Pengganggu Tumpuan Fikiran yang Perlu Anda Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Semua orang memerlukan tumpuan untuk menyelesaikan semua tugas yang sedang mereka kerjakan. Tetapi, ada kalanya kita hilang tumpuan disebabkan pelbagai  faktor. Untuk mengelakkan diri daripada kerap hilang tumpuan, anda perlu tahu apakah pengganggu tumpuan fikiran anda.]

Multi-tugas

Ramai orang percaya bahawa melakukan banyak tugas pada satu masa akan membantu mereka menjimatkan banyak masa. Walau bagaimanapun, ia tidak benar. Malah, terus bertukar fokus dari satu tugas ke yang lain menjadikan anda kehilangan lebih banyak masa. Lakukan multi tugas hanya jika tugas tersebut tidak memerlukan tumpuan yang tinggi atau bukan dalam keadaan mendesak.

Telefon bimbit atau peranti elektronik

Bercakap di telefon boleh mengambil masa yang banyak. Selain itu, nada dering secara tiba-tiba boleh mengganggu tumpuan fikiran anda.

Tambahan pula, telefon pintar dengan aplikasi media sosial seperti Facebook atau Twitter boleh membuatkan anda membazirkan masa dalam talian untuk melayari, membaca berita atau berbual dengan rakan-rakan.

Bimbang tentang tugas yang belum selesai

Kebimbangan mengenai tugas yang belum selesai menjadikannya mustahil untuk memberi perhatian kepada tugas semasa. Salah satu tip untuk mengelakkan gangguan tumpuan adalah dengan menulis tugas-tugas yang belum selesai pada sekeping kertas. Cara ini benar-benar boleh membantu anda memberi tumpuan.

Kelaparan

Kekurangan tenaga kerana lapar boleh mengganggu tumpuan fikiran anda. Oleh itu, jangan sekali-kali memulakan hari anda dengan perut kosong.

Begitu juga, jika anda letih, anda tidak dapat fokus kepada apa pun. Sebab utama gangguan tumpuan seperti ini adalah kurang tidur. Oleh itu, penyelesaiannya adalah untuk mendapatkan tidur yang mencukupi selama 8 jam. Di samping itu, apabila anda terlalu mengantuk untuk bekerja, tidur sekejap untuk mengembalikan tenaga.

Beban kerja yang banyak

Apabila senarai tugasan terlalu panjang, ia boleh membuatkan anda sesak nafas dan hilang tumpuan. Keadaan ini juga dikenali sebagai tekanan. Ini boleh  menyebabkan sakit kepala, degupan jantung laju dan sesak nafas yang menjadikannya mustahil untuk menumpukan perhatian.

Kebosanan

Apabila anda bosan, anda akan melihat bahawa semua perkara lain menarik kecuali tugas semasa anda. Penyelesaiannya adalah dengan berehat sebentar untuk snek atau kopi dan kemudian sambung bekerja.

Kehilangan fokus membawa kepada produktiviti yang rendah dan lambakan tugas. Sebaliknya, tumpuan yang tinggi membawa kepada produktiviti yang luar biasa sewaktu bekerja dan belajar. Jauhkan daripada gangguan tumpuan tersebut agar anda dapat menyelesaikan tugasan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga: