Kemurungan Timbul Akibat Kesukaran Kehidupan Awal

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Penyelidikan terbaharu yang dilaksanakan oleh University of Bristol mendapati bahawa kesengsaraan di awal kehidupan dapat menjadikan seseorang lebih berisiko untuk mengembangkan pemikiran negatif, yang boleh membawa kepada gangguan kemurungan utama (MDD). Penemuan tersebut memberikan bukti secara biologi dan psikologi untuk menyokong kerja yang pertama kali dicadangkan pada tahun 1960-an.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neuropsychopharmacology dan dibiayai oleh Medical Research Council UK dan Biotechnology and Biological Sciences Research Council UK, menggunakan model kesukaran kehidupan awal, telah menunjukkan bahawa keturunan lebih sensitif terhadap bias negatif dalam kognisi mereka apabila dirawat dengan hormon stres, kortikosteron.

Kemurungan dan kesukaran kehidupan awal

Penyelidikan telah menunjukkan dos kortikosteron tidak mempunyai kesan ke atas tikus-tikus normal tetapi menyebabkan kecenderungan negatif dalam kesukaran kehidupan awal bagi haiwan tersebut. Penyelidikan tersebut juga mendapati bahawa tikus-tikus yang mengalami kesukaran kehidupan awal, kurang berkemungkinan untuk menjangkakan peristiwa positif dan gagal mempelajari nilai ganjaran dengan betul. Kemerosotan dalam kognisi berkaitan ganjaran adalah satu perkara yang sangat menarik memandangkan salah satu ciri utama kemurungan adalah kehilangan minat dalam aktiviti-aktiviti yang pernah menyeronokkan diri seseorang.

Penemuan ini menyokong idea bahawa mereka yang berisiko mengalami gangguan mood mungkin mengalami masalah dalam cara mereka belajar dan menggunakan memori mereka tentang bagaimana memberikan ganjaran terhadap sesuatu peristiwa, dan kemudiannya membimbing dan mendorong mereka untuk mengulangi aktiviti tersebut. Para penyelidik mencadangkan bahawa kesan neuropsikologi ini mungkin menjelaskan mengapa kesukaran kehidupan awal dapat menjadikan individu lebih cenderung untuk mengalami kemurungan.

Emma Robinson, profesor dalam bidang Psychopharmacology, School of Physiology, Pharmacology & Neuroscience dan pengarang utama dalam kertas penyelidikan tersebut menyatakan, penyelidikan ini menyokong literatur kajian yang lebih luas yang menunjukkan bahawa kemurungan mungkin timbul dari interaksi yang menarik namun rumit antara proses biologi dan psikologi. Apabila pasukan penyelidikannya mula memahami kejadian tersebut dengan lebih baik, mereka berharap bahawa pengetahuan yang mereka hasilkan boleh digunakan untuk membimbing dengan lebih baik bagi rawatan semasa dan masa hadapan.

Menurut beliau lagi, penemuan ini juga menambah keterangan lanjut untuk menyokong kesahihan bidang penyelidikan yang baharu iaitu gangguan mood, terutamanya kajian menggunakan haiwan untuk memahami neurobiologi bias afektif dan bagaimana mereka menyumbang kepada tingkah laku yang normal dan patologi.

Kemurungan dan bagaimana individu memproses maklumat

Penyelidikan pada pesakit telah menunjukkan bahawa kemurungan dikaitkan dengan perubahan bagaimana individu memproses maklumat, terutama maklumat emosi. Individu yang mengalami kemurungan mempunyai pandangan negatif terhadap dunia yang boleh diukur dengan melihat bagaimana mereka memproses maklumat seperti emosi wajah dan kata-kata. Walau bagaimanapun, tidak diketahui jika ini menyebabkan penyakit atau ia adalah kesan daripada penyakit.

Para penyelidik telah membangunkan satu kaedah untuk digunakan dalam tikus di mana proses neuropsikologi yang serupa diukur. Salah satu tugasan, ujian bias yang berkesan digunakan untuk melihat bagaimana perkaitan yang mudah antara isyarat khusus iaitu mangkuk dengan substrat penggali tertentu di dalamnya, dan ganjaran iaitu pelet makanan, boleh menjadi berat sebelah oleh keadaan afektif haiwan apabila mereka belajar mengenainya.

Apabila haiwan belajar perkaitan dalam keadaan afektif negatif, mereka mengingatnya dengan cara yang lebih pesimis, manakala memori yang dibentuk dalam keadaan positif yang akan diingat dengan cara yang lebih positif.

Langkah seterusnya dalam penyelidikan ini adalah untuk memahami bagaimana proses dan defisit yang dilihat pada haiwan, bertindak balas terhadap rawatan antikemurungan semasa termasuk ketamine antikemurungan permulaan baharu yang berlesen. Para penyelidik sudah mempunyai bukti tentang bagaimana ketamine berinteraksi dengan proses neuropsikologi dan kerja-kerja penyelidikan terbaharu ini akan membantu mereka membawa penemuan ini bersama-sama dengan model penyakit penting dan faktor risiko kemurungan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

    Ketika COVID-19, kesihatan mental merupakan sesuatu yang perlu dipandang serius. Tambahan lagi, masalah mental merupakan sesuatu yang boleh membawa maut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

    Seperti mana yang kita semua tahu, kes bunuh diri di Jepun adalah sangat tinggi. Adakah isolasi sosial jadi punca utama? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

    Untuk pengetahuan anda, hubungan seks suami isteri terjejas akibat banyak perkara termasuklah masalah mental. Jom baca untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Walaupun ketika kehidupan harian seperti tiada maknanya, percayalah masih ada cara untuk menyelesaikan masalah melanda dan mengatasi keinginan bunuh diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    stres pasca trauma

    Jangan Biarkan Jika Alami Stres Pasca Trauma PTSD, Penghidap Berisiko Kena Penyakit Kronik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan personaliti

    Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    selepas kelahiran bayi

    Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan