Terapi EMDR: Pergerakan Mata untuk Merawat Trauma

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Terdapat pelbagai terapi psikologi unik yang mungkin jarang anda dengari. Ada yang melibatkan tarian, drama mahupun pergerakan mata seperti EMDR. EMDR atau Eye Movement Desensitization and Reprocessing ialah psikoterapi yang agak baru.

EMDR tidak bergantung kepada terapi percakapan atau ubat sebaliknya menggunakan pergerakan mata yang melegakan tindak balas emosi apabila mengingati kejadian traumatik lalu.

EMDR semakin popular, terutamanya untuk merawat gangguan tekanan post-traumatik (PTSD). PTSD sering berlaku selepas pengalaman traumatik seperti peperangan, pemerkosaan, atau kemalangan kereta.

Trauma dan kesan fizikal

Amigdala dalam otak manusia mencetuskan tindak balas lawan-atau-lari apabila berhadapan dengan pertistiwa buruk, ini termasuklah dengan menghasilkan hormon stres (stress hormone) yang akan berhenti apabila tiada lagi ancaman. Sebaliknya, dalam peristiwa yang terlalu traumatik, anda mungkin akan terperangkap dalam perasaan terancam terutamanya apabila terdapat ransangan yang mengingatkan anda tentang memori tersebut lantas mencetuskan tindak balsa hormon stres yang berterusan.

Dalam jangka panjang, mangsa trauma mungkin menggunakan pelbagai cara untuk menghilangkan kesakitan diri. Ini termasuklah makanan, senaman, kerja – atau lebih teruk, dadah dan alkohol.

EMDR sebagai rawatan trauma

Terapi EMDR bukanlah rawatan satu sesi. Ia menggunakan pendekatan lapan fasa psikoterapi dan memerlukan pesakit untuk mengingat kenangan yang menyakitkan sementara ahli terapi membimbingnya melalui satu siri pergerakan mata.

Setiap set pergerakan mata berlangsung sekitar 30 saat, dan direka untuk meniru mekanisme yang berlaku semasa tidur nyenyak; Rapid Eye Movement (REM).

terapi EMDR

Kajian telah menunjukkan bahawa pergerakan mata membantu mengalihkan perhatian otak daripada kesan memori traumatik. Gabungan memori pesakit dan dan pergerakan mata membantu otak memproses kenangan yang traumatik.

Ini menjadikan trauma bukan lagi  “memori yang terperangkap” dan pesakit dapat melepaskannya. EMDR mempunyai kadar kejayaan yang tinggi jika pesakit menghabiskan semua sesi rawatan. Sesetengah pesakit dapat memproses satu peristiwa traumatik dalam sekurang-kurangnya tiga sesi, manakala pesakit lain memerlukan 12 atau lebih sesi untuk memproses peristiwa trauma sepenuhnya. Setiap pesakit adalah berbeza, dan anda harus mematuhi cadangan ahli terapi anda untuk hasil terbaik.

Kajian sains terhadap EMDR

Walaupun terapi EMDR biasa digunakan sesetengah ahli psikiatri dan terbukti berkesan, kaedah ini masih dianggap kontroversi bagi yang lain kerana mekanisme keberkesanannya yang tidak diketahui. Pun begitu, kajian baharu menunjukkan mekanisme  EMDR mengubah tindak balas emosi daripada  memori trauma.

Dalam kajian yang diterbitkan JNeurosci didapati bahawa pergerakan mata daripada sisi ke sisi boleh menyahaktifkan amigdala, bahagian otak yang penting untuk belajar tentang ketakutan. Kajian kedua pula menunjukkan bahawa kaedah menyahaktifkan amigdala ini membantu otak mengasingkan kaitan antara ransangan dan tindak balas ketakutan. Aktiviti amigdala yang berkurang dalam terapi EMDR ini dipercayai disebabkan telah disibukkan dengan pergerakan mata daripada sisi ke sisi.

Dalam kata lain, anda tidak lagi melihat ransangan atau memori tersebut sebagai menakutkan. Bagi mangsa kemalangan contohnya, mereka mungkin berasa lega masih hidup dan bukan lagi tertumpu kepada ingatan nasib buruk kerana mengalami kemalangan.

Jika anda menghadapi masalah PTSD atau masalah berkaitan trauma yang lain, anda boleh mencuba terapi EMDR dengan ahli terapi berlesen.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Baru Saja Jalani Pembedahan Mata? Ini 11 Perkara WAJIB Elak Kalau Tak Nak Kena Jangkitan

    Setiap pembedahan mempunyai pantang larang yang tersendiri, begitu juga pembedahan mata yang mempunyai perkara yang boleh atau perlu dielak selepas operasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 27/08/2020 . 3 minit bacaan

    Pernah Tak Terfikir Kenapa Mata Jadi Merah Dan Bengkak Selepas Menangis? Ini Sebabnya!

    Hidung, mata merah dan bengkak adalah ‘rupa’ yang dialami oleh mereka yang menangis. Wajah normal ini dialami oleh semua individu yang kesedihan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Warga Tua Semakin Sakit? Ambil Tahu, Mungkin Mereka Didera Secara Fizikal!

    Isu penderaan warga tua bukan perkara yang boleh dipandang enteng. Kesan penderaan bukan hanya melibatkan fizikal tetapi juga psikologi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Jika Tidak Dirawat, Katarak Boleh Menyebabkan Buta! Buat 6 Langkah Ini Untuk Elak

    Penyakit katarak pada mata adalah berbahaya dan boleh menyebabkan buta jika tidak dirawat. Jadi, sila buat 6 langkah ini untuk elak ia berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ujian mata

    Si Kecil Mengadu Penglihatan Tak Jelas? Jom Buat Ujian Mata Di Rumah Dengan Cara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab kebutaan secara tiba-tiba

    Mata Tiba-tiba Tak Boleh Nampak? Jangan Panik! Ambil Tahu Punca Keadaan Ini Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    punca ketumbit

    Orang Kata Mata Tumbuh Ketumbit Sebab Mengintai, Tapi Kajian Pula Buktikan Puncanya Stres?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
    mata bengkak

    Mata Bengkak Selepas Bangun Tidur? Mungkin Kerana Alahan Atau Boleh Jadi Juga Sebab 9 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan