backup og meta

Jenis Makanan @ Minuman Juga Boleh Bawa Masalah Alahan Bermusim?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/07/2021

    Jenis Makanan @ Minuman Juga Boleh Bawa Masalah Alahan Bermusim?

    Jika anda terbangun pada satu hari dan anda bersin dan batuk tanpa henti, sementara hidung anda rasa gatal dan mata anda merah dan berair, anda berkemungkinan tinggi tergolong di kalangan orang yang mengalami alahan bermusim.

    Kebimbangan kesihatan seperti ini adalah perkara biasa di kalangan penduduk. Menyedari anda akan mengalami alahan ini, anda perlu memberi perhatian kepada makanan anda kerana apa yang anda makan boleh mempengaruhi masalah kesihatan ini.

    Apa itu alahan bermusim?

    Alahan bermusim biasanya dipanggil demam jerami atau resdung bermusim. Ia adalah gejala alahan yang berlaku pada beberapa waktu tertentu dalam setahun.

    Ini mungkin disebabkan kulapuk luaran pada masa itu melepaskan spora dan pokok-pokok lain, rumput dan rumpai melepaskan debunga ke udara.

    Sistem imun orang yang alah kepada partikel-partikel tersebut mula merawat penyerang dengan merembeskan bahan kimia. Bahan kimia tersebutlah yang menyebabkan gejala alahan.

    Terdapat pelbagai simptom-simptom, termasuklah:

    Gejala-gejala tersebut kadangkala berlaku bersama dengan simptom mata merah, gatal dan berair yang dipanggil konjunktivitis alahan.

    Makanan manakah yang boleh bawa alahan bermusim?

    alahan bermusim

    Terdapat banyak jenis makanan yang boleh memburukkan lagi alahan ini. Orang yang mengalami masalah kesihatan ini perlu mengelak daripada memakan makanan tersebut.

    Parsli

    Parsley dianggap sebagai petindak balas silang. Ia boleh membuat alahan ini lebih teruk jika orang yang makan parsli alah kepada debunga pokok.

    Tomato

    Apabila seseorang mengalami alahan ini, tubuh mereka menghasilkan histamin untuk bertindak balas terhadap penyerang.

    Tomato merupakan makanan yang kaya dengan histamin dan tomato juga merupakan satu petindak balas silang seperti pasli.

    Oleh itu tomato bukan pilihan yang baik bagi orang yang mengalami alahan bermusim.

    Keju biru

    Keju biru juga tinggi dalam histamin. Ia boleh menggalakkan gatal, berair, mata merah, hampir setiap gejala alahan jenis ini.

    Kacang badam

    Badam dan kacang-kacang lain boleh memburukkan alahan di kalangan mereka yang alah kepada debunga pokok.

    Produk-produk dari badam seperti susu badam atau biskut-tepung-badam mempunyai kesan yang sama.

    Oleh itu, adalah lebih baik sesiapa yang mempunyai alahan bermusim mengelakkan makan makanan ini.

    Wain penyebab alahan

    alahan bermusim

    Wain dibuat daripada anggur yang diproses yang kaya dengan histamin. Selain itu, wain boleh mencetuskan asma yang merupakan masalah kesihatan yang serius.

    Oleh itu, penghidap alahan bermusim mesti menjauhi wain jika bagi mengelakkan keadaan mereka menjadi lebih teruk.

    Pisang

    Alahan ragweed akan menjadi lebih serius jika pesakit mengambil pisang.

    Saderi

    Simptom alahan debunga pokok dan rumpai akan menyebabkan alahan akan menjadi lebih buruk jika pesakit makan saderi.

    Teh kamomil juga bawa alahan

    Teh panas boleh mengurangkan gejala batuk. Walau bagaimanapun, jika seseorang mempunyai alahan kepada ragweed, mereka harus mengelakkan teh chamomile.

    Apabila mengalami alahan bermusim, pesakit perlu memberi perhatian lebih kepada faktor penyebab, cuaca dan juga diet mereka.

    Sesetengah makanan boleh menyebabkan alahan manakala yang lain mungkin memburukkan keadaan. Berwaspada sepanjang masa untuk kekal sihat

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan