Ish! Betul Ke Media Sosial Punca Ramai Lelaki Lebih Kerap Melancap?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda terfikir lelaki melancap kerana media sosial? Jika anda tidak pernah terbayangkan perkara ini boleh terjadi, jom baca artikel kami dengan lebih lanjut.

Kami akan merungkaikan bagaimana media sosial boleh mendorong lelaki melancap.

Media sosial & sikap lelaki melancap

Di seluruh dunia, kira-kira sekitar 40% individu mempunyai dan menggunakan media sosial. Menurut kajian , kita akan menghabiskan masa kira-kira 2 jam dalam sehari berada di platform media sosial untuk upload, like, share, tweet, update atau bermain apa-apa sahaja fitur yang terdapat di dalamnya.

Tidak dinafikan, ia memang menyeronokkan.

Dalam erti kata yang lain, kita semua mungkin sudah menjadi ‘hamba’ kepada media sosial. Kebanyakan kita akan menggunakannya untuk bersosial.

Tidak mengejutkan, remaja adalah golongan yang paling gemar menggunakan platform ini untuk mengisi masa lapang mereka. Tidak salah untuk menggunakannya, cuma kita perlu tahu batasnya terlebih dahulu.

Hakikatnya, media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram adalah sesuatu yang akan memudahkan individu. Dengannya, kita tidak lagi perlu membayar untuk text atau call orang tersayang, bukan? Dengannya juga, kita boleh berkenalan dengan ramai orang.

Jadi, tidak perlu lagi pergi blind date! Namun di sebalik banyak manfaatnya, terdapat juga mudaratnya.

Mudarat media sosial: Punca lelaki melancap?

lelaki melancap

Pendek kata, memang banyak mudarat menggunakan media sosial. Ia mungkin akan mendorong kita terhadap beberapa perkara termasuklah:

  • Ketagih perhatian dari rakan alam maya
  • Mengabaikan individu di sekeliling alam realiti
  • Membandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih dari kita
  • Menjadi orang yang narsisistik
  • Tidak dapat tidur dengan cukup dan lena kerana terlalu leka bermain media sosial
  • Terlibat di dalam buli atau jenayah siber

Selain itu, akan timbul satu lagi isu yang sangat membimbangkan iaitu media sosial berkemungkinan akan membuat individu lebih kerap melancap. Benarkah penyataan ini?

Lebih kerap lelaki melancap akibat media sosial

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh laman sesawang WebMD, hampir 95% lelaki dan 89 wanita pernah melancap!

Melancap atau beronani adalah satu perbuatan memuaskan nafsu secara sendiri. Ia dilakukan dengan perbuatan menyentuh, mengurut atau menggosok alat kemaluan sehingga mencapai klimaks lalu mengeluarkan air mani. 

Individu mungkin akan melancap untuk melegakan keinginan seksual mereka akibat nafsu syahwat terlalu terangsang. Persoalannya, adakah media sosial turut menyumbang kepada kekerapan individu itu melakukan onani?

Jawapannya adalah mungkin ya.

Menurut soal selidik yang dijalankan oleh laman sesawang Sugarcookie.com terhadap 2,000 pengunjungnya, didapati bahawa 39% lelaki dan 42% wanita daripada jumlah itu mengaku pernah melancap sambil melihat gambar atau video seksi kenalan pejabat mereka di media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.

Wah, angka ini sangat mengejutkan, bukan? Pun begitu, ia hanya satu kajian yang hanya menggambarkan permukaan tapi bukan keseluruhan.

Ya, memang benar ia mungkin sedikit sebanyak menjadi punca permasalahan ini. Akan tetapi, tidak adil untuk kita menyimpulkan bahawa media sosial adalah punca utamanya. Segalanya terletak kepada individu itu sendiri.

Namun, anda juga perlu tahu bahawa media sosial bukan satu-satunya punca yang menyebabkan remaja gemar beronani.

Punca permasalahan ini harus dipandang dari aspek yang lebih umum daripada itu iaitu, pornografi dan internet.

Pornografi dan internet

lelaki melancap

Jika tidak wujud media sosial sekalipun,remaja zaman kini kesemuanya mempunyai akses terhadap internet, bukan? Untuk pengetahuan anda, itu sudah cukup untuk membuatkan gejala melancap dalam kalangan remaja semakin berleluasa.

Selain gambar seksi dalam media sosial, pornografi adalah punca utama individu beronani.

Ditambah pula dengan kemajuan jaringan sosial kini yang membolehkan video lucah ini tersebar secara meluas dan lebih mudah diakses, individu kini lebih gemar mencari pornografi di media sosial sahaja.

Apa yang mereka mungkin tidak tahu, menonton video lucah ini mungkin akan memberikan beberapa kemudaratan terhadap kesihatan. Berikut adalah mudarat yang diperkatakan:

#1. Kehilangan keghairahan seksual

Disebabkan pornografi, remaja kini ramai yang mengalami kondisi anoreksia seksual atau lemah libido. Ini seterusnya akan mengakibatkan individu yang mengalaminya akan berasa takut atau malu pada diri sendiri lantas menyebabkan mereka melambatkan perkahwinan dan cenderung memilih perbuatan beronani untuk memuaskan nafsu syahwat mereka.

#2. Menjejaskan kerjaya dan pengurusan hidup

Bukan itu sahaja, perbuatan menonton video lucah juga akan merosakkan sahsiah individu.

Mereka ini kebiasaannya akan cenderung mempunyai minda yang kotor kerana terlalu asyik berfantasi mengenai seks lantas mengganggu fokus ketika melakukan apa-apa pekerjaan. Akibatnya, ia sudah pasti akan menjejaskan kerjaya dan pengurusan hidup anda.

#3. Mati pucuk!

Mati pucuk adalah kondisi yang sangat ditakuti oleh kaum Adam. Buat anda yang belum tahu, ketagihan menonton video lucah akan meninggikan risiko seorang lelaki itu mengalami disfungsi erektil.

Menurut Profesor Carlo Foresta yang merupakan seorang profesor urologi di University of Padua, Itali, kira-kira 70% pemuda yang mencari bantuan klinikal untuk masalah seksual adalah disebabkan oleh masalah ketagihan pornografi di internet.

Jadi, anda masih tidak mahu insaf?

Konklusi

Kesimpulannya, media sosial memang mempunyai banyak manfaat namun tidak lari dari mudarat. Semua perkara di dunia ini pasti mempunyai pro dan kontranya, bukan?

Tentang persoalan artikel ini, jawapannya adalah ya. Media sosial mungkin boleh jadi punca individu lebih kerap melancap. Namun, ia adalah terpulang kepada anda sendiri.

Jadi, cuba untuk tidak memuat naik sebarang foto atau video seksi anda ke media sosial untuk mengelakkan anda dari jadi ‘bahan’ untuk orang lain memuaskan nafsu syahwat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangan Terkejut! Zakar Boleh Putus Akibat Jangkitan, Tapi Ada Solusinya: Implan Penis!

Nasib malang menimpa seorang lelaki British, Malcolm MacDonald, yang mengalami masalah zakar putus akibat daripada jangkitan perineum yang teruk.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Biar Betul! Kalau Zakar Tak Menegang Pagi Hari Petanda Mati Pucuk? – Ini Jawapannya

Mungkin ramai yang sudah tahu apa itu mati pucuk namun apa puncanya ya? Ada yang mengaitkannya dengan morning wood! Jom klik untuk baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 27/10/2020 . 3 minit bacaan

Ubat Rambut Gugur Boleh Sebabkan Mati Pucuk? Jaga-jaga, Ada 4 Lagi Punca MENGEJUTKAN!

Umur mungkin menjadi antara punca utama lelaki mati pucuk. Namun, terdapat beberapa sebab mati pucuk lain yang mungkin anda terlepas pandang sebelum ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 23/10/2020 . 3 minit bacaan

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Pernahkah kalian terfikir atau tertanya mengapa warna zakar & alat sulit faraj kita akan berbeza dengan warna kulit sendiri? Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Masalah Urologi, Urologi 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

alat sulit lelaki

Zakar Boleh Membesar Sampai Umur Berapa? Ini Jawapan Bila Proses Ini Akan Tamat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
bulu alat kemaluan

Jangan Biarkan Alat Sulit Seperti Hutan Belantara, Ini 5 Kaedah Buang Bulu Bawah, Elak Rengsa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
kesan melancap rambut gugur

Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
saiz penis

Saiz Zakar Penting Untuk Wanita Pilih Pasangan Hidup? Jangan Terkejut Dengan Jawapan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 17/11/2020 . 3 minit bacaan