backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

9 Tabiat Yang Boleh Buat Anda Jadi Seorang PELUPA!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/12/2022

    9 Tabiat Yang Boleh Buat Anda Jadi Seorang PELUPA!

    Hilang ingatan atau gangguan memori cenderung untuk berlaku seiring dengan peningkatan usia manusia. I

    a bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan, namun kehilangan memori yang semakin teruk disebabkan penyakit seperti Alzheimer mungkin boleh menjejaskan kehidupan anda.

    Apakah punca atau penyebab lain kepada hilang ingatan selain penyakit Alzheimer? 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Perkara-perkara yang menyebabkan hilang ingatan

    Anda mungkin kerap mengalami kelupaan atau gangguan memori seperti kehilangan memori jangka masa pendek.

    Tidak kira sama ada ia adalah kelupaan biasa atau kehilangan memori, kesemuanya mempunyai beberapa penyebabnya yang tersendiri. Berikut adalah antara penyebab-penyebab yang boleh menyebabkan hilang ingatan.

    #1. Pengambilan ubat-ubatan

    hilang ingatan

    Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang mungkin boleh mengganggu memori anda atau menyebabkan hilang ingatan.

    Antara jenis ubatan yang boleh menyebabkan hal ini ialah: antidepresen, antihistamin, ubatan anti keresahan, pelega otot, ubat tidur dan ubat tahan sakit yang diberikan selepas pembedahan.

    #2. Penggunaan alkohol, rokok dan dadah

    Alkohol merupakan antara punca utama seseorang itu mengalami gangguan memori. Penggunaan alkohol secara berlebihan telah lama diakui sebagai punca hilang ingatan kepada seseorang individu tersebut.

    Selain daripada alkohol, aktiviti merokok dan juga pengambilan dadah terlarang juga menyumbang kepada gangguan memori yang berlaku.

    Merokok menyekat jumlah oksigen yang sepatutnya masuk ke dalam otak. Kajian ada menyatakan, mereka yang merokok mempunyai kesukaran untuk mengenali seseorang berbanding mereka yang tidak merokok.

    Penggunaan dadah yang terlarang pula boleh mengubah struktur kimia otak sehingga menyukarkan seseorang itu untuk mengingati sesuatu.

    #3. Kurang tidur

    hilang ingatan

    Masalah kurang tidur juga boleh menyumbang kepada gangguan memori yang berlaku. Kekurangan tidur bukan hanya melibatkan jumlah waktu tidur anda, tetapi juga meliputi kualiti tidur anda.

    Jika anda tidak mendapatkan waktu tidur yang mencukupi atau terlalu letih, ia akan mengganggu keupayaan untuk menyatukan dan mendapatkan maklumat.

    #4. Mengalami kemurungan dan stres

    Apabila seseorang itu mengalami kemurungan, ia mungkin akan mengalami kesukaran untuk memberikan perhatian atau memberikan fokus terhadap sesuatu.

    Selain itu, stres dan kemurungan juga boleh mengganggu penumpuan seseorang individu sehingga menjejaskan memori mereka.

    Apabila anda berada dalam keadaan yang tertekan atau minda anda berada dalam keadaaan yang terganggu, kebolehan anda untuk mengingati sesuatu turut terjejas.

    Stres yang dialami turut menyebabkan trauma emosi yang membawa kepada hilang ingatan. 

    #5. Kekurangan nutrisi yang sepatutnya

    Sesetengah nutrisi makanan sememangnya berperanan penting dalam menguatkan fungsi otak manusia.

    Kandungan nutrisi seperti protein yang berkualiti tinggi dan juga lemak adalah sangat penting untuk fungsi otak yang terbaik.

    Jika anda mengalami kekurangan nutrisi seperti vitamin B1 dan juga B12, ia boleh menjejaskan memori anda. 

    #6. Kecederaan pada kepala

    Kecederaan pada bahagian kepala juga boleh menyebabkan gangguan memori dan hilang ingatan.

    Jika anda mengalami kecederaan pada kepala seperti terhantuk, jatuh atau akibat kemalangan, ia boleh mencederakan otak dan menyebabkan kehilangan memori jangka panjang dan juga pendek.

    Memori yang terjejas ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk kembali pulih.

    #7. Strok

    Strok berlaku apabila aliran darah ke bahagian otak terhenti kerana terdapat sekatan pada salur darah atau salur darah yang mengalami kebocoran.

    Strok juga sering menyebabkan kehilangan memori jangka pendek.

    Mereka yang mengalami strok mungkin boleh mengingati memori lampau seperti zaman kanak-kanaknya, tetapi tidak berkemampuan untuk mengingati apa yang telah dilakukan sebentar tadi. 

    #8. Amnesia global sementara (TGA)

    Ini adalah sejenis kehilangan pembentukan memori dalam masa yang singkat.

    Ia biasanya akan hilang dengan sendirinya dan tidak menyebabkan sebarang bahaya atau kemungkinan untuk terjadi lagi.

    Doktor tidak begitu pasti mengapa hal ini boleh berlaku. Kadangkala, terdapat strok kecil yang berlaku di hippocampus iaitu bahagian otak yang berkaitan dengan pembentukan ingatan atau memori. 

    #9. Demensia

    hilang ingatan

    Demensia adalah nama untuk kehilangan memori progresif dan aspek pemikiran lain yang cukup parah sehingga mengganggu kemampuan untuk berfungsi dalam aktiviti harian.

    Walaupun terdapat banyak penyebab demensia – termasuk penyakit saluran darah, penyalahgunaan dadah atau alkohol, atau penyebab kerosakan otak yang lain, tapi penyebab yang paling biasa adalah penyakit Alzheimer.

    Penyakit Alzheimer dicirikan oleh kehilangan sel otak yang progresif dan gangguan tidak normal yang lain pada otak.

    Kesimpulan 

    Anda perlu segera berjumpa dengan doktor sekiranya gangguan memori yang berlaku boleh menjejaskan kehidupan seharian anda.

    Anda juga perlu berjumpa doktor sekiranya hilang ingatan yang dialami boleh menjejaskan keselamatan diri anda sendiri atau menyebabkan bahaya lain kepada diri anda.

    Penyakit atau sebarang keadaan penyebab kehilangan memori akan menjadi bertambah buruk sekiranya ia kekal tidak dirawat. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan