Kanak-kanak Berpotensi Menderita PTSD Jika Kerap Memikirkan Peristiwa Traumatik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sesetengah kanak-kanak pulih dengan baik selepas peristiwa traumatik, tetapi sebahagian daripada mereka mengalami PTSD yang memungkinkan mereka mengalaminya selama berbulan-bulan, bertahun dan berkemungkinan sehingga mereka dewasa. Tetapi apakah itu PTSD? Gangguan tekanan selepas trauma atau lebih dikenali dengan nama post-traumatic stress disorder (PTSD) adalah keadan kesihatan mental yang dipicu oleh peristiwa yang menakutkan atau traumatik, samada mengalaminya sendiri atau dengan menyaksikannya. Simptom termasuklah flashback, mimpi ngeri, kebimbangan yang teruk selain pemikiran yang melampau dan tidak terkawal mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.

Berdasarkan penemuan baharu yang bertajuk ‘A Core Role for Cognitive Processes in the Acute Onset and Maintenance of Post‐traumatic Stress in Children and Adolescents’ yang dijalankan oleh penyelidik daripada University of East Anglia yang diterbitkan dalam Journal of Child Psychology and Psychiatry pada 26 Mac 2019, kanak-kanak cenderung untuk menderita PTSD sekiranya mereka berfikir bahawa reaksi mereka terhadap peristiwa traumatik adalah tidak bersifat ‘normal’. Mereka mempunyai kecenderungan untuk menghidap PTSD apabila mereka mempunyai masalah memproses trauma mereka dan menganggap simptom mereka sebagai tanda bahawa ada sesuatu yang salah.

Penyelidik utama, Profesor Richard Meiser-Stedman daripada Norwich Medical School, University of East Anglia menyatakan, kebanyakan kanak-kanak yang mengalami tindak balas tekanan traumatik yang teruk pada akhirnya boleh pulih secara semulajadi tanpa ada sokongan profesional. Tetapi terdapat sebahagian kecil daripada kanak-kanak ini masih menderita PTSD untuk jangka masa yang lama. Menurut beliau, kumpulan penyelidik ingin mencari jawapan mengapa sesetengah kanak-kanak masih mempunyai simptom tekanan traumatik selama berhari-hari dan berminggu-minggu, manakala sebahagiannya tidak mempunyai simptom seperti itu. Mereka turut mengkaji mengapa sesetengahnya boleh pulih tanpa sebarang rawatan, dan sesetengah kanak-kanak berterusan mengalami masalah yang lain.

Kumpulan penyelidik ini telah mengumpulkan data melalui penyertaan lebih daripada 200 orang kanak-kanak yang berumur diantara 8 hingga 17 tahun yang pernah berada di bahagian kecemasan hospital disebabkan oleh insiden yang bersifat traumatik. Insiden ini termasuklah kemalangan kenderaan, serangan, serangan anjing dan insiden kecemasan yang lain. Kanak-kanak ini kemudiannya ditemubual dan dinilai untuk PTSD diantara dua dan empat minggu dan sekali lagi selepas 2 bulan. Penyelidik kemudiannya membahagikan reaksi kanak-kanak tersebut kepada tiga kumpulan, kumpulan ‘resilient’ yang tidak mengalami gejala-gejala tekanan trauma yang penting secara klinikal, kumpulan ‘recovery’ yang pada mulanya menunjukkan simptom tetapi hilang dalam aktiviti susulan selepas dua bulan, dan kumpulan ‘persistent’ yang mempunyai gejala yang signifikan pada kedua-dua titik masa.

Hasil penyelidikan mendedahkan bahawa, kanak-kanak yang tidak pulih dengan baik, dan yang sedang berada kearah PTSD yang kronik dua bulan selepas trauma mereka, lebih cenderung untuk berfikir secara negatif mengenai trauma mereka dan reaksi mereka – mereka merungut tentang apa yang berlaku kepada mereka. Kumpulan kanak-kanak ini menganggap simptom mereka sebagai tanda bahawa sesuatu yang serius dan secara kekal ‘tidak normal’ berlaku terhadap mereka. Mereka juga tidak mempercayai orang lain selain menganggap mereka tidak mampu untuk menanganinya. Sebaliknya, kanak-kanak yang pulih dengan baik daripada peristiwa traumatik kelihatan tidak mengambil peduli mengenai reaksi mereka.

Kajian ini jelas menunjukkan bahawa bagi kanak-kanak yang terlalu memikirkan sesuatu yang tidak bersifat normal berlaku terhadap mereka selepas peristiwa traumatik, berpotensi besar untuk menderita PTSD. Manakala bagi kanak-kanak yang tidak peduli berkenaan sebarang reaksi diri mereka, tidak berisiko untuk menderita PTSD. Bagi kumpulan sokongan terdekat seperti ibu bapa dan adik beradik, adalah dicadangkan untuk mengalihkan perhatian mereka daripada kerap memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti membawa mereka berseronok di taman tema air mahupun membeli belah di pasaraya. Elakkan kanak-kanak ini daripada berseorang dan cuba untuk tidak kerap berbincang mengenai peristiwa traumatik kerana ia akan memberi kesan yang lebih buruk terhadap kanak-kanak terbabit.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

    Ereksi zakar adalah perkara yang normal buat kaum Adam. Persoalannya, umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Basuh Tangan Lama, Petanda Awal OCD, Mak Ayah Jangan Biar Si Kecil Alami Masalah Mental Ini

    Masalah OCD dalam kalangan kanak kanak sememangnya lazim namun kurang mendapat perhatian ramai. Jika anak anda menunjukkan gejala OCD, dapatkan rawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Cenderung Mudah Belajar & Selesa Bercakap Jika Berimaginasi Dengan Teman Bermain – Pakar

    Majoriti kanak-kanak akan mempunyai kawan imaginasi. Persoalannya, adakah ia normal? Jika ya, apa yang anda perlu lakukan? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Musim pandemik COVID-19 ini, ramai ibu bapa yang takut ke hospital untuk memberikan vaksin anak. Tenang, baca perkongsian pakar ini dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    susu rendah lemak

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    mandi hujan

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
    vitamin untuk anak

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan