Menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NMHS) 2017, terdapat peningkatan pada peratusan individu yang berusia di antara 13 hingga 17 tahun daripada perspektif tingkah laku bunuh diri. Anda perlu tahu bahawa tingkah laku bunuh diri ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:
- Idea ingin bunuh diri: Hanya timbul idea untuk membunuh diri
- Mempunyai perancangan untuk bunuh diri: Mempunyai idea dan perancangan berkenaan dengan kaedah untuk membunuh diri
- Cubaan bunuh diri: Melaksanakan perancangan bunuh diri. Ia boleh berjaya atau gagal
Menurut NMHS 2017, prevalen individu yang mempunyai idea untuk bunuh diri meningkat daripada 7.9% (2012) kepada 10%. Prevalen bagi mereka yang merancang pula meningkat daripada 6.4% (2012) kepada 7.3%. Bagaimana pula dengan cubaan untuk membunuh diri?
Peratusan prevalen bagi mereka yang cuba untuk membunuh diri meningkat sebanyak 0.1% (6.9%) daripada nilai peratusan NMHS 2012. Dalam kalangan 10 hingga 40 cubaan membunuh diri, 1 kes berjaya. Bunuh diri merupakan antara 10 punca utama kematian di dunia.
Bukan semua orang yang membunuh diri mempunyai masalah kemurungan. Ada yang mengalami diagnosis penyakit mental yang lain. Namun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kemurungan merupakan punca utama kepada terjadinya permasalahan ini.
Bukan di Malaysia sahaja, penyakit mental kian teruk
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen