Ini Merupakan Masalah Utama dalam Kesihatan Mental, Anda Mungkin Tidak Percaya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ketika permulaan abad ke-21, masyarakat dunia menyaksikan epidemik kesihatan mental yang teruk dan penyakit lain berkait dengannya. Kemurungan mungkin keadaan mental yang sering dikaitkan dengan masalah kesihatan mental dan menyumbang kepada ketidak upayaan utama di seluruh dunia. Namun begitu, kemurungan bukanlah masalah mental nombor satu yang memberi kesan kepada dunia.

Yang menduduki tangga teratas carta tersebut adalah kebimbangan/keresahan.

Dianggarkan 275 juta penduduk dunia menderita akibat gangguan keresahan. Ini merupakan 4% daripada jumlah populasi dunia, dengan taburan di antara 2.5% dan 6.5% daripada populasi dalam sesebuah negara. Daripada jumlah itu, 62% adalah wanita (170 juta orang), berbanding 105 juta lelaki yang mengalami gangguaan keresahan.

Gangguan keresahan adalah diakibatkan oleh pelbagai faktor, tetapi simptom utama yang dialami oleh pesakit adalah:

  • kebimbangan – risau yang melampau mengenai masa depan yang tidak pasti, berasa tidak selamat, sukar untuk memberi tumpuan
  • tekanan motor – tidak senang duduk dan gelisah, sakit kepala yang sangat menekan, gementar, tidak berupaya menenangkan diri
  • Aktiviti autonomik yang melampau – kepala berasa ringan, berpeluh, kadar degupan jantung tinggi (takikardia) atau bernafas kencang (takipnoea), pedih di bahagian atas abdomen (ketidakselesaan epigastrik), pening kepala dan mulut kering

Menjelang tahun 2030, beban masalah kesihatan dunia ke atas ekonomi akan berjumlah USD16 trilion. Bagaimana dunia harus menangani cabaran kesihatan mental, di mana impaknya memberi kesan signifikan ke atas kehidupan mereka yang terkesan, tidak kurang juga kesannya ke atas ekonomi, menjadi antara agenda penting di Perjumpaan Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2019 di Davos.

Duke of Cambridge, Putera William akan menyertai Davos 2019, di mana baginda akan bercakap mengenai Kesihatan Mental di Tempat Kerja, yang merupakan inisiatif baginda dalam meningkatkan tahap kesejahteraan mental dan emosi di tempat kerja.

Hakikat sebenar mengenai gangguan kesihatan mental adalah lebih tinggi berbanding data yang dilaporkan, ini kerana banyak kes tidak dilaporkan di negara maju dan negara sedang membangun. Ditambah pula, mereka yang telah didiagnosis juga tidak mendapat rawatan yang sewajarnya. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi penerangan ringkas mengenai betapa perlunya tindakan segera untuk menangani gangguan kesihatan mental menerusi nota berikut:

“Sistem kesihatan masih lagi tidak memberi tindak balas yang mencukupi terhadap beban akibat gangguan mental. Natijahnya, terdapat jurang dalam keperluan rawatan dan peruntukan yang sangat luas di seluaurh dunia. DI negara berpendapatan rendan dan sederhana, di antara 76%  dan 85% mereka yang mengalami gangguan mental tidak mendapat rawatan untuk keadaan kesihatan mereka. Di negara berpendapatan tinggi, di antara 35% dan 50% rakyat mereka yang mengalami masalah mental, turut tidak mendapat rawatan sewajarnya.”

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

*Artikel ini pertama kali disiarkan di Forum Ekonomi Dunia

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

    Anda mungkin pernah mendengar beberapa gangguan personaliti seperti OCPD dan OCD, tetapi pernahkah anda mendengar mengenai gangguan BPD?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

    Ketika COVID-19, kesihatan mental merupakan sesuatu yang perlu dipandang serius. Tambahan lagi, masalah mental merupakan sesuatu yang boleh membawa maut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

    Seperti mana yang kita semua tahu, kes bunuh diri di Jepun adalah sangat tinggi. Adakah isolasi sosial jadi punca utama? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

    Untuk pengetahuan anda, hubungan seks suami isteri terjejas akibat banyak perkara termasuklah masalah mental. Jom baca untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan emosi

    Hari Toleransi Sedunia: Sejauh Manakah Anda Harus Bersabar Dengan Perilaku Toksik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
    wabak koronavirus dan PTSD

    Penghidap Trauma PTSD Terkesan Dengan Pandemik COVID-19! Ini Cara Rawatan Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan
    stres pasca trauma

    Jangan Biarkan Jika Alami Stres Pasca Trauma PTSD, Penghidap Berisiko Kena Penyakit Kronik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan