Insan Tersayang Bunuh Diri, Bagaimana Menempuhi Hari Mendatang?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap agama pastinya tidak membenarkan penganutnya membunuh diri. Tetapi apabila keadaan mental melibatkan emosi menjadi tertekan, sering kali jalan mudah bunuh diri menjadi pilihan.

Emosi terganggu 

Individu yang memilih jalan bunuh diri, riwayat hidupnya tamat di situ. Namun bagaimana pula kehidupan ahli keluarga dan rakan yang mendapat perkhabaran mengenai kematiannya? Sudah tentu keadaan itu akan menjejaskan emosi.

Terkejut 

Anda pasti sukar untuk mempercayai bahawa insan yang anda sayangi memilih jalan kematian seperti ini.

Marah

Marahkan diri sendiri kerana tidak menyedari sebarang perubahan atau niat membunuh diri yang wujud. Marahkan kepada insan yang sudah pergi kerana meninggalkan anda dengan cara sedemikian.

Rasa bersalah

Sudah tentu anda pastinya akan terfikir senario atau situasi seperti “kalaulah” atau “bagaimana jika”, yang pada akhirnya anda akan menyalahkan diri anda sendiri.

Putus asa

Perasaan anda bercampur antara sedih, sepi dan keseorangan. Anda berasa terlalu lemah fizikal dan mental. Malahan terdapat risiko bahawa anda juga mungkin terfikir untuk membunuh diri sendiri. 

Keliru

Kenapa dia bunuh diri?” atau “Dia ada masalah ke?”, ia merupakan satu pertanyaan yang akan bermain difikiran untuk anda memahami mengapa kejadian ini berlaku. Walaupun pada akhirnya, anda tetap tidak memperolehi jawapan.

Rasa terbuang

Apabila insan tersayang memilih menamatkan kehidupan dengan bunuh diri, anda pasti akan tertanya apakah kesilapan anda. Malah anda mungkin berasa hubungan kasih sayang yang terjalin antara anda berdua belum cukup kuat untuk menyelamatkannya daripada membunuh diri.

Jadi ini adalah perkara yang mungkin akan dilalui apabila kehilangan insan yang tersayang. Tetapi sampai bila harus begini; bersedih dan berduka?

Bangkit kembali selepas insan tersayang bunuh diri

Tidak dinafikan, kita akan mudah menyatakan sesuatu apabila ia tidak berlaku kepada kita. Namun, apa yang sudah berlaku, insan yang sudah pergi tidak akan mungkin dapat kembali. Jadi anda yang masih tinggal harus bangkit dan teruskan kehidupan. Bagaimana? 

Berikut adalah beberapa tip yang mungkin boleh membantu anda mengatasi kesedihan dialami.

Keluarga dan rakan

Apabila sedih, kita biasanya akan memilih jalan untuk menyendiri. Tetapi sebenarnya itu akan lebih menyukarkan anda untuk kembali bangun dan meneruskan kehidupan. Cara yang terbaik, teruskan hubungan komunikasi biasa dengan kawan-kawan dan ahli keluarga. 

Kehilangan insan yang anda sayangi tidak hanya dirasakan oleh anda seorang, jadi bergantung antara satu sama lain boleh dianggap sebagai satu kaedah terapi yang terbaik untuk emosi anda.

Bersedihlah

Kehilangan adalah satu perkara yang mendukacitakan. Maka berikan diri anda ruang untuk bersedih. Menangislah jika anda rasakan anda ingin menangis, kerana tangisan bukan bererti anda lemah, tetapi ia adalah petanda anda sedang memberi kekuatan kepada diri anda sendiri.

Adakalanya meluahkan apa yang anda rasakan kepada rakan atau ahli keluarga yang dipercayai juga adalah cara terbaik untuk anda mengurangkan rasa sedih. Ia sekali gus dapat membantu anda untuk bangkit kembali meneruskan kehidupan.

Bersedia

Ia mungkin menyakitkan tetapi itulah kenyataannya. Anda harus bersedia untuk berdepan dengan perkara yang mungkin membuatkan anda kembali teringat kepada si dia seperti ulang tahun perkahwinan, percutian bersama dan sebarang acara yang pernah dihadiri bersama si dia. Jadi persediaan dari segi mental adalah sangat diperlukan.

Ambil masa

Sememangnya anda akan dinasihatkan untuk tidak bersedih untuk tempoh yang lama. Tetapi apabila berkaitan dengan hati dan perasaan, siapa kita untuk mengawalnya. Jalan yang terbaik, jangan memaksa diri anda untuk tersenyum atau tampil gembira jika anda belum bersedia. Ia mungkin memakan masa sehingga bertahun untuk anda benar-benar dapat bangkit daripada kesedihan, tidak mengapa. 

Bantuan 

Kehilangan bukan perkara mudah apatah lagi apabila anda sudah hidup bersama untuk tempoh yang lama. Menangislah, berdukalah dan bersedihlah apabila anda teringatkan insan tersayang. Jika perlu, dapatkan bantuan pakar jika anda berasakan kehilangan ini terlalu sukar untuk anda hadapi. Setiap masalah ada jalan penyelesaian yang terbaik.

Redha 

Pemergian insan tersayang kerana bunuh diri sudah tentu memberikan kesan mendalam kepada individu yang mengalami. Ia bukan satu perkara mudah untuk melupakan dan mungkin menganggap ia tidak pernah berlaku. Tetapi sebagai individu yang masih hidup, anda perlu bangun untuk meneruskan kehidupan anda. Ramai lagi insan lain di sekeliling anda yang masih memerlukan anda dalam hidup mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Adakah niat atau perasaan ingin bunuh diri itu dianggap sebagai satu penyakit otak? Atau sekadar kesan gangguan mental? Ini penjelasan yang anda mesti tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

    Baru-baru ini, laporan kes bunuh diri di Jepun menurun sebanyak 20% ekoran perintah berkurung yang dikenakan oleh kerajaan sepanjang musim COVID. Kenapa ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 29/05/2020 . 3 minit bacaan

    Berlumba Nak Anak Sentiasa Cemerlang & Wajib Skor Straight A, Itu Semua Punca Anak Stres!

    Tekanan ibu bapa untuk mendapatkan prestasi cemerlang dalam akademik merupakan salah satu punca stres anak. Ketahui 5 tip untuk atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 27/05/2020 . 4 minit bacaan

    Nampak Glamor, Tapi Inilah 3 Titik Hitam Yang Terpaksa DIHADAPI Bintang K-pop

    Tahukah anda, artis Korea mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah kesihatan mental? Oleh sebab itulah ramai di antara mereka yang bunuh diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 04/03/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bunuh diri

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    anak menangis

    Ibu, Jangan Pandang Remeh Jika Anak Menangis Tak Keluar Air Mata! Ada 4 Punca Kena Pantau

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
    peranan ibu bapa

    Ibu Kalau Sayang Anak Jangan Suka Bandingkan, Boleh ‘Koyak’ Mental Si Kecil!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    buang air besar

    Bukan Sebab Sedih Atau Sakit Saja, Berak Pun Boleh Buat Kita Menangis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan