Netiquette: Menjadi Netizen Beretika di Era Kebebasan Bersuara

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

‘Netiquette’ adalah gabungan perkataan network (jaringan) dan etiquette (etika), dan ditakrifkan sebagai satu set peraturan untuk perilaku beretika dalam persekitaran sosial dalam talian. Istilah yang dipopularkan daripada buku Virginia Shea pada tahun 1994 ini sangat berkait rapat dengan tanggungjawab sosial ‘netizen’ atau warga internet (internet citizen).

Semua orang mempunyai kefahaman sendiri tentang apa yang betul dan salah dalam kehidupan. Bahkan hampir semua orang hidup dengan nilai moral dan etika yang digariskan oleh agama mahupun akal fikiran mereka sendiri. Walau bagaimanapun, apabila masuk ke media sosial atau sebarang media atas talian, sesetengah individu merasakan mereka bebas berinteraksi tanpa batasan tatasusila yang selalunya mereka patuhi di dunia sebenar.

Mengapa anda patut menjadi netizen yang beretika?

Internet dan dunia maya yang anda terokai setiap hari bukanlah dunia baru yang memberikan anda identiti kedua yang tiada batasan moral. Sebaliknya, ia adalah dimensi baru atau lanjutan kepada kehidupan bermasyarakat sedia ada.

Oleh itu, piawaian dan nilai sama yang anda patuhi di dunia sebenar patut dihormati di atas talian. Tanpa kesedaran tentang tanggungjawab sosial ini, gejala sosial seperti rasisme, pelanggaran hak cipta, eksploitasi kanak-kanak dan buli siber akan berleluasa.

Bagaimana menjadi netizen yang beretika?

Konsep netizen yang beretika memerlukan penggunaan internet dengan kesedaran sosial bahawa bagaimana anda memanfaatkan sosial media boleh mempengaruhi keadaan masyarakat di luar. Terdapat beberapa prinsip yang patut anda patuhi, termasuklah:

1. Ingat manusia di sebaliknya

Apabila anda berkomunikasi secara atas talian, apa yang anda lihat hanyalah skrin komputer atau gajet anda. Ini kadangkala membuatkan anda terlupa bahawa penerima komen atau mesej yang anda hantar adalah manusia yang mempunyai perasaan seperti anda.

Oleh itu, tanya diri anda sendiri. Adakah anda akan bercakap sedemikian di hadapan muka orang tersebut? Jika tidak, anda tahu hakikatnya anda sedang berkomunikasi dengan cara yang kasar atau memalukan orang lain.

2. Patuhi piawaian tingkah laku sepertimana di dunia sebenar

Dalam kehidupan sebenar, kebanyakan orang mematuhi undang-undang, sama ada kerana beretika atau kerana mereka takut tertangkap. Di ruang siber, anda mungkin menyangka tiada risiko untuk ditangkap. Tidak perlu berhadapan dengan orang juga mungkin membuatkan sesetengah orang berasa lebih selamat sedangkan apa yang ditulis tersebut akan menjadi bentuk komunikasi yang kekal.

Segala tingkah laku dalam alam maya anda akan meninggalkan jejak elektronik. Ingat, ahli keluarga, rakan sekerja dan kenalan anda mungkin melihat kegiatan maya anda sekalipun setelah bertahun lamanya. Anda mungkin teruja memanfaatkan internet untuk mengekspresikan diri anda, dan meneroka perkara baru yang tidak pernah anda cuba sebelum ini. Tetapi adakah anda selesa jika anak, isteri atau rakan anda mengetahui apa yang anda lakukan di dunia maya?

3. Hormati masa orang lain

Dalam zaman multitasking dengan semua orang kian kekurangan masa untuk diri sendiri apatah lagi untuk orang lain, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk tidak mensia-siakan masa orang lain.
Menghantar mesej berbentuk spam atau berita palsu bukan sahaja membazirkan masa orang lain, malah boleh menyebabkan kesan buruk yang tidak diingini disebabkan rasa panik yang ditimbulkan.

4. Bantu untuk mendamaikan, bukan menjadi batu api

Perang di media sosial mungkin berlaku seperti di antara selebriti dan tokoh umum. Campur tangan netizen dalam pergaduhan maya hanya akan memburukkan keadaan. Oleh itu, jangan menjadi batu api yang menambahkan budaya toksik, anda hanya membuang masa diri anda sendiri dalam pergelutan orang lain.

5. Maafkan kesalahan orang lain

Semua orang pernah menjadi newbie dalam media sosial, jadi janganlah cepat melatah kepada komentar dan cara mereka berinteraksi di media sosial. Jika anda ingin menegur kesalahan orang lain, terangkan secara sopan melalui mesej peribadi dan bukannya di hadapan khalayak ramai.

Maafkan kesalahan orang lain di media sosial. Jangan sekali-kali menjadi angkuh dan berlagak lebih tahu. Anda pasti mempunyai momen media sosial yang memalukan atau anda kesali terutamanya zaman masih mentah dengan media sosial. Jadi, maafkan kesalahan orang lain dan biarkan pengguna media sosial yang masih mentah belajar daripada kesilapan mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dilabel Antisosial Sebab Asyik Dengan FB? Ini Masanya Anda Detoks MedSoc, Banyak Keburukan!

    Anda mungkin tidak sedar jika anda telah ketagih dengan penggunaan media sosial. Inilah masa untuk lakukan detoks media sosial. Bagaimana caranya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 16/03/2020 . 4 minit bacaan

    Desakan Berkahwin Punca Prestasi Safawi Merudum? Sebelum Ajak Si Dia Kahwin, Lihat Perkara Ini Dulu!

    Adakah anda sedang alami situasi pasangan desak ajak kahwin? Jika ya, jangan tertekan. Perhatikan perkara ini terlebih dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 06/03/2020 . 4 minit bacaan

    Mengapa Isteri Gemar Tag Suami Di Facebook? Ini 3 Sebab Utama Husband Perlu Tahu

    Tiap-tiap hari, mesti ada sahaja post Facebook yang ditag si isteri. Aduh, rimaslah. Bukan ada masa untuk baca pun. Kenapa isteri gemar tag suami ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/02/2020 . 3 minit bacaan

    Alamak! Instagram Buat Anda Teringin Nak Makan Makanan Tidak Sihat?

    Pernah tak apabila rakan anda berkongsi gambar makanan tengah harinya di media sosial, tiba-tiba, anda juga teringin memakannya. Sudah terpengaruhkah anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 19/02/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    selamat untuk kanak-kanak

    TIKTOK Trend Terbaru Kanak-kanak, Ibu Ayah Kena Tahu 5 BAHAYA Jika Anak ‘Gila’ Berdansa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    seks virtual

    Sensasi Virtual, Trend Kini Berasmara Di Alam Maya – Apa Kesannya Kepada Kita?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/04/2020 . 3 minit bacaan
    group whatsapp

    Bahana Group WhatsApp Keluarga, Boleh Pengaruhi Kesihatan Mental Secara Negatif?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 17/03/2020 . 3 minit bacaan