
  • Premature ovarian insufficiency (POI): Kondisi ini juga dikenali sebagai menopaus pramatang yang akan menyebabkan ovari gagal untuk berfungsi akibat kondisi perubatan atau rawatan seperti kimoterapi.
  • Hypothlamus dan kondisi kelenjar pituitari: Kondisi ini akan memberi kesan terhadap kebolehan tubuh badan menghasilkan hormon untuk mengekalkan fungsi ovai yang normal.

#2. Masalah rahim wanita

Rahim adalah tempat di mana bayi anda membesar. Ketidaknormalan atau kecacatan padanya sudah pasti akan mengganggu keupayaan anda untuk hamil. Ini termasuklah kondisi rahim kongenital, yang selalunya berlaku sejak lahir lagi, atau mungkin boleh berlaku seiring dengan perjalanan usia anda. 

Antara kondisi rahim yang bermasalah termasuklah:

  • Septate uterus: Kondisi ini berlaku apabila tisu rahim terbahagi kepada dua bahagian.
  • Bicornuate uterus: Kondisi ini berlaku apabila rahim mempunyai dua kaviti -memberi bentuk seakan jantung, berbanding satu sahaja seperti yang sepatutnya.
  • Double uterus: Kondisi ini berlaku apabila rahim mempunyai dua kaviti yang kecil dan kedua-duanya mempunyai bukaan masing-masing.
  • Fibroid: Kondisi ini berlaku apabila rahim mempunyai ketumbuhan di dalam atau di atasnya.

#3. Masalah tiub fallopio wanita

Tiub fallopio yang tersekat akan menghalang sperma daripada memasuki telur. Ia boleh disebabkan oleh kondisi seperti:

  • Endometriosis
  • Pelvic inflammatory disease (PID)
  • Tisu mengalami parut akibat pembedahan yang pernah dilakukan, contohnya pembedahan untuk kehamilan ektopik
  • Pernah mengalami gonorrhea atau chlamydia

masalah kesuburan

#4. Masalah penghasilan sperma lelaki

Penghasilan sperma yang tidak normal boleh menyebabkan subkesuburan. Ini boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca, termasuklah:

  • Gonorrhea
  • Chlamydia
  • HIV
  • Diabetes
  • Beguk
  • Kanser dan rawatannya
  • Pembesaran salur darah pada testis, yang dikenali sebagai varicocele
  • Kecacatan genetik, seperti sindrom Klinefelter

#5. Masalah pergerakan sperma lelaki

Pergerakan sperma yang tidak normal juga boleh menyebabkan subkesuburan. Ini boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca, seperti:

  • Kondisi genetik, seperti cystic fibrosis
  • Ejakulasi pramatang
  • Kecederaan atau kerosakan pada testis
  • Berlaku sekatan pada testis

#6. Masalah berkaitan sistem imunisasi tubuh badan

Dalam beberapa kes yang sangat jarang berlaku, ada wanita yang tubuh badannya akan mencipta antibodi yang menyerang embrio lalu menyebabkan keguguran.

Ini juga merupakan salah satu daripada punca subkesuburan.

Anda sebenarnya tidak perlu menunggu terlalu lama jika anda dan pasangan sudah mencuba sekian lama tetapi masih belum berjaya untuk hamil.

Sebaiknya, ujian kesuburan perlu dilakukan dengan kadar segera terutamanya jika anda sudah mencecah usia 35 tahun ke atas. 

Ini bagi membolehkan doktor dan anda sendiri mengetahui punca sebenar anda dan pasangan masih belum berjaya bergelar ibu atau bapa.

Ia mungkin boleh jadi masalah kesuburan wanita sama ada subkesuburan atau ketidaksuburan.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesuburan, jangan pula terus berputus asa.

Ini kerana dengan bantuan teknologi perubatan kini, anda masih boleh hamil walaupun bukan secara alami.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

DARI PAKAR Dr Helena Lim Yun Hsuen

Apa Itu Masalah Subkesuburan? Jom Kenali Apa 6 Punca Utama Ia Terjadi!

Masalah kesuburan wanita sebenarnya mungkin disebabkan oleh subkesuburan. Jom ikuti artikel ini untuk tahu 6 punca ia terjadi kepada anda!

Ditulis oleh Dr Helena Lim Yun Hsuen
masalah kesuburan wanita

Sejauh Manakah Keberkesanan Kaedah Bayi Tabung Uji?

Antara kaedah merawat ketidaksuburan wanita adalah kaedah bayi tabung uji. Pun begitu, ia mungkin tidak berjaya. Ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut.

Ditulis oleh Dr Helena Lim Yun Hsuen
bayi tabung uji

Lelaki Zaman Sekarang Kurang Subur Berbanding Wanita, Anda Setuju Tak?

Kini, lelaki sebenarnya adalah lebih tidak subur berbanding wanita. Apakah yang menyebabkannya? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Ditulis oleh Dr Helena Lim Yun Hsuen

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Husband Perokok Jangan Pelik Kalau Isteri Masih Tak ‘Lekat’ Lagi, Anda Mungkin Penyebabnya!

Dikatakan seorang wanita perokok pasif - dikelilingi pasangan, keluarga atau rakan sekerja yang merokok - boleh menjadi punca sukar hamil, adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 25/08/2020 . 3 minit bacaan

Senaman Adalah KUNCI Sperma Berkualiti & Berkuantiti! Berapa Kerap Lelaki Perlu Buat Ya?

Semua lelaki mengimpikan sperma berkualiti dan berkuantiti bukan? Kunci utamanya adalah semudah melakukan senaman! Jom klik untuk baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 19/08/2020 . 3 minit bacaan

Ada Sejenis Bahan Kimia DALAM MAKANAN Punca TIDAK SUBUR? Nak Zuriat, Anda Patut Ambil Tahu!

Bahan kimia yang dimaksudkan adalah Phthalate. Mesti di antara anda yang tidak pernah mendengarnya. Tetapi benarkah ia faktor berlakunya masalah kesuburan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 14/08/2020 . 3 minit bacaan

Nak Tahu Sperma SUBUR Atau TIDAK? Lakukan Kiraan Air Mani, Ini 7 Sebab Kaum Adam Kena Buat!

Kesukaran untuk mendapat anak ada kalanya berpunca daripada sperma lelaki yang tidak subur. Disebabkan itu pentingnya untuk menjalani ujian air mani.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah kesuburan wanita

Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
tiub fallopio

Tiub Fallopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan Hanya Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
ubat untuk masalah kesuburan

Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
testis lelaki

Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan