Kecerdasan Buatan Mengesan PTSD Melalui Analisis Suara

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kecerdasan buatan melalui program-program komputer yang direka khas dapat membantu mendiagnosis gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD) dalam kalangan veteran tentera dengan menganalisis suara mereka.

Melalui penyelidikan baharu yang diterbitkan secara atas talian pada 22 April 2019 di dalam jurnal Depression and Anxiety, kajian tersebut mendapati bahawa alat kecerdasan buatan boleh membezakan – dengan ketepatan 89 peratus – antara suara individu yang mempunyai PTSD atau mereka yang tidak mempunyai PTSD.

Kecerdasan buatan bantu kesan PTSD

kecerdasan buatan

Menurut salah seorang penyelidik yang juga merupakan penyandang Lucius N. Littauer Professor dan pengerusi Department of Psychiatry di New York University School of Medicine, Charles R. Marmar, penemuan mereka tersebut mencadangkan bahawa ciri-ciri berasaskan ucapan boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit ini, dan dengan penambahbaikan dan pengesahan selanjutnya, boleh digunakan di klinik dalam waktu terdekat.

Lebih daripada 70 peratus orang dewasa di seluruh dunia mengalami peristiwa traumatik pada satu ketika dalam kehidupan mereka, dengan sehingga 12 peratus individu di beberapa negara yang sedang bergelut, mengalami PTSD. Mereka yang mengalami keadaan ini mengalami kesusahan yang kuat dan berterusan apabila diingatkan mengenai peristiwa yang boleh memicu ingatan.

Penulis kajian mengatakan bahawa diagnosis PTSD seringkali ditentukan melalui temuramah klinikal atau penilaian diri, yang mana kedua-duanya terdedah kepada kecenderungan dan bias. Ini telah menyebabkan bermulanya usaha untuk membangunkan penanda objektif, yang boleh diukur, dan fizikal berkenaan perkembangan PTSD, sama seperti nilai makmal untuk keadaan-keadaan perubatan, tetapi kemajuan usaha pembangunan tersebut agak perlahan.

Belajar Cara Belajar

kecerdasan buatan

Dalam kajian semasa, pasukan penyelidikan menggunakan teknik pembelajaran statistik / mesin, yang dikenali sebagai “random forests”, yang mempunyai keupayaan untuk “belajar” bagaimana mengklasifikasikan individu berdasarkan contoh. Program kecerdasan buatan (AI) tersebut membina peraturan “keputusan” dan model matematik yang membolehkan untuk membuat keputusan dengan ketepatan yang semakin meningkat apabila jumlah data latihan meningkat.

Para penyelidik mula mencatatkan temu bual diagnostik standard yang mempunyai durasi yang panjang, yang dipanggil Clinician-Administered PTSD Scale, atau CAPS, daripada 53 orang veteran Iraq dan Afghanistan dengan PTSD yang berkaitan perkhidmatan ketenteraan, serta 78 orang veteran yang tidak mempunyai PTSD. Rakaman suara itu kemudiannya dimasukkan ke dalam perisian suara dari SRI International – institut yang juga mencipta Siri – untuk menghasilkan sejumlah 40,526 ciri berasaskan ucapan yang ditangkap dalam cerapan percakapan pendek, yang mana program AI tersebut melakukan penapisan untuk mendapatkan patterns atau corak.

Program “random forests” mengaitkan corak ciri suara khusus dengan PTSD, termasuk ucapan yang kurang jelas dan nada metalik dan tidak bermaya, yang keduanya telah lama dilaporkan secara anekdot sebagai membantu dalam diagnosis. Walaupun kajian semasa tidak meneroka mekanisme penyakit di sebalik PTSD, teorinya adalah, peristiwa traumatik mengubah litar otak yang memproses emosi dan nada otot, yang memberi kesan dengan mempengaruhi suara seseorang.

Rancangan jadikan kecerdasan buatan mudah diakses, lebih murah

kecerdasan buatan

Pasukan penyelidikan merancang untuk melatih alat suara kecerdasan buatan (AI) dengan lebih banyak data, seterusnya mengesahkannya melalui sampel bebas, dan memohon kelulusan kerajaan untuk menggunakan alat ini secara klinikal pada masa hadapan.

Menurut penulis utama kajian, Adam Brown, yang juga pensyarah di Department of Psychiatry, NYU School of Medicine, ucapan adalah calon atau cara yang menarik untuk digunakan dalam sistem diagnostik automatik, mungkin sebagai sebahagian daripada aplikasi telefon pintar PTSD yang akan datang, kerana ia boleh diukur secara murah, dari jauh, dan tidak mengganggu.

Menurut Dimitra Vergyri, pengarah SRI International’s Speech Technology and Research (STAR) Laboratory, teknologi analisis pertuturan yang digunakan dalam kajian semasa mengenai pengesanan PTSD, termasuk dalam pelbagai kemampuan yang dimasukkan dalam platform analitik pertuturan mereka yang dipanggil SenSay Analytics ™.

Menurut beliau lagi, perisian tersebut menganalisis kata-kata; dengan kombinasi kekerapan, irama, nada, dan ciri-ciri bunyi ucapan. Analisis tersebut digunakan untuk menyimpulkan keadaan pengucap, termasuk emosi, sentimen, kognisi, kesihatan, kesihatan mental dan kualiti komunikasi. Teknologi tersebut telah terlibat dalam siri aplikasi industri yang boleh ditemui melalui startups seperti Oto, Ambit dan Decoded Health.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    teknologi mentransformasi sektor kesihatan

    Bagaimana Teknologi Mentransformasi Sektor Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 21/04/2019 . 3 minit bacaan
    kecerdasan buatan

    Kecerdasan Buatan Mampu Meramal Kematian Awal Akibat Penyakit Kronik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/03/2019 . 2 minit bacaan

    Bagaimana Robot Membantu Doktor Menyelamatkan Nyawa Di Utara Kanada

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 17/12/2018 . 2 minit bacaan
    robot malaysia

    5 Sebab Penggunaan AI & Robot Penting Dalam Penjagaan Kesihatan Di Malaysia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 28/06/2018 . 3 minit bacaan