Encik Suami, Klitoris Dan G-Spot Itu TAK Sama Ya! Ini Perbezaan Rangsangannya Pada Isteri

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/05/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Apakah itu klitoris?

Klitoris (kelentit) berada puncak vulva di atas uretra dan bukaan faraj. Klitoris adalah sensitif terhadap sentuhan. Ia boleh memberikan keseronokan yang hebat kepada wanita jika dirangsang. Orgasme klitoris adalah perkara yang benar walaupun bersama atau tanpa penetrasi faraj.

Apakah itu G-Spot

Saintis Beverly Whipple percaya bahawa G-spot tidak harus diajar sebagai satu entiti anatomi.

Beliau mencadangkan bahawa G-spot adalah sesuatu yang boleh dirasai melalui dinding hadapan faraj, tetapi tidak semestinya berada di dinding faraj.

Secara mudahnya, G-spot bukanlah perkara yang fizikal tetapi lebih rumit daripada itu.

Kajian telah membuktikan bahawa keseronokan tersebut yang dirasai semasa rangsangan kawasan yang dikatakan G-spot sebenarnya melibatkan dinding hadapan faraj, kelenjar Skene (prostat wanita) dan kawasan klitoris.

Setiap wanita adalah berbeza

Tanpa mengira anatomi yang mungkin serupa, setiap wanita mempunyai struktur dalaman yang berbeza. Jika anda tidak pernah mengalami orgasme faraj, badan anda berkemungkinan distruktur dalam bentuk yang khusus.

Klitoris dan G-spot anda mungkin tidak dijadikan untuk sensitif terhadap rangsangan seperti orang lain. Tahap sensitiviti anda bergantung kepada bagaimana kawasan klitoris, uretra dan faraj anda distruktur.

Wanita dengan kawasan tersebut yang luas adlaah lebih berkemungkinan mempunyai orgasme faraj berbanding orang lain.

Saintis menjelaskan bahawa kawasan yang lebih luas bermakna lebih banyak saluran darah, otot dan kelenjar yang meningkatkan sensitivitinya.

Ramai wanita memerlukan rangsangan lebih untuk mencapai orgasme. Walau bagaimanapun, hanya kerana mereka mempunyai struktur yang berbeza, tidak bermakna badan mereka bermasalah.

Mereka juga tidak mempunyai disfungsi seksual.

Memandangkan setiap setiap orang adalah berbeza, anda harus berbincang dengan pasangan tentang apa yang membuatkan anda selesa (lokasi, jumlah tekanan, dsb.). Komunikasi ialah kunci kepada kejayaan hubungan intim.

Selain itu, orgasme jarang berlaku dengan sendiri. Anda harus mencarinya. Belajar cara badan anda berfungsi, apa yang membuatkan anda terangsang, dan bagaimana untuk mencapainya.

Kebanyakan orang cenderung untuk memfokuskan pada orgasme sedangkan fokus harus diberikan kepada keghairahan dan keseronokan.

Mana satu lebih menyeronokkan: Orgasme faraj atau klitoris?

Tidak ada bukti, sekurang-kurangnya bukti saintifik, untuk membuktikan bahawa orgasme faraj lebih menyeronokkan.

Malah, banyak wanita yang melaporkan keseronokan yang kuat dari rangsangan klitoris berbanding jenis rangsangan yang lain. Orgasme faraj adalah hanya sejenis orgasme yang lain, bukannya jenis yang lebih baik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Bengkak kaki adalah antara perkara normal dilalui ibu hamil. Begitu juga dengan masalah urat simpul. Pastinya ia punca rasa perit bagi wanita mengandung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Cara Untuk Lambatkan Penuaan, Cubalah Jus Mengkudu, Tinggi Kandungan Antioksidan!

    Tahukah anda, jus mengkudu boleh membantu mengurangkan penuaan akibat daripada radikal bebas. Khasiat mengkudu yang tinggi antioksidan ini jadi penawarnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

    Pernahkah anda menghadapi masalah penglihatan seperti buta sebelah mata semasa diserang migrain? Ini mungkin tanda anda menghidap migrain okular!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Salah satu daripada punca gemuk adalah disebabkan oleh makan dengan gelojoh. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk elak jadi gemuk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minum kopi

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan tidur menghantar mesej

    Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    air besar

    Ini Sebab Mengapa Lelaki ‘LEPAK’ Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan