Adam Levine, Justin Timberlake Dan 9 Artis Lain Yang Menghidap ADHD – Tak Sangka Betul!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sebagai sokongan dan galakan daripada kami di Hello Doktor terhadap penghidap ADHD di seluruh dunia agar kekal positif, kami akan menampilkan beberapa selebriti dan individu ternama yang didiagnosis mempunyai ADHD.

Kami hanya ingin menunjukkan bahawa penghidap ADHD juga boleh berjaya, malah pencapaian mereka turut melebihi individu-individu lain.

Berikut merupakan senarai 9 selebriti dan individu ternama penghidap ADHD

  • Michael Phelps

justin timberlake

Siapa sahaja yang tidak mengenali perenang muda Amerika Syarikat bernama Michael Phelps ini.

Semasa kecil, beliau mempunyai masalah untuk menyiapkan tugasannya dan suka bergerak kesana-sini.

Guru sekolahnya pernah menyatakan bahawa dia tidak akan menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan.

Dia telah didiagnosis mempunyai ADHD ketika berumur 9 tahun. Kini, dia merupakan salah seorang bekas jaguh renang dunia dan telah memenangi sebanyak 28 pingat di Sukan Olimpik, dengan 23 pingat daripadanya merupakan pingat emas. 

  • Adam Levine

justin timberlake

Ketua kumpulan Maroon 5 yang juga hos bagi rancangan “The Voice” ini juga mempunyai masalah yang serupa dengan kanak-kanak ADHD lain semasa kecil.

Dia tidak gemar duduk senyap, tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dan mudah hilang fokus.

Adam turut mengakui bahawa masalah berkaitan dengan penumpuan masih berlanjutan hingga dia dewasa.

  • Justin Timberlake

justin timberlake

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Mirrors dan Can’t Stop The Feeling ini mengakui bahawa beliau mempunyai kedua-dua gangguan OCD (obsessive-compulsive disorder) dan ADHD.

Walaupun menghidap gabungan dua gangguan, beliau masih kekal cemerlang dengan pencapaiannya memenangi Grammy Award sebanyak enam kali dan 20 kali pencalonan penyanyi bagi Grammy Award tersebut.

Kini, Justin diiktiraf sebagai antara salah seorang penyanyi paling popular di dunia.

  • Paris Hilton

justin timberlake

Pewaris empayar perhotelan dan individu terkenal dalam dunia fesyen dan hiburan ini turut mengesahkan bahawa dia menghidap ADHD semasa dia masih kecil.

Paris menyatakan bahawa dia mengambil ubat-ubatan sebagai pemulihan ADHD yang dialaminya. 

  • Britney Spears

justin timberlake

Pada tahun 2012, Britney mendedahkan kepada umum semasa rancangan “The X Factor” berlangsung, bahawa dia menghidap ADHD.

Dia memaklumkan bahawa telah didiagnosis dengan ADHD sejak dia masih kecil. Dia turut mengakui bahawa dia perlu berehat dengan kerap semasa penggambaran bagi mengurangkan simptom ADHD yang dialaminya.

Kini, siapa sangka, Britney telah memenangi Grammy Award, enam anugerah MTV Video Music Awards termasuklah Lifetime Achievement Award, sembilan Billboard Music Awards, tiga World Music Awards, lapan Teen Choice Awards,selain namanya yang telah diabadikan di Hollywood Walk of Fame.

  • Michael Jordan

justin timberlake

Michael Jordan telah dianggap sebagai lagenda atlet bola keranjang paling berjaya di dunia. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Micahel juga merupakan seorang penghidap ADHD.

Siapa sangka, penghidap ADHD sepertinya mampu menggapai anugerah Pemain Paling Bernilai NBA sebanyak lima kali.

  • Albert Einstein

justin timberlake

Ahli fizik terkenal ini bukanlah seorang individu yang boleh dianggap sebagai individu biasa.

Beliau merupakan seorang saintis penghidap ADHD yang telah membangunkan teori relativiti dalam dunia fizik.

Disebabkan jasanya yang pelbagai dalam bidak fizik, beliau telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah seperti Anugerah Nobel bagi bidang Fizik pada tahun 1921, Copley Medal (1925), Pingat Emas Royal Astronomical Society (1926), dan Franklin Medal (1935).

  • Bill Gates

justin timberlake

Jutawan Microsoft yang juga pengasas Yayasan Bill dan Melinda Gates ini menyatakan bahawa beliau turut menghidap ADHD dan mempunyai masalah dalam mempelajari sesuatu perkara.

Kini, beliau memiliki kekayaan dengan anggaran 92 bilion dolar Amerika Syarikat.

  • Sharifah Sakinah

justin timberlake

Pelakon yang terkenal dengan perangai bimbo melalui Telemovie Girlfriend Aku Dari Neraka ini menyedari bahawa dia menghidap ADHD setelah dia menamatkan persekolahan.

Dia mengakui bahawa dia kerap hilang tumpuan dan sukar untuk fokus dalam melaksanakan tugasan harian.

Dia mengatasi masalah yang dialaminya dengan cara pengambilan makanan yang sihat, bersenam, dan melakukan meditasi.

Ramai individu telah berjaya mengatasi halangan yang berkaitan dengan ADHD semasa kecil dan menjadi seorang yang terkenal dalam bidang masing-masing sama ada sukan, hiburan, akademik, bisnes dan politik.

Ini jelas menunjukkan bahawa kesungguhan dalam mengatasi sesuatu masalah boleh menjadi satu kelebihan pada masa akan datang jika diurus dan disalurkan kepada kaedah atau cara yang baik.

Bagi penghidap ADHD, carilah sudut positif sesuatu halangan dan gunakannya sebagai peluang pemangkin untuk anda berjaya. Percayalah bahawa semua manusia mempunyai peluang untuk berjaya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Ramai ibu bapa yang memberikan vitamin untuk anak, tanpa memikirkan risiko yang bakal anak hadapi. Ini senarai suplemen berbahaya untuk anak remaja.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

    Ereksi zakar adalah perkara yang normal buat kaum Adam. Persoalannya, umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Basuh Tangan Lama, Petanda Awal OCD, Mak Ayah Jangan Biar Si Kecil Alami Masalah Mental Ini

    Masalah OCD dalam kalangan kanak kanak sememangnya lazim namun kurang mendapat perhatian ramai. Jika anak anda menunjukkan gejala OCD, dapatkan rawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Cenderung Mudah Belajar & Selesa Bercakap Jika Berimaginasi Dengan Teman Bermain – Pakar

    Majoriti kanak-kanak akan mempunyai kawan imaginasi. Persoalannya, adakah ia normal? Jika ya, apa yang anda perlu lakukan? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tulisan tangan

    Periksa Tulisan Anak Anda! Kalau Kurang Cantik, Ia Mungkin Tanda Awal Si Kecil Alami ADHD

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    susu rendah lemak

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    mandi hujan

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan