Telefon Pintar Sebabkan Peningkatan Isu Kesihatan Mental Remaja

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Individu yang dilahirkan selepas tahun 1995 lebih mudah untuk mempunyai masalah kesihatan mental remaja berbanding mereka yang dilahirkan pada tahun-tahun sebelumnya.

Ini adalah analisis berdasarkan kajian bertajuk “Increases in Depressive Symptoms, Suicide-Related Outcomes, and Suicide Rates Among U.S. Adolescents After 2010 and Links to Increased New Media Screen Time” yang diterbitkan dalam jurnal Clinical Psychological Science pada November 2017.

Kajian tersebut mendapati bahawa terdapat peningkatan isu kemurungan, percubaan membunuh diri dan membunuh diri dalam kalangan remaja daripada kesemua aspek latar belakang, bangsa, status ekonomi keluarga dan wilayah di Amerika Syarikat.

Mereka mengkaji mengapa terdapat peningkatan kes-kes berikut dalam tempoh masa yang singkat dan kesemua kes tersebut berkait rapat dengan satu kehadiran perubahan besar yang mengubah kehidupan remaja: kemunculan telefon pintar.

Telefon pintar dan hubungannya dengan kesihatan mental remaja

kesihatan mental remaja

Pada tahun 2010 sehingga 2015, tempoh tersebut merupakan tempoh yang mana keadaan pertumbuhan ekonomi berada pada keadaan yang mantap di Amerika Syarikat. Ketidaksamaan pendapatan masih lagi adalah satu isu, tetapi ianya bukanlah muncul secara tiba-tiba pada awal tahun 2010.

Jurang diantara orang kaya dan miskin semakin meluas selama beberapa dekad dan kajian turut mendapati bahawa masa yang dihabiskan oleh remaja untuk membuat tugasan sekolah adalah sedikit, jadi tekanan yang bersifat akademik bukanlah penyebab kepada peningkatan kes-kes berikut.

Walaubagaimanapun, berdasarkan Pew Research Center, pemilikan telefon pintar melepasi ambang 50 peratus pada akhir tahun 2012 – tempoh ketika mana tahap kemurungan remaja dan bunuh diri mula meningkat dan menjelang tahun 2015, hampir 73 peratus remaja mempunyai akses kepada telefon pintar.

Penggunaan telefon pintar tanpa had

Telefon pintar bukanlah satu faktor utama peningkatan kes kemurungan, tetapi masa yang dihabiskan atas talian turut dikaitkan dengan isu kesihatan mental remaja berdasarkan dua set data yang berbeza. Remaja yang menghabiskan masanya sekitar lima jam atau lebih atas talian dalam sehari mempunyai 71% potensi untuk sekurang-kurangnya memiliki satu faktor risiko bunuh diri berbanding remaja yang hanya menghabiskan satu jam sehari menggunakan aplikasi atas talian.

Secara umumnya, faktor risiko bunuh diri akan meningkat secara signifikan sekiranya menghabiskan masa sebanyak dua jam keatas menggunakan aplikasi atas talian (faktor risiko termasuklah kemurungan, memikirkan untuk bunuh diri, membuat pelan membunuh diri, dan cubaan membunuh diri).

Kurangnya interaksi sosial

kesihatan mental remaja

Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Remaja pada ketika ini menghabiskan kurang daripada masa mereka untuk berinteraksi bersama rakan mereka secara in person. Berinteraksi sesama manusia secara fizikal adalah salah satu kebahagiaan paling dalam bagi seseorang individu, dan tanpa interaksi secara fizikal, mood kita sebagai manusia akan mula menderita dan murung dengan kerap.

Berasa terasing secara sosial juga adalah salah satu daripada faktor risiko utama bagi bunuh diri dan ini berdasarkan kajian yang bertajuk “The Interpersonal-Psychological Theory of Suicidal Behavior: Current Empirical Status” yang diterbitkan pada tahun 2009 dalam jurnal Psychological Science Agenda.

Kajian turut mendapati bahawa remaja yang lebih banyak menghabiskan masa menggunakan aplikasi atas talian melebihi purata masa yang sepatutnya dan kurang masa bersama rakan-rakan lebih mudah untuk berasa murung.

Kurang waktu tidur berkualiti

Selain daripada itu, remaja turut mempunyai kurang waktu tidur yang berkualiti akibat daripada penggunaan telefon pintar secara berlebihan.

Waktu tidur berkualiti yang berkurangan adalah faktor risiko utama kemurungan (berdasarkan kajian “Sleep Debt and Depression in Female College Students”, 2010, Psychiatry Research), jadi sekiranya telefon pintar penyebab kepada kekurangan waktu tidur, faktor telefon pintar itu sahaja sudah cukup untuk menerangkan mengapa peningkatan kes kemurungan dan bunuh diri meningkat secara mendadak.

Kemurungan dan bunuh diri mempunyai pelbagai faktor penyebab dan ia boleh terjadi disebabkan kecenderungan genetik, persekitaran keluarga, kejadian buli dan trauma. Tetapi bagi remaja yang mudah terdedah yang tidak sepatutnya mempunyai sebarang masalah yang berkaitan isu kesihatan mental remaja, mereka boleh terjerumus kearah masalah kemurungan disebabkan oleh faktor penggunaan telefon pintar dalam jangka masa yang lama.

Selain itu, mereka yang terjejas ini juga tidak mempunyai interaksi sosial secara fizikal dengan individu lain, ketidakcukupan waktu tidur atau gabungan kesemua faktor tersebut.

Intipati yang dapat anda ambil daripada isu kesihatan remaja

kesihatan mental remaja

Walaupun kajian tersebut berdasarkan geografi dan demografi di Amerika Syarikat, kita sebagai masyarakat berbudaya timur di Negara Malaysia juga patut bersedia dengan perkembangan ini memandangkan ledakan penggunaan teknologi semakin berkembang pantas tanpa kita sedari.

Perkembangan ini turut meninggalkan kesan yang kurang sesuai terutama kepada golongan remaja yang masih mentah terhadap sebarang penggunaan teknologi tanpa batasan. Pantau penggunaan telefon pintar anak-anak anda dan sekiranya boleh, hadkan penggunaan kepada fungsi yang sepatutnya sahaja.  

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Gila Seks Bukan Gelaran Tetapi Penyakit! Ini 5 Kriteria Jika Anda Salah Seorang Daripadanya

    Mempunyai nafsu syahwat adalah normal namun bagaimana jika ia menguasai diri dengan teruk? Ini 5 kriteria orang yang gila seks. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/07/2020 . 3 minit bacaan

    Orang Muda Lagi Aktif Berjimak Bersama Pasangan? Anda Silap! Ini Kajian Yang Kata!

    Menurut kajian terkini, didapati bahawa golongan belia sudah kurang buat seks. Jom ikuti artikel ini untuk tahu apa itu jimak dan kenapa ia berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/07/2020 . 3 minit bacaan

    Sakitnya Rasa Putus Cinta, Apa Kesan Patah Hati Pada Kesihatan Diri?

    Hidup ini umpama roda, kadang kita dilambung dengan kebahagiaan dan kadang kita dilanda kesedihan seperti momen kita mengalami patah hati.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 06/07/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Main Terjah Saja Kalau Nak Bersama Si Dia, Ini Sebabnya- Ada Kaitan Dengan Mental!

    Mengapa hubungan seksual yang diinginkan perlu mendapatkan persetujuan bersama pasangan anda? Apakah kesan aktiviti seks paksa jika ia diteruskan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kemurungan kanak-kanak

    Kanak-kanak Gemuk Lebih Mudah Alami Depresi? Ini 7 Tanda Kemurungan Pada Si Kecil Obes

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan
    vitamin untuk anak

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu depresi

    Selamatkan Kehidupan Seks Anda & Pasangan Meski Diserang Depresi, Ini 4 Caranya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/07/2020 . 3 minit bacaan
    ibu mengandung

    Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan