Elak Makanan Ini untuk Hindari Mulut Berbau Semasa Puasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Masalah mulut berbau semasa puasa adalah perkara normal kerana tiada pengambilan makanan dan minuman yang menyebabkan mulut menjadi kering. Apabila mulut kering, sel-sel mati dan bakteria akan berkumpul di lidah, gusi dan bahagian dalam pipi. Sel-sel itu kemudiannya membusuk dan mengeluarkan bau mulut yang tidak menyenangkan.

Bagaimana anda boleh menghindari mulut berbau semasa puasa? Sila baca artikel ini.

1. Elakkan bawang

Bawang adalah rempah yang digunakan untuk menambah rasa bagi masakan. Di samping itu, bawang juga mempunyai banyak manfaat kesihatan. Walau bagaimanapun, di sebalik manfaat, bawang sangat terkenal dengan bau yang menyengat. Jadi, tidak hairanlah jika selepas makan bawang, mulut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, walaupun anda telah menggosok gigi dan menggunakan cuci mulut.

2. Elakkan keju

Keju sentiasa menarik perhatian orang ramai tanpa mengira waktu, apatah lagi semasa berpuasa kerana kebanyakan juadah berbuka kini diinovasikan dengan keju. Namun, makanan mengandungi keju perlu dielakkan bagi mengelakkan mulut berbau. Sekiranya anda masih ingin memakan makanan makanan berkeju, anda perlu mengisap potongan lemon selepas makan. Ini kerana lemon berfungsi membunuh bakteria dalam mulut.

3. Elakkan ikan

Seperti diketahui umum, ikan adalah salah satu makanan yang mengandungi sumber protein tinggi dan sudah pasti ia sangat baik untuk tubuh. Walau bagaimanapun, bau hanyir boleh menyebabkan nafas berbau semasa berpuasa. Oleh itu, elakkan memakan ikan semasa bersahur. Sekiranya anda ingin menikmati ikan, anda boleh mengatasinya dengan menggosok gigi atau berkumur selepas makan ikan.

4. Elakkan kopi

Minuman berkafein khususnya kopi menjadi kegemaran kebanyakan orang kerana ia terkenal dengan minuman yang mampu meningkatkan semangat semasa dan menghilangkan rasa mengantuk. Namun, jika pengambilan kopi berlebihan akan mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan dan pengambilannya semasa bersahur boleh menyebabkan mulut berbau. Ini kerana paras keasidan yang bersatu dengan air liur dalam mulut akan menyebabkan mulut berbau.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Euww Busuknya Bau Mulut! Jom Cuba Tip Mengubah Nafas Berbau Anda Dengan 5 Cara Ini

    Nafas berbau adalah masalah yang mengganggu yang dapat menjejaskan keyakinan seseorang. Ikuti cara terbaik untuk hilangkan bau nafas.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 04/04/2019 . 2 minit bacaan

    Cegah Nafas Berbau Kopi!

    Kopi adalah salah satu minuman yang paling popular bagi kebanyakan orang. Ia membuatkan kita terjaga dan memberi rangsangan tenaga yang diperlukan pada hari berkenaan. Tetapi adakah anda perasan nafas anda berbau ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 28/09/2018 . 2 minit bacaan

    3 Minuman yang Menyebabkan Nafas Berbau

    Sekiranya anda berbualĀ  dengan rakan anda dan mendapati bahawa mereka sedang menjauhkan diri, ia mungkin menandakan sesuatu yang agak memalukan. Bau mulut anda. Semua orang tahu bahawa makanan tertentu seperti ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 31/05/2018 . 2 minit bacaan

    Bagaimana Merawat Nafas Berbau?

    Nafas kita biasanya tidak segar apabila kita bangun, kerana bakteria berkembang biak di dalam mulut ketika kita sedang tidur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Maggie Quek
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 18/05/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    asid refluks

    Pedih Ulu Hati, Rawat Dengan BAKING SODA? Hati-hati, Ada KESAN Sampingan, Jangan Main Cuba Saja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    anak muntah selepas makan

    Normal Ke Anak Selalu Muntah Selepas Makan, Boleh Ganggu Tumbesaran Si Kecil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan
    cara hilangkan bau mulut

    Jangan Risau! Mulut Takkan Lagi Berbau Semasa Berpuasa Jika Lakukan 5 Tip Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/04/2020 . 3 minit bacaan
    makan bawang

    Oppss! Badan Berbau Sebab Banyak Makan Bawang? Ini Yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 30/12/2019 . 4 minit bacaan